Oleh ibn_bacoks
PONTIAN – Jika orang Melayu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kebobrokan UMNO-Barisan Nasional memerintah negara ini maka kaum itu merupakan pelopor kepada kebangkitan rakyat yang dahagakan perubahan.
Demikian kata Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor dalam satu ceramah Umum di Dun Benut, dekat sini, baru-baru ini.
Hal ini, kerana katanya penyelewengan UMNO sudah terbuka luas dan tidak boleh diselindung lagi ekoran banyak contoh jelas telah dilakukannya.Antaranya dakwa beliau lagi bahawa negara ini mempunyai sumber alam yang banyak ditambah pula dengan kekayaan
Petronas sebagai pengeluar minyak maka sepatutnya rakyat negara ini mempunyai pendapatan 5 peratus lebih tinggi berbanding Singapura namun beliau kesal mengapa rakyat negara ini kebanyakannya masih berada pada tahap kemiskinan.
”Kenapa ramai (rakyat) miskin? Pendapatan satu bulan kurang RM1500. Ada orang Asli RM100 sebulan. (ada) di Estet RM400 sahaja. Di kampung-kampung dhaif, ada yang bergantung kepada anak-anak.
”Dengan kekayaan Petronas dirahsiakan oleh UMNO selama ini. Kalau UMNO telus, tak ada rasuah.
”Hari ini, dengan kekayaan sumber asli, ditambah lagi kaya megah Petronas. Hari ini (Pendapatan rakyat) patut lebih kaya daripada orang Singapura 5 peratus lebih tinggi dengan pendapatan kita,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, UMNO Johor dakwanya sudah semakin risau apabila kubu kuatnya berjaya ditembusi pengaruh pembangkang termasuklah di kawasan Felda kerana dipercayai ingin bersama menyatakan protes terhadap BN.
”(Orang) Melayu sudah mula bangkit. Di Felda di Johor kubu kuat UMNO. Hari ini, Biro Felda Keadilan sudah masuk Felda. Hari ini Peneroka sudah bangkit.
”Dalam Kongres PKR, (seramai) 150 orang Peneroka sudah tanda tangan nak hadapkan Felda ke Mahkamah kerana penipuan Felda,” dakwanya lagi.
Oleh yang demikian katanya perkara yang dibangkitkan itu telah disembunyikan UMNO dengan harapan rakyat tidak beralih sokongan kepada pembangkang.
Justeru, beliau bersama rakyat marhaen berasa terpanggil untuk memberi kesedaran ini supaya UMNO tidak terus menjadi satu kerajaan yang korup disamping ingin menyelamatkan khazanah negara daripada diboloti segelintir individu yang menyeleweng.
”Kenapa bobrok sistem ini? Kita nak bangkit untuk jatuhkan kerajaan korup. Oleh itu, saya 15 tahun bersama mentadbir BN, 9 tahun Menteri Kesihatan dan 22 tahun sebagai Ahli Parlimen.
”Saya rela tanggung risiko keluar BN-MCA untuk turut serta dalam gerakan reformasi. (sebagai harapan) untuk pulihkan demokrasi,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment