Saturday, March 12

BN Yang Hitam Atau Hati Saya Yang Hitam?

 

Oleh MF Othman

Saya tidak pasti adakah saya mempunyai hati yang hitam. Saya merasakan demikian kerana saya mula bersangka tidak baik terhadap kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional yang di tunjangi oleh UMNO. Semua maklum bahawa parti lain hanyalah kelihatan mengekor sahaja. MCA walaupun kelihatan agak vokal didalam beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini, ramai yang menganggap ianya lakonan yang kaku dan tidak laku - semata-mata hanyalah untuk mendapat sokongan komuniti Cina. Kononnya dengan bertindak ‘lawan arus' akan dapat memikat undi kaum Cina.

Malangnya ianya tidak berlaku kerana kaum Cina sebenarnya sudah muak dengan sikap pak turut MCA selama ini terhadap UMNO. Kalaulah Menteri dikalangan UMNO ada sedikit perasaan hormat terhadap presiden parti komponen termasuk MCA, mengapakah pengumuman yang begitu penting iaitu subjek sejarah yang dijadikan subjek wajib lulus peperiksaan SPM telah diumumkan semasa perhimpunan Agung UMNO tidak lama dahulu dan bukannya didalam mesyuarat kabinet yang ahlinya terdiri daripada wakil semua semua parti?.

Begitu juga dengan parti MIC yang kelihatan agak janggal apabila Presidennya hanyalah menyandang jawatan Timbalan Menteri manakala Setiausaha Agungnya menyandang jawatan yang lebih besar iaitu sebagai Menteri Sumber Manusia.

Maksudnya Presiden parti menjadi lebih junior dan ‘lebih budak' dari setiausahanya sendiri. Haha. Tolong jangan gelak sehinggalah Datuk Presiden MIC yang baru itu berjaya menjadi Menteri yang penuh. Semua orang tahu bahawa kunci untuk Datuk G. Palanivel menjadi Menteri Penuh bukanlah berada ditangan Najib sebaliknya berada ditangan Datin Seri Rosmah. Bukankah Isa samad adalah diketahui orang rapat dengan Rosmah Mansur?. Jadi tidak perlu dihairankan sangat ‘kelapa otak' kita mengapakah tiba-tiba dia dilantik sebagai pengerusi FELDA walaupun mempunyai rekod telah melakukan jenayah rasuah. Kan rasuah berlaku dimana-mana pun?.Kah kah kah.

Kata Allahyarham P.Ramlee, ‘Jangan fening-fening'. Kan kita sebuah negara Malaysia Boleh. Dan sebab itulah semuanya telah menjadi kacau bilau, cuma ianya tidak ‘berapa nampak sangat' disebabkan ianya disembunyikan didalam seluar dalam BN saja.

Belum lagi cerita tentang parti PPP yang kemelutnya masih tidak berkesudahan. Begitulah juga hubungan UMNO dan gerakan di Pulau Pinang. Dan, apabila kita semua membuka semula riwayat tentang UMNO dan Gerakan di Pulau Pinang, janganlah lupa untuk mengucapkan jutaan tahniah dan mengangkat tangan ‘tabik' terhadap salah seorang pemimpin umno negeri itu yang bertindak mengoyakkan gambar Koh Tsu Kon tidak lama dahulu.

Patut diberikan anugerah dan sepinggan nasi bungkus diatas keberaniannya yang menyamai Mike Tyson yang bertindak menggigit lawannya ketika Khairi Jamaluddin masih belum mengenali Nori Abdullah. Ketika Ibrahim Ali belum lagi mendapat idea menubuhkan perkasa walaupun kejadian perkosa telah banyak dilaporkan. Ketika Pak Lah belum lagi menghidapi penyakit suka tidur terutamanya ketika mesyuarat yang dihadirinya. Ketika Nazri Aziz belum lagi berani menuduh Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang rasis dan juga ketika nama ‘Mr. Y' belum lagi muncul dalam kes sodomi 2 Anwar.

Mengapa saya mula bersangka tidak baik terhadap kerajaan?. Kerana saya merasa kerajaan BN akan mengeksploitasi sepenuhnya kejadian dan seluruh peristiwa yang berlaku di Mesir, Tunisia dan Libya sekarang.
Bagaimana?. Mereka akan berleter macamlah kononnya Malaysia terlalu selamat untuk diduduki kerana tidak berlaku rusuhan yang sedemikian rupa. Untuk mengekalkan keamanan maka pilihlah BN. Hanya BN akan yang boleh menjaga rakyat walaupun sekian banyak kejadian jenayah yang berlaku - seolah-olah tidak dapat dibendung lagi. Masuk kereta kena ragut. Atas motor kena ragut. Berjalan kaki kena ragut. Malah sudah ada kejadian kena ragut didalam halaman rumah sendiri.

