Wednesday, September 28

apa yang Islam tawarkan

Apa yang Islam tawarkan?
Hasil penerapan hukum syarak secara menyeluruh
Penyelesaian masalah manusia
Pembawa kerahmatan untuk sekelian alam.

Islam diturunkan oleh Allah
Melalui perantaraan Muhammad-Rasulullah SAW
Yang ditunjukkan kepada semua manusia didunia ini
Secara amali dan praktiknya.

Tanpa sempadan geografi,
Tanpa ada batasan zaman,
Tanpa batasan tempat tinggal,
Islam sememangnya sesuai diterapkan.

Islam terkandung hanya dua perkara,
Iaitu Aqidah dan Syariat,

Islam datang sebagai Penyelesaian Masalah Manusia
Islam datang sebagai Pembawa Kerahmatan Untuk Sekelian Alam,
Islam datang sebagai Pembawa berita gembira dan Peringatan
Islam datang menepati fitrah dan fikiran manusia.


Assalamualaikum, para pembaca sekelian, yang dihormati dan disanjungi.
Seperti kita maklum, Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah. Allah sebagai Maha Pencipta dan Maha Pengatur setiap kejadian, mencakupi, alam semesta, manusia dan kehidupan.

Setiap kejadian tidak akan wujud kecuali ada yang menciptakannya dan setiap kejadian tidak akan beroperasi @ berfungsi kecuali ada yang mengaturnya. Yang menjadikannya dan yang mengaturkannya itu adalah Allah.

Oleh itu, mustahil sungguh, Islam yang datang dari Allah tidak mempunyai peraturan dalam urusan peribadatan kepadanya. Peribadatan kepadaNya itu tidak secetek makna masalah peribadatan Ruhiyyah (seperti solat,puasa dan sebagainya). Malahan makna peribadatan kepadaNya itu melewati batasan urusan kehidupan seharian manusia.

Jadi, layaklah hanya Islam itu mendapat gelaran agama yang syumul, yang menyeluruh segala aktiviti kehidupan manusia. Ini berbeza daripada kesemua agama yang ada didunia ini baik agama yang tiada kitab maupun agama yang tiada kitab.

-0-

Apakah Islam Tawarkan?
Penyelesaian masalah manusia.

Masalah bebanan hutang
Masalah perniagaan
Masalah kemiskinan
Masalah pelacuran
Masalah pembangunan
Masalah masyarakat
Masalah keperluan asasi
Masalah kesempitan berbelanja

Kesimpulannya, banyak masalah datang dari masalah kewangan. Dari masalah kewangan akan menyebabkan masalah sampingan dan masalah kecil dan seterusnya akan membawa masalah yang lebih besar dan serius.

Maka, manusia akan mencari jalan penyelesaian menurut fikiran mereka sendiri. Tanpa manusia menyedari ada cara penyelesaian masalah yang mereka hadapi itu dengan cara Islam iaitu Sistem Ekonomi Islam.

Manusia sekarang ini adalah hamba abdi kepada sistem ekonomi kapitalis, sebenarnya tiada apa yang dijanjikan dari sistem ekonomi kapitalis itu melainkan kebinasaan dan kehancuran belaka.

Hasil dari kesempitan hidup, manusia akan mengambil langkah untuk menambahkan pendapatannya seperti melakukan pekerjaan sambilan, kerja lebih masa, jualan terus dan sebagainya disamping memikul tanggungjawab dengan pekerjaan utamanya. Penumpuan pendapatan sampingan itu menyebabkan penggunaan masa untuk riadah dan berehat terjejas. Akibatnya manusia akan mempunyai perasaan tertekan, muram, tak ceria serta tahap kesihatan turut merosot. Ini timbal balik tertekan dengan pekerjaan dan mencari pendapatan sampingan itu.

Sebenarnya, masalah ini terjadi disebabkan oleh Sistem Ekonomi Kapitalis. Seperti dimaklumkan, sistem ini memestikan dan mewajibkan kutipan cukai. Dari cukai itu digunakan untuk membiayai urusan negara. Bebanan cukai itu dikenakan kepada rakyat secara menyeluruh. Tanpa cukai, negara kapitalis (termasuk Malaysia) tak berfungsi.

Adanya cukai-harga barangan melampung dan pendapatan manusia dibelanja untuk membeli barangan dengan harga agak tinggi jugak. Disebabkan menaikkan harga minyak sahaja, kesan harga barang pun turut naik. Hidup manusia semakin tertekan dan semakin sengsara.

Maka, Islam menawarkan satu jalan penyelesaian dalam masalah ini. Dalam sistem ekonomi Islam-sumber pendapatan daulah(negara) Islam bukan datang dari cukai-cukai semata-mata.

Sumber kemasukkan Baitul Mal negara Islam seperti hasil-hasil galian,Ghanimah,Fa’I,Jizyah, zakat, Kharaj,Usyur, rikaz dan sebagainya.

Hanya satu contoh diambil, yang boleh menunjukkan keberkesanan penerapan hukum Sistem Ekonomi Islam dapat menyelesaikan masalah kewangan manusia sejagat ini. Iaitu hasil galian atau lebih difokuskan hasil Petroleum. Kalau Malaysia (berikut laporan bajet 2004) sahaja, ada keuntungan 56 trilion. Dengan keperluan 117 billion dari kutipan cukai, maka masalah 117 billion ini mudah-mudah sahaja dapat diatasi. Dengan hasil keuntungan petroleum sebanyak 56 trilion boleh membiayai banyak keperluan negara dalam melayani masalah umat. Malahan itu lebih dari mencukupi. Sekiranya 56 trilion untuk memenuhi keperluan negara, rasanya tidak perlunya cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat. Sistem Ekonomi Islam telah mengariskan Keuntungan petroleum itu adalah hak-hak milik umum (semua manusia) bukannya hak milik persendirian atau syarikat perswastaan(shell, BP, mobil dll).

Islam datang membawa penyelesaiannya. Berpandukan dari hadis Rasulullah,”Manusia berkongsi dengan 3 perkara,iaitu air, padang dan api/garam”. Sistem Ekonomi Islam akan menggunakan hasil galian tersebut(petroleum) itu untuk diagihkan kepada seluruh manusia yang tinggal dibawah naungan daulah/negara Islam.

Bayangkanlah, wahai manusia sekelian.
Itu baru sahaja Malaysia. Konsep negara Islam yang sebenarnya adalah gabungan 54 pecahan negeri umat Islam diseluruh dunia ini akan dijadikan satu. Pastinya negara Islam akan menjadi lebih kaya dan makmur. Jadi, kalau masalah kewangan itu dapat diselesaikan, adakah senarai masalah yang tertera diatas itu akan timbul. Jawapannya Tidak Ada.

