Thursday, January 6
Tranungkite Online v11 - Jahatnya penulisan dia ni...
Diandaikan jika orang Melayu kelak menolak orang politik bagi mempertahankan nasib mereka, maka sultan dan rajalah tempat mereka menyerah diri. Selain Allah SWT yang wajib disembah, di Malaysia ini - pada zaman ini, sultan dan rajalah khalifah kita yang ada untuk dirujuk.
Kalau begitu malanglah rakyat Indonesia Negara yang mempunyai penduduk berbangsa Melayu yang jauh lebih besar jumlahnya dari Melayu yang ada di Malaysia kerana mereka tidak punya Sultan untuk mempertahankan nasib mereka..
Tulis dia lagi.. Saya amat bimbang dengan corak politik yang berlaku di Selangor itu. Pas Selangor juga difahamkan turut bimbang dengan corak politik ini. Itu sebab saya difahamkan mereka mengambil langkah berdiam diri.
Kemudiannya.. Pada masa itu wahai Khalid Bin Ibrahim, wahai Anwar Bin Ibrahim, wahai Khalid Bin Samad (yang dikatakan antara penentang kuat Khusrin), orang Melayu hanya akan tinggal nama sahaja.
YB Khalid Bin Samad tu dari PAS Kelantan kah?
SUK Khusrin diludah air liur siapa...?
Oleh Zaini Hassan
SIMPATI dan kasihan yang amat sangat dengan nasib Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru. Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dikenali sebagai pegawai kerajaan yang amat digeruni semasa perkhidmatannya, kini sedang dihina.
Sebenarnya Khusrin ialah contoh pegawai kerajaan yang kita perlu ada. Tegas, berani dan tidak boleh ‘main- main’. Dari segi profesionalisme, Khusrin memang layak duduk di kerusi baru itu. Tapi sebaliknya beliau kini sedang dihina sehina-hinanya.
Jika dulu pegawai kerajaan Selangor dihina dengan pemberian penyapu, kini institusi itu sedang dihina dengan lebih kejam lagi. Mereka telah diludah.
Dikhabarkan, Isnin lalu pada hari dia melaporkan diri dan mahu masuk ke pejabatnya di tingkat 19 bangunan SUK Selangor, ada halangan besar yang ditempuhinya.
Kunci pintu ke biliknya telah ditukar. Tombol pintu itu semuanya ditukar bagi menghalangnya masuk dan duduk di atas kerusinya.
Saya tersentak mendengar cerita itu. Nak tergelak pun ada, sedih pun ada. Jika benarlah cerita itu, maka tersangat teruklah perangai mereka yang mengarahkan perkara itu dibuat.
MB Selangor, Khalid Ibrahim yang sedang bertungkus-lumus menghalang Khusrin itu patut merasa malu pada dirinya sendiri.
Sudahlah titah Sultan Selangor pun dibantah, lebih daripada itu beliau telah memutar-belitkan apa yang Tuanku Sultan pertitahkan kepadanya. Apa nak jadi dengan Khalid ini?
Dari awal lagi Cuit telah memberi peringatan kepada rakyat Selangor, perkara-perkara sebegini akan berlaku. Maka dalam satu tulisan, saya meminta kita semua Selamatkanlah Selangor.
Jika rakyat Selangor dulu telah membuat silap memangkah juak-juak itu atau merosakkan undi kerana marah kepada pentadbiran Pusat dulu, kini mereka harus kembali ke pangkal jalan.
Institusi kesultanan kini sedang diancam dengan acaman yang tidak pernah berlaku dulu. Orang sudah boleh kurang ajar dengan baginda Sultan. Baginda Sultan telah diadu-dombakan dalam kancah politik kotor oleh kerajaan Selangor. Sultan titah lain kepada MB, MB kata benda lain kepada orang ramai. Itu derhaka namanya.
Saya difahamkan oleh orang Istana, sebenarnya Sultan Sharafuddin telah pun meminta MB berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan JPA mengenai calon SUK, sebelum nama Khusrin disebut lagi. Tapi MB tak buat apa yang dititah. Namun selepas nama Khusrin disebut, dan mungkin kerana kemarahan konco-konco dalam DAP dan PKR yang terkejut Khusrin dilantik, maka barulah Khalid melatah.
Saya mahu bertanya kepada MB Khalid, Exco DAP, PKR dan Pas mengapa anda semua amat bencikan Khusrin? Soalan ini belum dijawab lagi sampai sekarang.
Yang kita tahu semasa Khusrin merajui JAIS, beliau banyak membantah perkara-perkara ‘gila’ yang diminta oleh Exco-Exco Selangor. Ia termasuklah soal wang zakat yang mahu diagihkan kepada penganut agama lain, saiz rumah ibadat agama lain yang tiada had, isu azan, selain isu ceramah politik di masjid dan surau.
Kebencian terhadap Khusrin ini sehinggakan Khalid sanggup mahu meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi memberi kuasa kepada mereka untuk menentukan siapa yang mahu mereka lantik.
Tapi kita bimbang, jika Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dipinda kelak maka, Sultan akan terus dipermainkan. Pada masa itu Sultan akan diminta mempersetujui saja apa yang dikehendaki oleh orang seperti Khalid yang di belakangnya juak-juak DAP dan PKR yang mempunyai kepentingan.
Seorang dalam kerajaan Selangor memberitahu saya semalam: ‘‘Sebenarnya apa yang berlaku ini bukan soal teknikal sehingga memerlukan perlembagaan negeri dipinda.
‘‘Ia lebih kepada soal ketamakan, agenda projek dan mahu mengadjas (adjust) kenyangan mereka. Mereka mahukan seorang SUK yang boleh dicucuk hidung.”
Itu orang dalam kata. Disebabkan nafsu-nafsi yang tidak terbendung ini Sultan turut dihina sehina-hinanya.
Menurut ‘orang dalam’ itu lagi, PKR dan DAP sedang dalam proses mengumpulkan dana sebesar mungkin sebagai modal untuk menghadapi pilihan raya umum kelak. Selangor adalah lubuk emas. Banyak projek besar boleh diwujudkan. Selangor sebenarnya ialah penjana kewangan untuk membolehkan PKR dan DAP menggerakkan jentera pilihan raya untuk menawan Putrajaya.
Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI
"
ules.php?name=News&file=article&sid=2077">Tranungkite Online v11 - Jahatnya penulisan dia ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment