OLEH:NIK NURUL IMAN NIK HASHIM
Politik Melayu sebelum, semasa dan pasca perang dunia II
Tidak ramai yang suka menceritakan politik melayu di era pendudukan Jepun. Tak ramai juga yang ingin mengupas kembali politik melayu yang teramat lesu sebelum pendudukan Jepun. Kalu adapun berbentuk tesis dan buku ilmiah yang tidak sampai digenggaman masyarakat. Apa yang sering digembar-gemburkan adalah politik pasca kehadiran Jepun dan kebangkitan nasionalisme Melayu selepas 1945 yang adanya berteraskan sosialis/demokratik (PKMM, Sosialis Front,API,AWAS dll), perkauman/demokratik, mahupun keagamaan tulen yang bersifat millenarian. Millenarian adalah istilah yang diberikan oleh pemikir barat terhadap pejuang-pejuang yang berteraskan keagamaan seperti Abdul Rahman Limbong serta gerakan Hizbul Muslimin.
Sebelum perang Dunia II, melayu masih berpegang dengan tradisi aristokrasi(kebangsawanan) dimana tradisi feudal masih mempengaruhi keseluruhan sistem pentadbiran negeri-negeri melayu terutama negeri-negeri tidak bersekutu. Alangkah salah jika kita menganggap Tanah Melayu dijajah British sama seperti Belanda menjajah Indonesia . Istilah Indonesia diperkenalkan selepas Belanda menjajah dan menyatukan sistem mereka sehingga begitu menghimpit tradisi asal melayu Indonesia (Sumetera, Jawa dan Borneo ). Menyatukan sistem, disepadukan dan distruktur semula sehingga hilang langsung tradisi aristokrasi dan feudalisme disana. Buktinya, kini tiada langsung 'raja jawa', 'raja banjar', 'raja Acheh' atau mana-mana lagi keturunan Raja di sana . Begitu sempurna sekali penstrukturan semula ala-Belanda di sana . Berlainan dengan Tanah Melayu. Tanah Melayu masih tidak dijajah secara zahir mutlak kecuali di negeri-negeri selat. Contohnya negeri-negeri di utara dipergula-gulakan dengan kerajaan Siam , Pattani diserahkan kepada Siam , negeri yang berpotensi untuk perlombongan disatukan dalam kerajaan bersekutu. Jelasnya sultan masih menguasai kerajaan negeri, menjadi ketua adat melayu dan agama Islam, mengeluarkan perintah serta hanya dianggap dinasihati oleh penasihat British. Sistem polis dikuasai oleh kerajaan negeri walaupun seluruh tanah melayu 'ditawarkan' sistem kepolisan yang bersifat 'integrated' dan ketua polisnya adalah warga British. Sistem ketenteraan juga dikuasai oleh Gurkha dan Sepoi yang diketuai juga oleh warga British. Namun begitu askar sukarela negeri masih dipunyai oleh para sultan. Masyarakat melayu masih kuat berpegang kepada ketuanan bangsawan dan keturunannya sehinggakan ketua daerah, jawatan-jawatan penting negeri serta jawatan penghulu adalah daripada keturunan bangsawan istana. Cakap raja, cakap keturunan raja dan cakap orang-orang kaya negeri amat berpengaruh. Inilah hakikatnya.
Jelasnya, tiada langsung pemimpin melayu daripada golongan borjois (pertengahan) dan marhain bawahan yang benar-benar boleh menyatukan masyarakat ketika itu. Tetapi kita boleh melihat saat itu, MPSI telah menjadi lubuk ilmuan melayu yang berdedikasi membaca, mengkaji serta mengedar bahan bacaan keseluruh negara untuk menyedarkan melayu. Malangnya, mereka ini tiada perisai daripada kalangan melayu bangsawan menyebabkan aktiviti mereka dianggap subversif, penderhaka dan tidak popular. Mentaliti feudal adalah tidak kena jika inilah natijahnya. Feudal adalah kena pada saatnya jika ia menjadi perisai kepada agama Islam dan ketuanan pribumi asal. Mungkin pendapat saya agak bercanggah dengan Prof. S. Husin Ali dan saudara Lee Ban Chen dalam menilai sistem feudal. Ketiadaan perisai ini menyebabkan Ibrahim Yaakub dipenjarakan.