Jadi, manusia akan menggunakan masanya dengan beramal soleh dan beramal kebajikan. Ada masa untuk beriadah, berehat dan beribadat. Bahkan akan banyak masa itu digunakan untuk memikirkan membangunan sains dan teknologi. Dari hasil kretifviti dan inovasi akan melahirkan lebih ramai cendiakawan dan pakar-pakar yang akan memajukan dan membangunkan negara Islam itu sendiri. Hal ini dapat dibuktikan zaman Umaiyyah dan Abbasiyyah. Ini sesuatu yang tidak dapat dinafikan oleh semua orang.

Tetapi,,

Kalau manusia masih setia dengan Sistem Ekonomi Kapitalis. Memang banyak masa digunakan untuk mengatasi masalah kewangannya sahaja. Bahkan manusia tidak dapat menggunakan masa untuk befikir. Fikiran manusia biasanya terkongkong dengan masalah tempat kerja, urusan family dan sedikit masa untuk masyarakat. Jadi tak hairanlah, kalau time kenduri khawin, orang yang datang rewang dah berkurangan. Pasal masa untuk bermasyarakat dah semakin singkat. Semata-mata mencari pendapatan sampingan dan mencari jalan keluar dalam masalah kewangannya.

Jadi, marilah kita menjatuhkan Sistem Ekonomi Kapitalis. Kita bina negara Islam dan terapkanlah syariat secara menyeluruh dengan mendirikan daulah Islam yang berkhalifah

POLITIK KUFUR -VS- POLITIK ISLAM

 

Mutakhir ini banyak perkembangan yang berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negeri telah menggugat kedudukan parti pemerintah. Ia juga sekali gus telah membuka mata banyak pihak bahawa ada sesuatu yang ‘tidak kena’ telah berlaku atau sedang berlaku dengan sistem pemerintahan yang ada pada hari ini. Jika dulu rakyat hanya menutup mata dan memendam rasa dengan segala kezaliman dan ketidakadilan parti pemerintah, kini kesedaran rakyat sudah semakin meningkat dan ia telah dimanifestasikan dengan pelbagai cara. Pemerintah pula dilihat semakin tertekan dan terdesak dengan gelombang kesedaran rakyat yang semakin menerpa mereka. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pakistan, Myanmar, Indonesia dan tidak terkecuali di negeri orang-orang kafir sekalipun seperti di Amerika sendiri, United Kingdom dan Australia di mana iklim perubahan telah mula melanda. Rakyat sudah semakin nampak dan membenci pemerintah dengan kezaliman, penyelewengan yang mereka lakukan. Di Malaysia contohnya, baru sahaja perhimpunan besar-besaran di adakan pada 10 November lalu, beberapa hari lepas muncul pula perhimpunan yang dianjurkan oleh Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang menuntut keadilan kerana mendakwa mereka selama ini telah ditindas oleh parti pemerintah.

Walaupun terdapat banyak pandangan pro dan kontra dengan apa yang berlaku, namun yang pasti ialah telah muncul satu ‘kesedaran politik’ di kalangan rakyat bahawa terdapat banyak kepincangan dengan orang atau sistem yang ‘menguruskan’ mereka. Kesedaran ini mula muncul apabila rakyat mula merasa bahawa hak-hak mereka selama ini telah dirampas atau tidak ditunaikan oleh pemerintah. Justeru, tidak hairanlah jika di Myanmar, sami-sami Buddha yang selama ini tidak pernah terlibat dalam politik tiba-tiba turun padang dan bukan setakat menyertai, malah mengetuai perhimpunan besar-besaran menuntut perubahan. Jika di kalangan orang-orang kafir sekalipun telah wujud kesedaran ini, apatah lagi kita umat Islam seharusnya mempunyai ‘kesedaran’ yang jauh lebih tinggi. Ini kerana kita sepatutnya sedar bahawa kita wajib ‘diurus’ oleh pemerintah dengan Islam – dengan Al-Quran dan As-Sunah, bukannya dengan sistem taghut (selain Allah). Kita sewajibnya mengetahui apakah hak dan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim/rakyat, dan juga apakah hak dan tanggungjawab pemerintah menurut Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan ini barulah kita tahu sama ada kita ‘diatur’ dengan betul (dengan hak) atau dengan batil oleh pemerintah yang ada, dan jika kita diatur dengan bathil, maka wajib pula bagi kita mengetahui apakah kewajipan yang Allah kenakan ke atas kita untuk membetulkan kebatilan ini. Inilah yang dinamakan ‘kesedaran politik’ dan kesedaran ini wajib ada pada umat Islam agar kita semua dapat memastikan satu sama lain hidup hanya dalam keadaan tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah dan Rasul. Dengan itu, Insya Allah Sautun Nahdhah kali ini akan mengupas pengertian politik (siyasah) menurut Islam dan mengharapkan agar umat Islam sedar akan tanggungjawab yang wajib mereka mainkan sebagai seorang ahli politik Islam.

Kesalahfahaman Tentang Pengertian Politik

Sejak kemunduran berfikir melanda umat Islam dan setelah jatuhnya Daulah Islam pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), keseluruhan negeri umat Islam telah diperintah dengan sistem sekular yang berasal dari Barat di mana asas/tunjang pemerintahannya adalah memisahkan agama dari kehidupan (faslu din anil hayah). Bermula dari sini, kafir Barat telah berjaya menguasai dan mengawal pemikiran umat Islam bahawa agama dan politik mesti dipisahkan (sebagaimana mereka memisahkannya). Mereka seterusnya mengangkat pemimpin-pemimpin dari kalangan umat Islam yang sepemikiran dengan mereka dan melalui pemimpin-pemimpin inilah, sistem sekular telah diterap dan dipertahankan. Apabila setiap detik dan ketika, rakyat dihidangkan dan dijamu dengan pemikiran-pemikiran kufur ini, sudahnya pemikiran ini berjaya meracuni mereka. Apatah lagi, dengan adanya ‘ulama’ yang digaji oleh pemerintah untuk ‘membenarkan’ segala tindakan mereka, maka keyakinan rakyat akan politik dan agama adalah suatu yang terpisah, semakin kuat. Ulama yang diberi gaji ini akhirnya digunakan habis-habisan oleh pemerintah sekular yang ada untuk menyokong pemerintahan dan undang-undang kufur yang diterapkan. Tugas ulama hanya dipersempit untuk mengeluarkan fatwa terhadap perkara-perkara furu’ (ranting), manakala dalam bab pemerintahan, undang-undang, ekonomi, pendidikan, jihad, dasar luar dan dalam negeri, ‘tugas’ ulama ini hanyalah untuk mengangguk dan mengiyakan apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah. Akhirnya, ulama yang sepatutnya bertugas membetul dan menasihatkan pemerintah dengan Islam, telah berjaya ‘di sekularkan’ oleh pemerintah.

Racun sekular yang telah menular hingga ke urat saraf umat ini menyebabkan wujudnya umat Islam dan jemaah Islam yang tidak mahu terlibat dengan politik kerana beranggapan bahawa agama dan politik adalah dua perkara yang berlainan. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada orang bergelar ulama yang bukan sahaja tidak mahu terlibat dengan politik, malah menyalahkan individu Muslim mahupun gerakan-gerakan Islam yang terlibat dengan politik. Kecelaruan ini timbul disebabkan oleh satu perkara asas, iaitu kerana mereka tidak memahami apakah maksud politik (siyasah) menurut Islam. Hal ini timbul kerana mereka telah sebati hidup dalam lingkaran politik kufur/sekular yang ada sekarang di mana apa yang mereka lihat hanyalah kekotoran dan kejijikan politik yang diamalkan oleh ahli-ahli politik yang ada. Politik, bagi mereka adalah suatu yang kotor manakala Islam adalah suatu yang suci, justeru, bagi mereka Islam tidak sama dengan politik atau perlu dipisahkan dari politik. Memang benar, kita bersetuju jika dikatakan politik (sekarang) adalah kotor dan keji. Kenapa? Kerana politik yang ada sekarang adalah politik kufur – politik yang datangnya dari kafir Barat, politik yang dikuasai oleh orang-orang yang berkiblatkan Barat, politik yang membelakangkan al-Quran dan Sunnah, politik yang dipenuhi dengan penipuan, politik yang dilingkungi ketamakan akan kekayaan dan kerakusan untuk berkuasa, politik di mana seseorang cuba menjatuh dan mengaibkan satu sama lain, politik di mana seseorang suka memfitnah satu sama lain, politik yang dipenuhi dengan rasuah, politik yang membenarkan arak, judi, riba serta pergaulan bebas merajalela, politik yang mana sistem dan undang-undangnya dibuat oleh manusia dan pelbagai kekejian lagi yang ada. Dengan kata lain, politik yang ada sekarang sememangnya kotor dan keji kerana telah memisahkan agama dengan kehidupan.

Dengan segala kamaksiatan yang ada inilah yang menjadikan umat Islam melihat bahawa politik itu kotor dan jijik sehingga ada sebahagian umat Islam yang menolak politik. Memang benar, kita mesti menolak politik kotor ini, kerana ia adalah politik kufur. Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak boleh menolak dan hanya membiarkan politik kotor ini terus bermaharajalela dan menguasai kita, bahkan kita wajib menggantikannya dengan politik Islam (siyasah syar’iyyah) yang bersih dan benar. Sesungguhnya inilah apa yang wajib kita lakukan sebagai seorang Muslim. Kita sedih kerana ada ulama yang tahu akan segala kekejian dan kekotoran yang ada dalam politik sekarang, bahkan menolak politik kerana kekotorannya, tetapi ada di antara mereka yang tetap ‘rela dan redha’ dilantik oleh ahli politik dan terus berkhidmat dengan pemerintah dalam sistem politik yang penuh maksiat ini. Walhal apa yang wajib dilakukan oleh para ulama ini adalah ‘membersihkan’ segala kekotoran ini dengan menasihati pemerintah atau ahli-ahli politik yang ada agar kembali mengamalkan politik Islam (siyasah syar’iyyah), bukannya hanya duduk sepejabat atau semeja (dengan pemerintah) dan bergelumang dengan sistem kufur dan politik kufur ini.

Definisi Politik

Terdapat di kalangan umat Islam yang kerana telah dibesarkan dengan sistem pemerintahan sekular yang diwarisi dari British ini, beranggapan bahawa politik adalah pilihan raya dan pilihan raya adalah politik. Pemikiran mereka telah disempitkan sehingga sudah tidak boleh keluar dari pengertian ini. Kemalasan belajar dan mengkaji fiqh Islam menyebabkan mereka ini dilanda kejumudan berfikir yang amat parah, malah lebih parah lagi, mereka sanggup belajar, mengkaji dan mengamalkan politik sekular, tapi tidak sanggup untuk belajar, memahami dan mengamalkan politik Islam. Ada yang terjerumus dengan kesalahan yang fatal bila berani mengatakan bahawa politik tidak ada di dalam Islam atau Islam perlu dipisahkan dari politik. Ada juga yang terkeliru dengan mengakui bahawa ada politik di dalam Islam, tetapi kita tidak perlu mementingkannya. Juga, ada yang bercelaru pemikirannya dengan mengakui bahawa politik adalah sebahagian dari Islam, tetapi dia sendiri tidak mahu terlibat di dalam politik. Sebagaimana dimaklumkan, segala ketidakjelasan dalam berfikir ini wujud kerana mereka tidak memahami apakah maksud siyasah (politik) menurut Islam.

Secara lughah (bahasa), siyasah (politik) berasal dari kata sasa, yasusu, siyasatan yang bererti ‘mengurus kepentingan seseorang’. Perkataan siyasatan menurut pengertian bahasa adalah ‘pemeliharaan/pengurusan’. Dalam kamus Al-Muhits dikatakan – sustu ar-ra’iyata siyasatan, ai amartuha wa nahaituha, ai ra’itu syu’naha bi al-awamir wa an-nawahi (aku memimpin rakyat dengan sungguh-sungguh, atau aku memerintah dan melarangnya, atau aku mengurusi urusan-urusan mereka dengan perintah-perintah dan larangan-larangan). Ini dari segi bahasa. Adapun maksud siyasah menurut istilah/syara’ adalah ri’ayah asy-syu’un al-ummah dakhiliyyan wa kharijiyan (mengatur/memelihara urusan umat sama ada dalam atau luar negeri) [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur]. Pengertian ini diambil dari beberapa hadis di mana Rasulullah saw menggunakan lafaz ‘siyasah’ untuk menunjukkan maksud pengurusan/pemeliharaan urusan umat, antaranya hadis riwayat Bukhari dan Muslim,

“Adalah Bani Israel dahulu yang mengatur urusan mereka adalah nabi-nabi (tasusuhum al-anbiya’). Bila wafat seorang Nabi, maka diganti dengan Nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tidak akan ada lagi Nabi sesudahku tetapi akan ada Khulafa’ dan jumlahnya banyak. Para sahabat bertanya, ‘Lalu apa yang engkau perintahkan kepada kami?’ Nabi bersabda, ‘Penuhilah ba’iat yang pertama, yang pertama sahaja, berikanlah kepada mereka hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa saja yang mereka urus/pelihara.”

Berkenaan lafaz tasusuhum al-anbiya’, Ibn Hajar al-‘Ashqalani berkata, “Dalam hal ini terdapat isyarat bahawa harus ada bagi rakyat, orang yang mengatur urusan mereka, membimbing mereka ke jalan yang baik, dan memberikan keadilan kepada orang yang dizalimi dari orang yang zalim.” [Fath al-Bari, VI/497] Menurut Imam As-Suyuthi pula, tasusuhum bermaksud “yang menjalankan urusan mereka” [As-Suyuthi, ad-Dibaj, IV/456]. Dan menurut Imam an-Nawawi, tasusuhum bererti “yang menangani urusan mereka sebagaimana para amir dan wali menangani urusan rakyat.” [Imam an-Nawawi, Sahih Muslim bi Syarh an-Nawawi, XII/231-232]. Justeru, hadis ini menjelaskan makna as-siyasah (politik). Secara bahasa, kata sasa-yasusu-siyasah juga boleh membawa makna ra’a syu’unahu (memelihara urusan-urusannya). Dengan kata lain, as-siyasah (politik) maknanya adalah ri’ayah syu’un al-ummah (pengaturan dan pemeliharaan urusan-urusan umat). Inilah pengertian politik menurut Islam, yang mana berdasarkan hadis ini, semua nabi, termasuk Nabi Muhammad saw menjalankan peranan politik mereka sebagai pengurus, pengatur, dan pemelihara urusan umat. Dan peranan politik (mengatur urusan umat) ini dengan jelas akan diambil alih pula oleh para Khalifah yang sekali gus menjelaskan bahawa pemimpin/pengurus umat Islam (untuk seluruh dunia) setelah Rasulullah adalah Khalifah, yang akan mengurusi/memelihara kepentingan umat Islam.

Dari pengertian politik ini, tidak hairanlah jika ada ulama menekankan bahawa politik dan agama adalah ibarat dua saudara kembar [Lihat: Imam al-Ghazali, Al-Iqtishad fî al-I‘tiqad, hlm. 199]. Dikatakan juga, “Jika kekuasaan (as-sulthan) terpisah dari agama atau jika agama terpisah dari kekuasaan, nescaya keadaan manusia akan rosak” [Lihat: Ibn Taimiyah, Majmu‘ al-Fatawa, 28/394]. Ulama-ulama yang ikhlas, baik yang salaf mahupun yang khalaf memahami pengertian politik dari perspektif ini dan mereka adalah golongan yang selalu melakukan amar ma’ruf nahi mungkar terhadap pemerintah sehingga ada yang dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini jauh berbeza dengan kedudukan ulama sekarang di mana ada yang menolak politik, ada pula yang memahami dan mengambil politik ala sekular dan ada pula yang bersekongkol dengan pemerintah sekular dan menyalahkan gerakan Islam yang melakukan aktiviti politik memuhasabah pemerintah.

Berdasarkan maksud politik (siyasah) menurut Islam, maka adalah jelas bagi kita bahawa mengurus/memelihara (ambil peduli) tentang urusan umat Islam adalah tanggungjawab politik yang dibebankan oleh Allah swt ke atas bahu pemerintah. Ini sesuai dengan sabda Nabi saw bahawa,


“Imam (pemimpin) itu pemelihara dan dia bertanggungjawab di atas orang yang dipelihara (rakyat)nya”
[HR Muslim].

Memelihara rakyat bermaksud mengambil berat tentang kepentingan-kepentingan rakyat yakni menunaikan segala hak dan kewajipan rakyat mengikut ketentuan yang telah Allah perintahkan ke atas mereka. Bagi setiap individu Muslim dan gerakan Islam pula, mereka juga wajib berpolitik dengan maksud wajib ke atas mereka memerhatikan urusan atau kepentingan umat Islam. Wajib bagi mereka memastikan bahawa mereka ‘diatur’ (oleh pemerintah) dengan hukum-hakam Islam dan wajib pula bagi mereka memuhasabah pemerintah sekiranya pemerintah tidak menerapkan hukum Islam ataupun mengabaikan kemaslahatan kaum Muslimin. Dalam hal ini, Allah swt telah mewajibkan adanya segolongan (jemaah/gerakan) dari kalangan umat Islam agar mengajak manusia kepada Islam dan melakukan amar ma’ruf nahi mungkar. Firman Allah,

“Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (Islam), dan menyuruh kepada yang ma’ruf serta mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang menang.” [TMQ Ali Imran (3):104].

Inilah tanggungjawab politik umat Islam yang telah diwajibkan oleh Allah swt. Peri pentingnya muhasabah dari rakyat kepada pemerintah yang zalim, yang tidak menerapkan Islam sehingga Allah dan RasulNya meletakkan satu darjat yang tinggi kepada mereka yang melakukan aktiviti politik (muhasabah) ini, dengan status sebagai sayid asy-syuhada (penghulu para syahid). Sabda Nabi saw,

“Penghulu syuhada adalah Hamzah ibn Abi Thalib dan seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang jahat/zalim, lalu menyerunya berbuat baik dan mencegahnya berbuat mungkar, kemudian ia dibunuh (oleh penguasa tersebut)” [HR Hakim].

Rasulullah adalah Ahli Politik

Sesungguhnya amat salahlah orang yang mencontohi Rasulullah hanya dalam bidang akidah, ibadat dan akhlak semata-mata. Sesungguhnya amat naiflah pandangan orang yang tidak mahu terlibat dengan politik dan hanya mementingkan soal akidah dan ibadat sahaja. Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah uswatun hasanah bagi kita di dalam semua perkara, bukan hanya akidah, ibadat atau akhlak semata-mata? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah seorang ahli ekonomi dan ahli politik yang agung? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah merupakan seorang pemimpin sebuah kutlah (kelompok/gerakan) Islam (semasa di Mekah) dan baginda adalah Ketua Negara Islam (semasa di Madinah) dan sekali gus merupakan seorang pemimpin dunia Islam? Adakah sebagai seorang pemimpin sebuah kutlah, Rasulullah bukan ahli politik? Adakah sebagai seorang pemimpin negara dan pemimpin dunia, Rasulullah bukan ahli politik? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah mengajak manusia kepada (agama) Islam dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti politik di dalam dakwahnya, baik di Mekah mahupun di Madinah? Tidakkah mereka sedar akan hadis Rasulullah yang masyhur (semasa Rasulullah masih di Mekah),

Demi Allah, andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan (dakwah) ini, hinggalah Allah benar-benar memenangkanku atau aku hancur bersamanya, sekali-kali tidak akan aku tinggalkan.” [HR At-Thabari].

