Tranungkite Online v11 - Ada Pensyarah Jahil Konsep Islamiyah.
Ada Pensyarah Jahil Konsep Islamiyah.Posted on Thursday, January 13 @ 04:00:00 PST Dilulus untuk paparan oleh Juragan Oleh: mahmod"Pensyarah yang tak faham Konsep Islamiyah.Menurut Dr. Azmi dalam UM hari ini: Sukar dilaksana, hanya mahu pancing undi KUALA LUMPUR 12 Jan. - Program 100 Hari pakatan pembangkang yang antaranya mahu menghapuskan tol dan merombak struktur subsidi sukar dilakukan kerana akan membabitkan perbelanjaan berbilion ringgit dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara.Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr. Azmi Hassan berkata, program itu juga tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana tiada pembangunan dapat dilakukan sejurus program itu dibuat." Dari sudut ekonomi, ia sukar dilakukan dan lebih menjurus kepada agenda politik pembangkang yang tidak diteliti sewajarnya dan tidak selari dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju," katanya. Azmi berkata, langkah mengarahkan Khazanah dan KWSP mengambil alih aset lebuh raya dengan tujuan menghapuskan tol adalah tidak praktikal kerana perjanjian sudah termaktub dan sebarang pembatalan memaksa kerajaan menanggung kos pampasan yang tinggi.Beliau juga berkata, Felda Plantations seharusnya dimantapkan bukan melupuskan organisasi itu dan kemudian diurus generasi kedua dan ketiga Felda yang masih belum diketahui kemampuan menguruskannya."Saya bersetuju dengan Perdana Menteri bahawa apa yang dilakukan pakatan pembangkang itu adalah cara populis untuk meraih sokongan daripada rakyat pada pilihan raya akan datang."Saya juga percaya pakatan pembangkang tahu mereka tidak boleh melaksanakan program itu tetapi apa yang mereka fikir adalah keuntungan hari ini iaitu untuk mendapatkan undi," katanyaUlasan Pengirim:Jika kita rujuk ayat ke-4 surah fatihan dan ayat ke-2 surah al-Ikhlas, jelas Allah surah kita meminta dan Allah adalah tempat meminta bertepatan dengan memadai beberapa contoh nama Asmaul Husna iaitu "Al-Bari' - Maha Perancang yang tidak pernah gagal dengan perancangannya. "Al-Hakim"- Maha bijaksana dalam semua urusan dunia mahupun akhirat, "Al-Hadi" - maha pemberi pertujuk, "Al-Mujib" - yang maha pengabul, "Al-Muqtadir" - yang maha penentu segala kejadian yang telah, sedang dan akan berlaku" Jika kita yakin dengan Allah, Insya-Allah maha suci Allah akan membantu kita selalu dan setiap masa. Wahai Dr. Azmi, cuba fahami dan belajar semula pula tentang Rukun Iman kalau tak faham-faham."
No comments:
Post a Comment