Yayasan Antarabangsa Solidariti untuk Hak Asasi Manusia berkata bahawa keadaan kesihatan seorang tahanan, Abbas Assayed yang kini telah berada dalam mogok lapar selama 22 hari telah semakin teruk di Hospital Penjara Ramle.
Penyiasat untuk yayasan itu, Ahmed al-Betawi berkata bahawa seorang doktor Isreal memberi Assayed tiga unit glukos kerana kandungan gula yang sangat rendah di dalam darahnya.
Berdasarkan Betawi, pemogok lapar itu juga diberikan pil vitamin dan segelas susu, sewaktu perutnya kosong dan menyebabkan tahanan itu berasa pening dan muntah dengan teruk. Matanya juga bergerak dengan laju.
Walaupun keadaan kesihatannya semakin teruk, moral Assayed masih tinggi dan dia sangat kuat untuk meneruskan mogok laparnya sehingga semua tuntutan tahanan dipenuhi, kata penyiasat itu.
Pejuang hak asasi manusia menyeru agar organisasi hak asasi manusia bergerak dengan pantas untuk menghentikan penderitaan semua tahanan Palestin di penjara Israel, terutamanya Abbas Assayed.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz
No comments:
Post a Comment