Hadis ini sebenarnya agak panjang di mana pada awalnya orang kafir Quraisy sudah tidak tahan dengan dakwah Rasul yang meremeh-remehkan akidah dan kepercayaan mereka, mencaci sembahan-sembahan mereka dan ‘menghentam’ segala bentuk ‘sistem kufur’ yang mereka amalkan. Kafir Quraisy tahu dan memahami bahawa apa yang Rasulullah inginkan ialah sebuah kekuasaan/negara di mana sistem Islam dan hukum Allah boleh diterapkan di dalamnya. Atas sebab inilah mereka cuba menawarkan atau memberi kuasa kepada Rasulullah, cuma dengan syarat Rasulullah mesti meninggalkan dakwah baginda. Jadi, apakah dakwah Rasulullah yang ‘menghentam’ akidah, pemerintahan dan sistem kufur yang ada ini bukan dakwah yang bersifat politik? Apakah usaha Rasulullah untuk mendapatkan kekuasaan/negara (untuk menerapkan hukum Allah) ini, bukan aktiviti yang bersifat politik? Hadis ini (dan banyak lagi hadis lainnya) sebenarnya dengan jelas menunjukkan bahawa aktiviti dakwah yang Rasulullah lakukan adalah berbentuk politik. Hadis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah tidak pernah kompromi atau tunduk kepada orang-orang kafir (apatah lagi bersekongkol dengan pemerintah dan sistem kufur) di dalam aktiviti dakwah/politik baginda. Walhal jika difikirkan secara logik, adalah lebih baik Rasulullah menerima sahaja tawaran kuasa yang diberikan oleh orang kafir Quraisy, kemudian baginda bolehlah merubah sistem yang ada setelah baginda berkuasa. Namun, hal ini samasekali tidak dilakukan oleh baginda Rasul kerana Islam wajib dimenangkan di atas kekufuran, bukannya disatukan atau dikompromikan dengan kekufuran. Di dalam dakwah dan aktiviti politik untuk mendapatkan kekuasaan, bukan maslahat/manfaat dunia yang diambil kira oleh Rasul, tetapi kepatuhan kepada perintah Allah dan keredhaanNya sahajalah yang dicari.

Mengatakan Rasulullah berdakwah hanya dari segi akidah, ibadah atau akhlak sahaja tanpa mengaitkannya dengan siyasah/politik (mengurus urusan umat) adalah menyalahi al-Quran itu sendiri. Adalah suatu yang amat dangkal apabila seseorang itu hanya mementingkan aspek akidah tetapi tidak mementingkan aspek siyasah (yang merupakan sebahagian dari hukum syara’). Ini kerana terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh tentang aspek siyasah/politik di dalam dakwah Rasul walaupun ketika itu masih di peringkat awal dakwah (di Mekah). Malah, terdapat ayat-ayat Al-Quran (semasa di Mekah) yang membincangkan (dan ada yang diturunkan kerana) hal-hal politik yang sedang berlaku (contohnya Surah ar-Rum). Ini belum lagi mengambil kira ayat-ayat Madaniyah yang begitu banyak menyentuh tentang politik. Rasulullah di peringkat awal dakwah lagi telah diperintah oleh Allah agar melakukan aktiviti siyasah dengan melaknat sistem kufur yang dipraktikkan dan membetulkan sistem tersebut. Firman Allah,

“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka minta dipenuhi dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.” [TMQ al-Muthaffifin (83):1-3].

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makan orang miskin.” [TMQ al-Ma’un (107):1-3].

Ayat yang pertama di atas adalah ‘menghentam’ sistem ekonomi yang diamalkan oleh kafir Quraisy yang suka menipu dan ayat yang kedua pula ‘menghentam’ (celaan Allah ke atas) pembesar/pemerintah Mekah yang suka mengherdik anak yatim dan tidak mempedulikan orang-orang miskin di kalangan mereka. Ayat-ayat ini dan banyak lagi ayat lainnya di mana Allah mengajar Rasulullah (dan orang-orang yang beriman) bagaimanakah aktiviti dakwah siyasah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pendakwah, bukan hanya dakwah dari segi akidah sahaja, walaupun di peringkat awal dakwah. Jadi, dalam keadaan sekarang pun samalah kedudukannya di mana kita sedang dilingkari oleh sistem yang rosak, maka adalah menjadi kewajipan atas kita untuk menghentam sistem yang rosak ini dan berusaha menggantikannya dengan sistem Islam.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Dalam pada kita yakin bahawa Allah itu Esa, dalam masa yang sama kita wajib menyeru (tidak memaksa) orang kafir menyembah Allah Yang Esa; dalam pada kita yakin al-Quran adalah Kalamullah, kita dalam masa yang sama wajib solat dan menegur saudara kita yang tidak bersolat, wajib meninggalkan riba dan menegur saudara kita yang mengambil riba; dalam pada kita yakin Rasulullah adalah penutup para Rasul, kita dalam masa yang sama wajib memuhasabah pemerintah yang tidak mengikut perintah Rasulullah; dalam pada kita beriman dengan qadha’ dan qadar, kita juga wajib melakukan amar ma’ruf nahi mungkar; dalam pada kita yakin adanya syaithan dan taghut, dalam masa yang sama kita diharamkan berdiam diri dengan sistem taghut yang ada; dalam pada kita yakin Daulah Khilafah akan tegak semula dengan izin Allah, kita dalam masa yang sama wajib berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Khilafah. Saudaraku sekalian! Inilah kaitan antara akidah dan siyasah. Kesempurnaan iman itu adalah apabila kita mengambil dan mengamalkan Islam itu di dalam semua aspek dan bukannya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian. Apabila seseorang itu telah masuk Islam melalui pintu tauhid, maka wajiblah baginya untuk menyempurnakan ajaran Islam dengan memasuki pintu ibadah, pintu politik, pintu ekonomi, pintu pendidikan, pintu uqubat, pintu jihad dan semua pintu-pintu lain yang ada. Wallahu ‘alam

MANSUH ISA, UNDANG-UNDANG KUFUR LAINNYA BAGAIMANA?

 

 
Banyak pihak, termasuk para menteri nampak agak terkejut dan tidak bersedia dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam 16 September lepas. Dalam perutusan khasnya sempena Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung oleh RTM, Najib mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan juga Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Menurutnya, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia itu berkata, undang-undang berkaitan keganasan masih dikekalkan di bawah kuasa Menteri. Di dalam ucapannya itu, Najib menegaskan bahawa kerajaan turut memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. “Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecuali undang-undang berkaitan keganasan,’’ katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kajian semula terhadap beberapa undang-undang negara secara lebih komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. “Bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan sebaliknya akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga ia dibatalkan,’’ katanya. Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun katanya, kebenaran berhimpun diberikan selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa [UM 17/09/11].

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa mengulas pengumuman ketuanya itu, berkata, penggubalan akta serta undang-undang baru bagi menggantikan ISA  akan mengambil kira pandangan pihak serta agensi yang berkaitan seperti polis dan tentera terlebih dahulu. “Akta baru yang digubal bagi menggantikannya akan mengambil kira peredaran zaman tetapi perubahan terhadapnya perlulah diimbangi dengan kepentingan terhadap keselamatan negara dan rakyat serta kepentingan suasana demokrasi semasa. Bagaimanapun, menurut Hishammuddin, proses menggubal undang-undang baru menggantikan ISA tidak akan mengambil masa yang lama kerana ia akan merujuk kepada undang-undang di negara lain sebagai contoh. “Undang-undang yang berhubung kait dengan keganasan, seperti Akta Patriot di Amerika Syarikat, Akta Anti Keganasan di United Kingdom dan Australia boleh dijadikan contoh untuk menggubal akta baru tersebut dalam usaha memerangi keganasan,” katanya [UM 17/09/11].