Adakah penentangan beberapa kelompok melayu seperti Orang kaya Semantan, Tok Bahaman, Mat Kilau, datuk Maharajalela dan Tok Janggut boleh dikatakan kebangkitan politik melayu. Apakah takrifan politik disini? Politik sebenarnya telah ada dalam dunia melayu. Pemerintahan ala-feudal beraja adalah sistem politik melayu. Tetapi tidak dianggap sebagai politik sebenar bagi penganalisis sosialis dan penganalisis terkini. Politik mula dipopularkan penggunaan istilahnya apabila terjadi dielektik antara pejuang kebangsaan yang memperjuangkan hak, menentang kezaliman dan memperjuangkan keamanan negara daripada golongan pemerintah atau penjajah. Istilah ini hanya popular secara serata semasa hujung era abad ke 19 sahaja. Hasil kebanjiran fahaman pan-Islam Turki dan fahaman golongan yang belajar Islam di Timur Tengah kesedaran politik ala-khilafah Islamiyyah mula muncul. Umat Islam mula rasa tercabar apabila satu demi satu negeri-negeri Islam dibawah naungan Empayar Usmaniyyah (Ottoman) dicarik-carik serta dibiarkan boneka penjajah yang memerintah. Kitab-kitab jawi lama juga ada menekankan perihal politik tetapi tidak lepas daripada keterikatan otoktoni melayu yang berteraskan feudalisme, sistem beraja yang sebenarnya berakar umbi sejak awal kerajaan kuno Melayu lagi. Pada saya kebangkitan seperti perjuangan Tok Janggut adalah juga kebangkitan politik melayu. Kerana apa? Kerana mereka inginkan penguasaan melayu kembali di tanah air. Penguasaan itulah politik. Tetapi politik mereka adalah bersifat responsif dan refleksi kepada tindakan penjajah tanpa pengawalan dan tidak berterusan. Hal inilah yang membantutkan terus kesedaran politik melayu. Politik di era ini lebih kepada chauvisme pemimpin karismatik tertentu yang hanya mewakili entiti dan suku tertentu masyarakat melayu. Keterikatan pemimpin dan bangsawan melayu termasuk raja-raja melayu dnegan perjanjian bersama British terutama perjanjian ekonomi menyebabkan rakyat dan pemimpin keagamaan dan pemimpin bawahan melayu berada dalam kondisi dilemma yang amat sangat. Melawan penjajah disamakan dengan menderhaka raja yang telah ditipu dan terperangkap dengan helah kapitalis KHTI (syarikat perniagaan British di Timur)
Jepun datang dengan persediaan menjajah yang rapi. Dari awal lagi mereka telah menjalinkan hubungan antara Fujiwara Iwaichi dengan kerajaan melayu telah ada. Hal ini adalah bertujuan untuk mendalami aliran birokrasi ala-melayu serta memerhatikan tahap penguasaan British dalam sistem pentadbiran negeri-negeri melayu. Mereka menyamar sebagai cina yang berniaga. Sungguh hebat penyamaran mereka sehingga semasa pendudukan jepun, peniaga-peniaga inilah yang menjadi komander tentera dalam sistem pentadbiran jepun. Jepun menjalinkan hubungan dengan KMM dan pemimpin mereka. KMM dijanjikan kemerdekaan tanah melayu sekiranya perang telah tamat. Tetapi pemimpin KMM mungkin tidak menyedari atau buat-buat tidak sedar atas dasar ingin mecuba bahawa matlamat awal kehadiran jepun adalah untuk menampung takungan bahan mentahnya yang semakin berkurangan serta mencari pasaran baru di nusantara akibat pemboikotan pasaran jepun di China (selepas perang China 1894-95 dan Perang China 1937) serta pasaran di Eropah. Jepun telah mencapai tahap tertinggi kapitalismenya. Tahap tertinggi kapitalisme adalah menjajah dan mengusai sumber dan mencari pasaran di tanah orang lain. Inilah asalnya empirelisme. Janji kemerdekaan adalah janji palsu kepada pemimpin melayu KMM. Kemungkinan untuk mendsapat kemerdekaan adalah selepas Jepun kalah atau mereka tidak mampu metadbir ekonomi tanah jajahan mereka. Hal ini juga berlaku kepada semua kuasa empirelis yang lain. Antara sebab kejayaan nasionalisme mendapatkan kemerdekaan bukan disebabkan kekuatan nasionalisme semata-mata tetapi disebabkan juga oleh kemerosotan ekonomi negara-negara penjajah yang mengalami kerugian akibat perang terutamanya British yang terpaksa berhutang secara riba dengan Amerika Syarikat. Jalan mudah bagi mereka adalah memerdekakan negeri-negeri itu.
