Sunday, April 17

ANALISIS: BN SEBENARNYA SEDANG MENANGIS DI SARAWAK

 

Daftar Pemilih yang digunakan bagi pilihan raya DUN Sarawak kelmarin ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009, Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010, Suku Tahun Ketiga 2010 dan Suku Tahun Keempat 2010 yang diwartakan pada 25 Mac 2011. Daftar Pemilih itu mengandungi 979,796 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 961,433 pemilih biasa dan 18,363 pemilih pos.
Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.
Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).
Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8).
BN berjaya memperbaharui mandat rakyat apabila menang 55 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebahagian besarnya disumbang oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Walaupun BN menang tetapi undian rakyat terhadap parti itu didapati merosot manakala undi untuk PR terus meningkat walaupun kalah.
Kertas undi yang dikeluarkan dan 100% dipulangkan kembali kepada pusat membuang undi adalah dari N.28 Engkilili, N.49 Nangka, N.61 Bekenu, N.23 Lingga, N.56 Baleh, N.71 Bukit Sari, N.7 Tupong, N.24 Beting Maro, N.57 Belanga, N.63 Piasau, N.66 Marudi dan N.69 Batu Danau.
Keseluruhan undi rosak sebanyak 8086 manakala undi tidak dipulangkan sebanyak 1963.
Stastik menunjukkan dari jumlah 683,034 orang pengundi yang hadir keluar mengundi, BN hanya mampu meraih sokongan sebanyak 372,379 undi, PR 262,836 undi, manakala selebihnya untuk lain-lain parti.
BN gagal mengekalkan undi yang tinggi seperti yang mereka perolehi pada PRN ke 9 yang lalu malah undi ketika ini semakin merosot.
Ini menunjukkan bahawa kemenangan BN sebenarnya adalah senyum dalam tangisan. Ternyata undi kaum cina tidak berpihak kepada mereka walaupun mereka sering gembar-gemburkan di pihak media pro BN menyatakan sokongan kaum cina semakin meningkat.
PRU13 nanti BN bakal diganyang dengan lebih teruk lagi. Nantikanlah saatnya...

No comments:

Post a Comment