Thursday, April 21

Hamas bersetuju dengan tawaran sebuah negara Arab untuk menaja rundingan perpaduan kebangsaan

 


Khamis, 21/04/2011 - Ahli biro politik Hamas, Izzat al-Resheq berkata bahawa Hamas setuju untuk meminta sebuah negara Arab untuk menjadi tuan rumah kepada rundingan damai kebangsaan, namun katanya negara tersebut belum menerima persetujuan daripada Abbas.
Beliau memilih untuk tidak memaklumkan nama negara itu.
Resheq berkata, Hamas telah bertungkus-lumus untuk kesatuan rakyat Palestin serta bersetuju dengan strategi kebangsaan dalam usaha menentang penjajahan Israel, mengusahakan program untuk menamatkan kerjasama keselamatan dengan Israel dan ingin membebaskan semua tahanan politik seterusnya membentuk satu kerajaan kebangsaan yang melaksanakan pilihanraya dengan teratur mengikut syarat Jawatankuasa Kebangsaan Palestin, Jawatankuasa Perundangan Palestin dan juga pihak berkuasa Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

No comments:

Post a Comment