Era perang dunia II kita melihat golongan bangsawan masih dianggap sebagai pelindung. Sultan-sultan melayu di sorok ditempat selamat. Tunku Abdul Rahman telah memberi ucapan di Radio Pulau Pinang untuk menggalakan rakyat menyokong pentadbiran Jepun. Kenapa? Adakah Tunku Abdul Rahman seorang yang penakut? Semestinya tidak kerana Tunku ingin menyelamatkan kaum Melayu yang merupakan kaum utama Tanah Melayu. Berperang dengan Jepun akan mengakibatkan kematian yang lebih lagi. Masa yang begitu singkat tidak memungkinkan bangsawan melayu menyusun gerakan menentang Jepun. Maka langkah ini boleh dikatakan langkah undur setapak, maju 2 tapak. Melayu adalah bangsa yang distrukturkan oleh British untuk mentadbir negeri. Sebab itulah ramai yang bekerja dengan kerajaan. Melayu tidak digalakkan berniaga atau membuat perusahaan lainnya. Cina dan India diperkayukan oleh Britih untuk mengaut sumber perindustrian kerana bangsa ini didatangkan khas dari luar negara. Kedudukan bangsa ini adalah seperti Pendatang Kontrak daripada Indonesia sekarang ini di Malaysia. Mereka tidak mempengaruhi politik negeri melayu. Mereka mudah dimanipulasikan British kerana mereka dibawa untuk bekerja dengan British. Hal inilah yang menghalang kesatuan kaum di Tanah Melayu. Heteregenous kaum yang berlaku ini adalah hakikat zaman itu. Tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa kaum asing juga warga tanah melayu sebelum perang dan selepas perang kecuali selepas perjanjian sebelum merdeka sahaja. Takrifan warga tanah melayu adalah bermakna warga atau rakyat bagi sultan-sultan melayu. Tetapi kes ini dikecualikan di negeri selat di mana melayu, Cina dan India disamatarafkan dan mereka dianggap anak jajahan British yang nyata.
Dalam era pendudukan Jepun, masyarakat India mula berpolitik untuk membebaskan negara mereka sendiri dan mereka ditaja oleh Jepun melalui sistem ketenteraan INA (India National Army) dan beberapa gerila lain yang direkrut di Tokyo dan Singapura. Ironinya gerila ini bukan berperang untuk India, tetapi ditaja untuk membantu propaganda Jepun (Asia Timur Raya) dan menghancurkan kesatuan dikalangan tentera punjab dan Gurkha semasa penyerangan terhadap British. Mereka tidak berpolitik untuk membebaskan tanahair ini. Ini hakikatnya.
Masyarakat Cina pula mengikuti gerakan luar negaranya dan berpaksikan fahaman Dr. Sun Yat Sen yang membawa citra bangsa Cina seluruh dunia. Mereka mengekalkan tradisi mereka dan inginkan keamanan di tanah besar Cina berlaku. Mereka di seksa teruk oleh Jeneral Yamashita dalam operasi Sook Ching (Opertasi Pembersihan) di Tanah Melayu kerana dendam Batalion ke-25 Tentera Emperor Jepun yang berpengalaman berperang di Cina sebelum itu. Cina kemudiannya dilayan agak baik oleh Jepun memandangkan Jepun juga ingin mempergunakan mereka untuk industri.
