Friday, April 1

Zahar : Polisi baru Mesir untuk Palestin

 


 Delegasi Hamas pada hari Selasa (29 Mac) telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Mesri, Dr. Nabil Arabi, untuk membincangkan peranan Mesir ke dalam landasan yang betul berkaitan isu Palestin, sempadan Rafah dan fail rekonsiliasi.
Delegasi itu memuji berkenaan pendirian kementerian Arab terhadap serangan Zionis ke atas Gaza, dan kerajaan baru yang strategik dari peringkat nasional, Arab dan Islam. Semasa lawatan ke Kaherah ini, mereka dapat mengesan semangat dan polisi baru yang bakal muncul beberapa hari lagi.
Dr. Mahmoud Zahar, ahli badan politik Hamas, dan Dr. Khalil El-Hayyah, selepas pertemuan mereka dengan Menteri Luar Mesir berkata : “kami meletakkan janji-janji yang banyak bahawa Kerajaan Mesir akan meneliti dan menangani isu Palestin, rekonsiliasi dan rakyatnya. Kami juga bersetuju dalam banyak perkara, termasuklah tindakan yang akan dikenakan ke atas PA Fatah dan badan Palestin di Ramallah, agar kita dapat mencapai rekonsiliasi.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

No comments:

Post a Comment