Walaupun rakyat tidak menduga pengumuman seumpama itu akan dibuat, namun semua orang tahu bahawa Najib perlu melakukan sesuatu yang besar bagi menyelamatkan kedudukannya menjelang pilihan raya umum ke-13 tak lama lagi. Seperti biasa, media arus perdana terus memberi pujian melangit kepada Najib, malah komen-komen dari akhbar luar negara yang memuji Najib terus-menerus disiarkan. Para Menteri yang selama ini menyokong dan mempertahankan ISA, kini terpaksa terbalik 180 darjah dengan memuji boss mereka sebagai seorang Perdana Menteri yang berani dan hebat. Hatta bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed yang selama pemerintahannya kental mempertahankan ISA dan terkenal dengan langkah menyumbat musuh-musuh politiknya ke dalam ISA, kini turut memuji langkah yang diambil oleh Najib memansuhkan akta yang zalim itu.

Mansuh Undang-Undang Kufur, Ganti Undang-Undang Kufur Lainnya

Bagi rakyat yang celik politik, pengumuman yang dilakukan Perdana Menteri Malaysia itu bukanlah suatu yang patut disanjung, kerana ia boleh disifatkan sebagai umpan pilihan raya sahaja. Tindakan pemansuhan ISA dilihat sebagai usaha Najib untuk ‘meredakan’ kemarahan rakyat yang selama ini semakin menolak kerajaan pimpinannya. Dengan langkah pemansuhan ini, semua isu kebobrokan pemerintah seperti penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah, fitnah, peningkatan kadar jenayah, konspirasi politik dan lain-lain dapat ditenggelamkan. Mungkin Najib mengharapkan kesemua ‘dosa’nya selama ini akan terampun dengan dimansuhkannya ISA dan rakyat kembali memberi sokongan kepada kerajaan. Jika tidak ada suatu perubahan besar yang dilakukan oleh Najib, kemungkinan UMNO-BN boleh kecundang di dalam perebutan kuasa dengan pembangkang di dalam pilihan raya nanti. Dengan banyaknya isu menjengkelkan yang berlaku di sepanjang pemerintahannya, yang menyebabkan rakyat semakin mual dan tidak dapat menahan amarah dengan kerajaan dan parti pemerintah, langkah pemansuhan ISA ini dilihat menjadi talian hayat Najib dalam rangka untuk terus kekal berkuasa selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Ini dari satu aspek. Dari aspek yang lain dan yang lebih penting adalah, keputusan untuk memansuhkan ISA ini bukanlah suatu yang patut disanjung kerana ia dilakukan bukan atas dasar Islam! Najib menyatakan bahawa tindakan pemansuhan ini dilakukan kerana mendengar suara hati rakyat yang inginkan perubahan. Inilah ‘alasan demokratik’ seorang pemimpin di mana segala sesuatu dilakukan (kononnya) ‘kerana rakyat’ sesuai dengan ajaran demokrasi. Hakikatnya, ia bukanlah kerana rakyat, tetapi kerana maslahat politik yang ingin diraih darinya. Apa pun alasan yang diberikan, yang lebih penting adalah, pemansuhan itu bukan dilakukan atas dasar keharaman ISA di sisi Islam, tetapi atas dasar kehendak demokrasi!  Sesungguhnya tidak ada kebaikan walau sebesar zarah pun di dalam melakukan sesuatu perkara apabila Islam dikebelakangkan.

Langkah menghapuskan ISA ini bertambah tidak bermakna apabila kerajaan mengumumkan akan menggubal dua akta baru bagi menggantikan akta haram itu. Lebih buruk, kedua-dua akta baru yang haram yang akan menggantikan ISA itu akan diambil contoh dari Akta Patriot Amerika Syarikat dan Akta Anti Keganasan UK. Di dalam pengumumannya, Najib telah menyatakan dengan jelas bahawa hal-hal yang melibatkan keganasan masih diletakkan di bawah bidang kuasa eksekutif, bukannya kehakiman. Justeru, dengan penggubalan dua akta baru ini, kesannya lebih kurang sama dengan ISA di mana eksekutif (kerajaan) adalah pihak yang berkuasa menentukan siapakah yang dianggap sebagai pengganas. Jika di bawah ISA, seseorang itu akan ditahan tanpa bicara atas alasan ‘mengancam keselamatan negara’, maka di bawah akta yang baru nanti, kemungkinan besar seseorang itu akan ditahan atas alasan baru iaitu ‘pengganas’. Apa yang pasti ialah, definisi ‘pengganas’ sudah semestinya menjadi ‘hak mutlak’ kerajaan. Pokoknya, kerajaan (eksekutif) masih merupakan pihak yang amat berkuasa dalam menentukan kesalahan dan menghukum seseorang tanpa keputusan mahkamah! Walhal di dalam Islam, seseorang tidak boleh dihukum kecuali oleh qadhi/mahkamah.

Ringkasnya, sudahlah tindakan memansuhkan ISA ini tidak dilakukan atas dasar Islam, malah kerajaan ingin melakukan keharaman lain pula dengan cadangan menggubal dua akta yang mempunyai ‘ruh’ ISA. Inilah hakikat dan definisi sebenar demokrasi iaitu satu sistem pemerintahan di mana hak membuat undang-undang ada pada tangan manusia!!! Inilah sebuah sistem pemerintahan kufur yang mana Allah SWT telah mengingatkan kita di dalam Al-Quran akan kemungkaran penganut-penganutnya,

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut (selain Allah) padahal mereka telah diperintah mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya” [TMQ an-Nisa’ (4):60].

Inilah hakikat sistem demokrasi di mana manusia, walaupun mengaku beriman, tetapi berhukum dengan hukum taghut (selain Allah). Mereka membuat hukum sendiri dengan tangan-tangan mereka dengan mengambil hak Allah sebagai Pembuat Hukum!

Oleh yang demikian, sesungguhnya pemansuhan ISA ini tidak ada ertinya di sisi Islam kerana ia dilakukan atas dasar demokrasi (bukan atas dasar Islam) dan yang lebih buruk apabila ia akan diganti dengan undang-undang buatan manusia yang lain pula. Dengan kata lain, apa yang diumumkan oleh Najib hanyalah pertukaran satu undang-undang kufur kepada undang-undang kufur lainnya di bawah sistem demokrasi yang haram lagi hina! ISA wajib dihapuskan bukanlah kerana kezalimannya semata-mata yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk menahan seseorang tanpa bicara. ISA wajib dihapuskan kerana ia adalah undang-undang yang bertentangan dengan Islam! Jadi, yang seharusnya menjadi ukuran di sini adalah ‘Islam’, bukan yang lain. Justeru, apa sahaja undang-undang yang bertentangan dengan Islam, walaupun manusia melihatnya sebagai ‘tidak zalim’, ia tetap wajib dihapuskan. Akta yang tidak pernah dipandang zalim seperti Akta Syarikat, Akta Imigresen, Akta Mahkamah Kehakiman, Akta Undang-Undang Sivil, Akta Mahkamah Syariah, Kanun Tanah Negara, Enakmen Jenayah Syariah dan lain-lain, malah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang tidak pernah dipandang zalim, kesemua undang-undang ini wajib dimansuhkan kerana ia adalah bertentangan dengan Islam!