Politik melayu dibenci oleh orang cina yang berfahaman komunis. Mereka menganggap melayu mengkhianati MPAJA yang memperjuangkan kedaulatan tanah melayu. Ironinya kita mengetahui peranan askar MPAJA yang seramai 7000 orang itu tidak lebih kepada memberi maklumat kepada tentera force 136 dan juga hanya berkelahi sesama mereka serta membunuh orang tempatan yang menyokong Jepun. Tiada langsung pertempuran 'face to face' secara berani dengan tentera Jepun. Hal ini menimbulkan ketegangan kaum yang amat buruk. Tetapi kehadiran mereka adalah penawar kepada masyarakat Cina yang tertindas serta menjadi perisai kepada orang melayu yang diseksa Jepun. Tentera PETA yang diketuai oleh Ibrahim Yaakub adalah tajaan Jepun yang kononnya dibuat untuk menghalau British jika Jepun kembali ke negara mereka. Tetapi tentera ini tiada fungsi yang jelas. Akibatnya PETA menjalinkan hubungan pula dengan MPAJA untuk menentang Jepun.
Semangat orang melayu dipupuk semasa pendudukan Jepun. Orang melayu diberikan semangat sayangkan negara, tetapi bukan negara tanah melayu, tetapi sayangkan tanah air Jepun dan taatkan Maharaja. Ada juga masa untuk bertafakur pada waktu tertentu kerana meraikan maharaja yang berdoa untuk askar-askar Jepun di Tokyo sana. Orang melayu, walaupun kelihatan bodoh dipaksa menyanyi lagu kebangsaan Jepun dan sayangkan tanah air Jepun mula dimasukkan jati diri untuk mencintai negara dan menghormati pemimpin seperti orang Jepun. Mereka mula mempersoalkan kedaulatan sultan, kerana Jepun membuang terus tradisi feudal melayu dan menekankan bahawa hanya maharaja Jepun sahaja yang wujud. Feudal hanya pada nama, manakala hakikat kuasa feudal dimusnahkan teruk Inilah yang menyebabkan melayu mula berani mempersoalkan tentang aristokari selepas perang tamat. Kebanyakkan jawatan dan lesen perniagan diberikan hanya kepada orang Jepun. Jauh lebih buruk berbanding dengan pentadbiran British. Dasar pecah dan perintah Jepun lebih teruk lagi sehingga berbunuh-bunuhan antara kaum di tanah melayu. Dasar pecah dan perintah British ada alasannya kerana menganggap bangsa Cina dan India bukan pribumi, maka seharusnya mereka hanya bekerja untuk British dan bukannya bekerjasama memakmurkan negeri. Dasar pecah dan perintah Jepun adalah kononnya kerana ingin berbaik-baik dengan melayu, dendam dan hasad dengan bangsa cina dan keinginan untuk mempergunakan bangsa India. Heteregenous ini lebih buruk lagi!!
Adakah langsung tiada penentangan bersenjata di zaman jepun selain MPAJA? Kita perlu mengetahui selain MPAJA, orang Cina juga menyertai gerila Kuomintang berbintang satu. Force 136 pula bukan perjuangan politik melayu sebaliknya hanya membantu mencari maklumat membantu British kembali ke Tanah Melayu. Tahukah anda bahawa ada juga pemimpin melayu bernama Tok Janggut di Kedah? Tok janggut berjuang hingga mati apabila diseksa oleh tentera jepun dalam tahanan. Kesnya adalah kerana beliau dan pengikutnya melancarkan jihad menentang Jepun kerana Jepun menjadikan masjid di Kepala Batas Pulau Pinang sebagai markas tentera Jepun.
SEBERKAS adalah suatu pertubuhan yang menimbulkan kesedaran politik melayu di era Jepun. Jepun membenarkan SEBERKAS bergerak kerana pemimpinnya adalah Tunku Abdul Rahman ketika itu. Tetapi dasar Tunku tetap ala-feudal dan pro bangsawan. Ini berlainan dengan SEBERKAS yang berteraskan sosialis dan nasionalis. Tetapi SEBERKAS juga diperalatkan oleh Jepun untuk tujuan propaganda dalam bentuk pementasan hiburan yang berunsur propaganda.
PKMM pula ditubuhkan oleh Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako) selepas saki baki pemikiran KMM dikumpul semula. PKMM lebih pro kepada melayu dan nasib orang melayu. PKMM pada waktu itu tidak agresif kerana dasar bekerjasama dengan Jepun. PKMM lebih cenderung untuk bergabung dengan Indonesia dalam 'Melayu Raya'. Tetapi Jepun hanya cenderung ingin memerdekakan Indonesia sahaja kerana keadaan sosial mereka yang rencam serta sumber ekonomi yang tidak sehebat Tanah Melayu. Indonesia juga dipengaruhi oleh fahaman komunis yang amat nyata. Kerana itulah PKMM juga dicap sebagai komunis oleh British. PKMM tidak disukai oleh golongan Bangsawan. Hal ini kerana pemimpinnya adalah golongan terpelajar yang pintar serta amat global pemikiran mereka. Mereka terdiri daripada golongan rakyat bawahan. Mereka juga inginkan kemerdekaan tanah melayu dengan lebih agresif dan bersepadu.