Pihak Menteri ataupun Polis boleh memberikan pelbagai data yang entah betul atau tidak untuk mengesahkan bahawa kejadian jenayah semakin menurun, tetapi persoalan yang lebih besar ialah adakah rakyat merasa selamat dan dijamin keselamatannya?. Siapa yang peduli tentang indeks KPI jenayah yang dikatakan semakin menurun kalau nak keluar bersendirian pun takut?. Kalau kes jenanyah masih banyak berlaku?. Kalau banyak kes kehilangan masih banyak tidak dapat diselesaikan?. Kalau...kalau....dan kalau?. Dan malangnya pihak Menteri merasa begitu puashati dan bangga kononnya telah melepasi tahap KPI?. Sekali lagi, siapa yang peduli?.

Begitu juga tentang kenaikkan minyak yang bakal berlaku tidak berapa lama lagi. Libya adalah antara pengeluar minyak terbesar dan sedang terancam. Jadi dengan mudah BN akan menggunakan isu ini untuk menaikkan minyak. Modus operandinya senang. Sebelum menaikkan minyak, kerajaan akan menggambarkan betapa subsidi yang ditanggungnya adalah amat besar. Tapi kerajaan terpaksa tanggung juga kerana ‘nak tunjuk bahawa baiknya mereka'.

Tapi akan sampai satu masa, mereka akan naikkan juga kerana tidak mampu lagi tanggung. Jadi masa kenaikkan ini berlaku, mereka akan merasa rakyat akan bersimpati dengan masalah dan bebanan yang kerajaan hadapi. Jadi, rakyat akan menerimanya dengan penuh redha dan simpati.

Memang kerajaan mempunyai kepakaran untuk mempergunakan sepenuhnya permainan psikologi untuk mempengaruhi seterusnya mempermainkan rakyat. Sehingga didalam piliharanya kecil baru-baru ini iaitu di Kerdau dan Merlimau, bagaimana digambarkan betapa dengan usaha kerajaan BN lah yang menyebabkan harga getah, kelapa sawit dan emas naik. Haha. Ini kelihatannya lebih lawak daripada kepala bapak segala lawak yang wujud di Malaysia.

Sedangkan semua tahu bahawa kenaikkan tersebut langsung tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan BN. Ianya adalah kenaikan seluruh dunia. Tidak kira sesiapapun yang memerintah ketika ini akan merasai kenaikkan tersebut. Tapi bagaimana digambarkan betapa rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana kenaikkan harga komoditi dan barangan tersebut. Kalau tiada BN maka penoreh getah tidak mungkin akan dapat merasa duit beribu sebulan. Peneroka juga tidak akan merasa sedikit mewah daripada dahulu. Peniaga emas pun tidak mungkin akan dapat untung lebih. Inilah penipuan terancang yang dilakukan kerajaan BN.

Beberapa hari yang lepas, Datuk Seri Najib telah melancarkan skim ‘Rumah Pertamaku'. Peminjam akan dapat pinjaman secara penuh iaitu seratus peratus tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Semasa ucapannya itu dia telah menyeru pihak bank agar jangan terlalu berkira sangat dari segi keuntungan untuk memberikan pinjaman tersebut demi kebaikkan rakyat.

Eh, biar betul?. Kerajaan memberikan nasihat kepada bank agar jangan berkira?. Kan kerajaan juga berkira dengan rakyat untuk memberikan subsidi petrol, gas, minyak masak dan gula?. Kerajaan sendiri amat berat hati untuk menolong rakyat, jadi janganlah pula mengharapkan pihak lain pula untuk mengambil tanggungjawab yang kerajaan sendiri ‘berat hati' untuk memikulnya.

Sekiranya kerajaan benar-benar serius untuk membantu rakyat ialah dengan mengawal dan membantu rmenurunkan harga rumah yang semakin menggila sekarang. Kalau dapat pinjaman penuh pun - dengan harga rumah yang mahal, tentulah bayaran bulanan nanti akan turut menjadi tinggi. Dengan kenaikkan kos sara hidup yang semakin tinggi, program ‘rumah pertamaku' tadi tentulah menjadi tidak begitu bererti kerana apalah maknanya kalau ‘dapat rumah' tapi ‘hidup merana dan sengsara'. Silap-silap tengah bulan dah ‘pokai'. Maknanya rakyat mendapat rumah, tetapi menjadi semakin ‘miskin'. Kualiti hidup menjadi semakin menurun.

Akhirnya hati hitam saya menyatakan - lagi lama Pakatan Rakyat memerintah walaupun diperingkat negeri, lagilah betapa sengsaranya BN. Ini kerana rakyat akan mula membandingkan kebajikan yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dan BN. Rakyat akan mula nampak dan celik siapakah yang sebenarnya ikhlas untuk membantu mereka.

Lagi banyak kebajikan yang dilakukan PR, bermaksud lagi banyak kebajikan yang BN ‘terpaksa buat' kononnya untuk rakyat demi untuk terpilih semula semasa pilihanraya. Kebajikan inilah yang BN ‘amat berkira dan tidak mahu' melakukannya kerana kalaulah dia ikhlas ingin melakukannya semasa tempoh 50 tahun lebih merdeka, tentulah hidup dan kualiti rakyat pasti akan jauh lebih berbeza daripada yang kita alami sekarang. Tengok sahaja Singapura dan bandingkan dengan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Namun, apa boleh buat. Sesetengah tempat yang amat fanatik Umno dan BN - kalau letak calon kayu pun boleh menang!.

No comments:

Post a Comment