Ukuran ‘undang-undang yang zalim’ bagi setiap Muslim tidak boleh disandarkan kepada akal, tetapi wajib disandarkan kepada nas. Dalam hal ini, Allah SWT menjelaskan bahawa,
“Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].

Allah SWT telah menetapkan bahawa penguasa yang tidak menerapkan hukum Allah sebagai zalim. Itupun sekiranya dia masih lagi meyakini akan hukum Islam. Jika dia tidak menerapkan hukum Islam kerana tidak meyakini kelayakan hukum Islam, maka Allah SWT menyifatkannya sebagai orang kafir, firmanNya,

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang yang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].

Wajib Terap Hukum Islam Secara Kaffah

Antara taklif (bebanan) hukum yang utama yang terletak di bahu pemerintah adalah menerapkan hukum Allah secara kaffah (menyeluruh). Kewajipan menerapkan hukum Allah ini merupakan persoalan yang ma’lum min ad-deen bi adh-dharurah (tidak ada alasan untuk tidak diketahui hukumnya oleh setiap Muslim). Firman Allah SWT,

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu menuruti hawa nafsu mereka. Juga, berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkanmu dari sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu” [TMQ al-Ma’idah (5):49].

Ayat ini memerintahkan kepada Rasul dan kaum Muslimin dengan perintah yang bersifat jazm (pasti) iaitu tentang wajibnya berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, baik itu berupa perintah ataupun larangan. Di dalam ayat ini juga, Rasulullah SAW dan kaum Muslimin dilarang untuk mengikuti hawa nafsu manusia lalu cenderung kepada keinginan/hawa mereka.

Sesungguhnya agama Allah ini telah sempurna dan wajib diterapkan dengan sepenuhnya. Firman Allah SWT,
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Aku redhai Islam itu sebagai agama bagimu” [TMQ al-Ma’idah (5):3].

FirmanNya yang lain, [TMQ al-Baqarah (2):208].

Setelah turunnya ayat-ayat ini, kaum Muslimin dituntut untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh dan sempurna baik dalam masalah akidah, ibadah, akhlak, muamalat, pemerintahan, ekonomi, pergaulan, pendidikan, politik luar negeri, peperangan dan lain-lain. Tidak ada hujah untuk sesiapapun yang tidak mahu berhukum dengan hukum Allah, kecuali kesemua hujah tersebut adalah batil.

Allah SWT telah mengangkat Muhammad SAW sebagai Rasul yang wajib diikuti dalam segenap aspek yang diperintahkan. FirmanNya,
“Apa yang diberikan oleh Rasul kepadamu, maka terimalah ia dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukumanNya” [TMQ al-Hasyr (59):7].

Rasulullah SAW adalah orang yang berhukum dengan hukum Allah semata-mata. Baginda bukan sahaja teladan yang wajib diikuti dalam aspek ibadat semata-mata, malah baginda adalah seorang suami, ayah, ahli ekonomi, ahli jihad dan juga merupakan seorang Ketua Negara yang menerapkan hukum Allah di dalam pemerintahannya, yang mana kesemua ini wajib diikuti oleh setiap Muslim. Ayat di atas memerintahkan agar setiap individu Muslim (termasuk pemerintah) agar mengambil dan mengamalkan seluruh perkara yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan meninggalkan seluruh perkara yang dilarang baginda. Berdasarkan nas-nas yang jelas dan tidak ada keraguan sedikitpun, wajib bagi kaum Muslimin, baik individu, jemaah/gerakan mahupun negara (pemerintah) menerapkan hukum-hukum Allah secara sempurna, tanpa alasan (untuk tidak menerapkannya), tanpa menunda-menunda atau bertahap-tahap di dalam penerapannya. Apatah lagi ke atas seorang pemerintah, tidak boleh ada uzur apa pun untuk tidak menerapkan hukum Allah kerana ‘kuasa’ ada di tangan mereka (pemerintah).

Rasulullah SAW mewajibkan untuk memerangi penguasa (Khalifah) sekiranya seseorang Khalifah itu menampakkan kekufuran yang nyata (di mana kita memiliki hujah atas kekufuran ini) di hadapan Allah. Ini berdasarkan penjelasan dalam hadis Ubadah bin Samit,
“Dan agar kami tidak merebut kekuasaan dari yang berhak, kecuali (sabda Rasulullah SAW) kalian melihat kekufuran yang nyata di mana kalian memiliki burhan (bukti nyata) di sisi Allah” [HR Muslim].

Dan Allah juga mewajibkan umat Islam untuk menukar penguasa yang tidak menerapkan Islam (seperti para penguasa Muslim pada hari ini), melalui thariqah (jalan) perubahan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, kepada penguasa (Khalifah) yang akan menerapkan Islam secara kaffah. Hadis di atas mengingatkan para penguasa agar tidak meremehkan mana-mana hukum Allah walaupun sedikit kerana sesungguhnya tidak ada perbezaan di antara satu kewajipan dengan kewajipan lainnya termasuk antara satu hukum dengan hukum lainnya. Hukum Allah sama-sama wajib diterapkan kesemuanya dan hukum kufur wajib ditinggalkan kesemuanya tanpa dibolehkan kompromi sedikitpun. Allah SWT menjanjikan azab yang amat pedih bagi mereka yang mengambil sebahagian hukumNya dan meninggalkan sebahagian, apatah lagi kalau tidak mengambil kesemua atau meninggalkan kesemuanya. FirmanNya,

“Apakah kamu beriman dengan sebahagian dari Al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang melakukan demikian itu di antara kamu, kecuali kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab yang amat berat” [TMQ al-Baqarah (2):85].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Lihatlah betapa berkuasanya seorang Perdana Menteri, hanya dengan ‘pengumuman’nya sahaja, kesemua Menteri Kabinet yang berada di bawahnya, walaupun ada yang tidak bersetuju dengannya, akan tetap ‘tunduk’ kepada perintahnya. Apatah lagi dengan rakyat jelata, yang sememangnya ‘terpaksa’ patuh kepada ketentuan dari pemerintah. Justeru, jika Najib berkuasa untuk mengumumkan bahawa ISA dihapuskan, sesungguhnya Najib juga berkuasa untuk mengumumkan kesemua undang-undang kufur yang ada di Malaysia ini untuk dihapuskan. Dengan kata lain, Najib juga berkuasa jika dia ingin mengumumkan penerapan hukum Islam di Malaysia. Itulah kuasa yang ada di tangan Najib yang sebenarnya merupakan amanah Allah ke atasnya. Masalahnya ialah, Najib tetap mahu menerapkan hukum kufur dan tidak mahu berhukum dengan hukum Allah walhal dia sedar bahawa kuasa ada di tangannya (untuk menerapkan hukum Allah)! Satu perkara yang Najib mungkin tidak sedar ialah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa mencabut pemerintahan Najib dan menggantikannya dengan seorang Khalifah yang akan menerapkan hukum-hukumNya...dan dengan melihat kepada realiti serta nas-nas yang berupa janji dari Allah dan RasulNya, sesungguhnya masa di mana Khalifah itu akan kembali semula untuk memerintah dunia ini sudah semakin hampir

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu turut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Apakah Benar Dalam Masyarakat Majmuk Hukum Hudud Tidak Sesuai di Laksanakan?