Semasa UMNO berslogankan hidup melayu, PKMM berslogankan MERDEHEKA. Perkataan MERDEKA pula diambil oleh pemimpin UMNO selepas mereka bersedia untuk merdeka. Merdeka adalah perkataan Indonesia, tetapi MERDEHEKA adalah perkataan Melayu semenanjung. PKMM bersedia untuk merdeka kerana mereka matang sejak zaman Jepun serta hanya menunggu British kembali untuk menuntut kemerdekaan. Dasar celik dan pintar dikalangan pemimpinnya menyebabkan mereka bersedia menguasai kabinet negara jika merdeka kelak. Ini berbanding dengan UMNO dimana pemimpinnya adalah berasal daripada kalangan bangsawan. Mereka perlu berjuang dahulu mengekalkan kuasa sultan dan hak feudalisme disamping mereka merasakan terlalu perit hidup tertekan semasa pendudukan jepun. UMNO juga lebih cenderung menyusun sosial orang melayu dan menyaingi golongan Cina dan India yang mula popular dengan dasar politik mereka serta mula inginkan hak mereka disamaratakan.
Selepas perang kesemua orang Cina dan India perlu dihantar pulang ke negara asal mereka jika ingin merrdekakan Tanah Melayu kerana mereka bukan warga sultan-sultan melayu. Kerana itulah Cina sukakan gagasan Malayan Union kerana mereka diiktiraf sebagai rakyat Malaya. Cina dan India tidak mahu pulang ke tanah asal kerana mereka dibawa oleh British sehingga hilang talian kekeluargaan dengan negara asal mereka. Jadi mereka akhirnya terpaksa menjadi rakyat Great Britain. Inilah masalah bagi British. Oleh itu mereka memujuk raja melayu dan pemimpin melayu untuk memberikan kerakyatan kepada orang Cina dan India. Kerakyatan diberikan tetapi bersyarat. Inilah yang disebut sebagai hak istimewa melayu kerana pengorbanan melayu memberikan kerakyatan ini. Kerakyatan ini menghilangkan masalah bebanan British dan memudahkan bangsa Cina dan India daripada perlu kembali ke tanah air mereka yang lebih teruk bergolak. Dari sinilah adanya hak istimewa melayu.
Saya tidak bersetuju jika ada yang mengatakan politik yang cenderung kepada melayu sebagai politik yang tidak membawa agenda rakyat. Keadilan adalah kepada semua tetapi adil bukan bermaksud sama rata. Adil bermaksud kena pada tempatnya. Agama Islam, Hak kesultanan dan hak istimewa bangsa melayu dan bumiputera adalah hak yang perlu dipulangkan kepada bangsa ini setelah dirampas oleh bangsa penjajah. Penjajah mencorakkan Malaysia menjadi negara majmuk, maka hak ini adalah suatu bayaran kepada orang melayu yang bekorban kepada British mencorakkan negara mereka. Pada saya cukup adil. Yang tidak adilnya adalah kaedahpemimpin hari ini dalam soal pengagihan kekayaan. Kekayaan masih ala feudalisme walaupun bukan dikuasai oleh golongan bangsawan seperti zaman dahulu tetapi ekonomi kapitalisme dikuasai oleh pemimpin politik melayu tertentu dan mengamalkan kaedah feudalisme seperti zaman dahulu. Inilah yang tidak kena. Mungkin ada kuota untuk melayu dalam hal tertentu tetapi bukan dibolot kekayaan itu dan diagaihkan secara kronisme yang tidak munasabah.
Kepada bangsa lain yang mempersoalkan chauvinisme dalam soal hak melayu, saya berseru agar mereka juga merobohkan sistem pendidikan aliran bahasa mereka juga. Segala yang bersifat perkauman bangsa lain juga perlu dirobohkan jika inginkan Melayu membuangn tradisi mereka. Tetapi hal ini mungkin ramai yang akan sembunyikan hakikatnya. Sekarang kelihatan seperti kesemua bangsa berjuang mempertahankan politik negara memakmurkan negara dan meningkatkan maruah negara. Aspek ini dilihat sebagai alasan agar hak istimewa melayu dipugar. Tetapi ketahuilah, hak istemiewa melayu dan hak kesultanan melayu adalah kes sebelum merdeka dan bukannya dipengaruhi oleh keadaan sekarang. Saya menyokong alasan Lee Ban Chen (seorang pejuang keadilan dan sosialisme Malaysia ) jika beliau mengutarakan perjuangan keadilan membantu semua kaum dan bukannya melayu sahaja. Tetapi mempersoalkan hak istemewa melayu mungkin ada beberapa perkara yang perlu dilihat semula secara jelas.
Kematangan politik melayu semakin jelas sebenarnya apabila mencapai kemuncakknya pada tahun 1948. Darurat adalah suatu kemuncak kematangan politik walaupun ada beberapa masalah yang timbul. Antara masalah yang timbul ialah akibat dielektik tegas British terhadap PKMM, menyebabkan ramai ahlinya kecewa dengan jalan konvensional dan mengambil jalan radikal dengan menyertai PKM (Parti Komunis Malaya). Pejuang melayu di dalam Rejimen ke-10 PKM ini adalah juga sebahagaian daripada usaha melayu memperolehi hak politik mereka. Tetapi komunis tetap ada agendanya yang tersendiri. Kecenderungan mereka adalah memerdekan Malaya tetapi dihiasi dengan masyarakat komunis yang kelihatan tanpa perasaan, anti feudalisme, serta pengagihan harta yang dikatakan sama rata tetapi kekasaran jadinya. Salahjika tidak mengakui niat suci Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin, Ibrahim Chik dan sebagainya yang inginkan kemerdekaan rakyat. Mereka memasuki PKM tetapi tidak berfahaman komunisme secara total. Mereka masih beragama Islam. Cuma mereka agak sosialisme. Itu sahaja. Bukan hak kita menafikan perjuangan mereka itu dengan alasan PKM sebagai wasilah mereka. Dilemma melayu saat itu hanya mereka yang memahami. Mereka yang inginkan kemerdekaan segera terpaksa terjun dalam lembah itu. Tidak dapat dinafikan pengaruh PKM dalam organisasi API dan AWAS sejak awal lagi. Kita yang tidak berjuang tidak akan faham. Masyarakat yang tidak berjuang terus menelan propaganda British yang sememangnya anti Russia (Soviet Union) dan China saat itu.
Kesatuan kesemua persatuan dalam PERKEMBAR (yang kemudiannya menjadi UMNO) adalah kerana ingin menyanggah agenda Malayan Union. Mereka terpaksa menyetujui untuk memeprtahankan feudalisme dalam usaha memeprtahankan hak melayu dan agama Islam serta kedaulatan negeri-negeri melayu yang eksklusif berbanding menjadi tanah jajahan mahkota Britain. Disini kelihatan politik melayu amat matang dan bersatu atas satu alasan yang sama.
British menghapus kesemua pejuang kemerdekaan yang bukan daripada alirannya kerana sistem perjuangan Hizbul Muslimin adalah berteraskan Islam tulen yang bercanggah dengan dasar neo-kolonialisme mereka, tidak kena dengan sistem kapitalis mereka serta langsung tidak 'ngam' dengan aspirasi mereka pasca merdeka . Mereka juga tidak sukakan ideologi sosialis yang ingin mematikan jerung-jerung kapitalisme tradisi barat itu. Syarikat-syarikat perindustrian kapitalis British dan eropah lainnya tidak akan kekal di Malaya jika ideologi ini berkuasa. Hal ini yang menyebabkan mereka memerangi PKMM, AWAS, API, PKM serta beberapa front lain yang sekutu dengan mereka. UMNO sahaja yang dibenarkan memerintah bersama beberapa parti komunalisme kaum yang lain. Mereka yang 'menang' ini kemudiannya mencorakkan sejarah. Menguasai seluruh minda melayu sehingga melayu lupa siapa yang berjuang, da n siapa yang berpeluk tubuh