Sekali lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987. Saya tidak mempunyai wang untuk tujuan itu. Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu. Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang.
Saya tidak pernah mencuri.
Saya tidak pernah menipu.
Dia yang mencuri dan menipu akan rasa berdosa sepanjang masa, sepanjang hayatnya.
*Ulasan Tengku Razaleigh Hamzah (gambar kiri) mengenai perkara yang dibangkit dalam buku Mahathir Mohamad pada 11 Mac 2011.
No comments:
Post a Comment