Friday, April 1

Abu Sabh: undang- undang baru Israel akan menyebabkan penculik Shalit menambah tuntutan

 

 Menteri Hal-Ehwal Tahanan Palestin, Attallah Abu Sabh telah menyeru masyarakat dunia agar campur tangan kerana Israel Knesset dijangka akan meluluskan undang-undang yang yang semakin ketat ke atas tahanan perang Palestin.
Beliau menekankan bahawa undang-undang baru itu bertentangan dengan Konvensyen Geneva Keempat.
Ahli-ahli Knesset merangka empat undang-undang yang mengenakan syarat-syarat lebih ketat terhadap rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel. Ia telah dibincangkan oleh jawatankuasa dalaman yang mengambil keputusan untuk menyatukannya kepada satu draf undang-undang yang akan diundi di dalam sesi Knesset seterusnya.
Undang-undang itu dirangka sempena pembebasan tentera Israel Gilad Shalit yang ditangkap pihak pejuang di Gaza tiga tahun lalu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

No comments:

Post a Comment