Friday, April 1

Zahar : Mesir tegas mahu hancurkan kepungan… dan Hamas dengan rekonsiliasi Palestin.

 


Dr. Mahmoud Az-Zahar, anggota Biro Politik Hamas, menegaskan bahawa rakyat Palestin memerlukan langkah serius dan cepat untuk menghentikan perpecahan, terutamanya dengan kedatangan Presiden PA, Mahmoud Abbas ke Gaza selepas persetujuan, dan selepas terpotongnya jalan ke arah rekonsiliasi sebelum ini.
Zahar menambah bahawa Hamas : “telah mengerahkan sehabis tenaga untuk mencapai rekonsiliasi, dan telah memanggil Abbas untuk berdialog secara serius, akan tetapi beliau menolak untuk datang melawatan, secara rasmi dan berprotokol, kerana rakyat sedang menunggu rekonsiliasi yang sebenar-benarnya yang dibina atas dasar politik yang jelas, dan gambaran yang lengkap untuk rakyat Palestin dan kerajaan dengan harapan dapat merealisasikan objektif ini.”
Beliau berkata lagi bahawa Hamas bersepakat dalam isu untuk menghentikan perpecahan, dan untuk mencapai rekosiliasi Palestin, bersatu dalam satu barisan, menjauhkan segala perkara yang menghalang kesatuan, dan merealisasikan cita-cita dan aspirasi rakyat. Beliau berharap agar isu ini ditangani dengan “langkah yang lebih positif” pada masa hadapan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

No comments:

Post a Comment