Thursday, April 21

Dr Lo' Lo' difitnah kerana tanah jerlus

 

KUALA LUMPUR, 21 April: Kejadian tanah jerlus yang berlaku jam 12.15 malam 14 April lalu di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru, di sini, yang jelas merupakan bencana alam, telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai alat untuk menyebarkan fitnah terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.
Fitnah tersebut disebarkan menerusi pemasangan 'banner' di beberapa batang jalan raya utama di ibu kota sejak awal pagi ini yang memburukkan Dr Lo'Lo' kononnya hanya sekadar pandai bercakap dan berjanji, tetapi tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasinya.
Setakat yang dapat dikesan hari ini, banner-banner tersebut dinaikkan di tiga tempat iaitu di jejantas Jalan Raja Abdullah dekat Kampung Baru, jejantas berdekatan Tabung Haji dan jejantas dekat Jalan Gurney.
Lontoran kata-kata yang dipaparkan pada banner-banner itu masing-masing berbunyi "Dr Lo' Lo' hanya pandai cakap/janji tapi tak mampu selesaikan isu tanah mendap di Kampung Baru", "Tanah Kampung Baru mendap, apa Dr Lo'Lo' mampu buat?" dan "Tanah Kampung Baru mendap, rakyat perlu nilai kemampuan Dr Lo' Lo' selesaikan masalah".

No comments:

Post a Comment