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُم
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Masyarakat kita setiap hari di sogokkan dengan bermacam-macam kekeliruan mengenai hukum-hukum Islam. Hinggakan umat Islam sendiri terpengaruh dan tidak meyakini akan kemuliaan dan kebaikannya, sedangkan sebagai seorang muslim dia wajib mendaulatkan dan melaksanakan undang-undang Allah SWT di muka bumi ini.

Jika bukan Islam mempertikaikan kebaikan dan hikmah yang terkandung di dalam undang-undang Allah SWT kita tidak merasa hairan kerana mereka bukan orang beriman dan tidak pernah diajar untuk mempercayainya. Tetapi kita akan merasai hairan dan bimbang jika orang yang memberi kenyataan dan cuba menafikan kebenaran dan kemuliaan undang-undang Allah SWT adalah terdiri dikalangan umat Islam sendiri.

Kita sering mendengar akhbar arus perdana cuba membawa pandangan negatif dan menganggap hukum-hukum Islam seperti hukum hudud, qisas , diat dan takzir tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara Malaysia di sebabkan Malaysia adalah masyarakat majmuk , malah mendapat sokongan oleh para pemimpin  umat Islam sendiri dengan alasan bahawa masyarakat di sini terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Apakah dakwaan itu benar dan dapat diterima?

Mengikut serah Rasulullah SAW , semasa baginda Nabi SAW menegakkan Daulah Islamiah Madinah dan merealisasikan hukum-hukum Allah SWT yang terdapat di dalam al-Quran, ketika itu masyarakat di Madinah adalah terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama. Di Madinah ketika itu adalah terdiri daripada bangsa Yahudi, kabilah Arab daripada Muhajirin dan Ansar, bangsa Habsyah, bangsa Romawi dan Parsi. Bangsa Yahudi yang menguasai ekonomi di Madinah terpaksa akur dan bersetuju memateri perjanjian dengan Kerajaan Islam Madinah dibawah pimpinan Rasulullah SAW. Walaupun selepas itu puak Yahudi ini melanggar perjanjian dengan Rasulullah SAW hinggakan mereka dihalau keluar daripada kota Madinah.

Islam masih meghormati agama Yahudi dan Nasrani dan membenarkan mereka mengamalkan ajaran agama mereka . Sehingga Rasulullah SAW pernah menjatuhkan hukuman zina kepada orang Yahudi  berdasarkan ajaran kitab Taurat yang mereka amalkan.

Sahabat yang dimuliakan,
Jika di kaji secara teliti mengikut sejarah melayu Melaka, bahawa ajaran Islam dan perlaksanaan hukum hudud pernah dijalankan di Tanah Melayu semasa pemerentahan Kesultanan Melayu Melaka.

Hukum / Undang-undang Islam telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu. Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini.
Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslamkan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.

Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422 – 1444) dan dilengkapkan di dalam zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450). Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan takzir.

Menurut beberapa orang pengkaji barat, seperti William R. Roff dan Alfred R. Rubin  bahawa Undang-undang Melaka itu pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut.

 “Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil AlQuran dan menurut amar bil makruf wa nahi munkar”
Berdasarkan kepada teks Hukum Qanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr Ph. S. Rankel mengandungi 27 fasal , Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British, mengandungi 44 fasal dan Undang-undang Melaka yang diselenggarakan oleh Liaw Yock Fang , mengandungi 44 fasal, setelah diteliti dan dikaji, dapatlah disimpulkan bahawa , Undang-undang Qanun Melaka ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan Undang-undang Islam menurut Mazhab Syafie.

Walaupun tidak dinafikan bahawa di dalamnya terdapat juga unsur-unsur Undang-undang Adat Melayu, namun demikian ianya tidaklah menjejaskan sifat keIslamannya. Peruntukan-peruntukan undang-undang yang terdapat di dalamnya adalah menyeluruh dan luas, ianya mencakupi keseluruhan undang-undang Islam.

Pada mulanya undang-undang adat telah diikuti, akan tetapi apabila orang Melayu mula menganuti agama Islam, maka undang-undang Islam telah diterima dan adat Melayu mula diubah-suaikan supaya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam.

Sahabat yang dihormati,
Kenapa kita mencari alasan untuk tidak mendaulatkah hukum hudud, qisas, diat dan takzir dengan dakwaan masyarakat majmuk? Jika kita benar-benar beriman kepada Allah SWT dan merasai merdeka kenapa setelah 54 tahun negara mencapai kemerdekaan tidak ada satu pun undang-undang Islam yang melibatkan hudud, qisas dan diat dilaksanakan?

Jika ada pihak lain cuba memberi penerangan kebaikan hukum hudud maka ada pihak lain yang mempersenda-sendakannya. Dan mendatangkan ketakutan kepada agama lain supaya takut kepada peraturan dan undang-undang Islam.

Kita akui dan memahami bahawa keadaan semasa bahawa perlaksanaan hukum-hukum Islam (hudud, qisas, diat dan takzir) perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan kesedaran perlu diberikan kepada umat Islam dan rakyat seluruhnya sebelum ianya dilaksanakan. Tetapi kita dapati pihak pemerentah tidak lagsung membuka peluang untuk memberi penjelasan kepada rakyat bahawa kebaikan undang-undang Islam dan perlu dipinda perlembagaan Persekutuan supaya memberi ruang yang lebih luas kepada perlaksanaan undang-undang Islam. Undang-undang Islam bukan hanya terdiri darisegi ibadah , munakahat dan faraid sahaja tetapi ianya adalah meragkumi hukum jenayah dan perbuatan sumbang dan dosa besar yang di kenakan dengan hukum hudud.

Hukum hudud bukanlah satu hukuman yang mudah dilaksanakan sekiranya tanpa mempunyai bukti yang kukuh untuk disabitkan satu-satu kesalahan. Jika tidak cukup bukti yang disyaratkan maka tuduhan terhadap zina, mencuri , minum arak dan lain-lain lagi akan ditolak oleh makhamah Syariah maka orang yang dituduh akan bebas daripada tuduhan. Dengan ini memberi hak kepada orang yang dituduh bebas daripada tuduhan tersebut. Malahan orang yang membuat tuduhan pula jika tidak mempunyai bukti yang kukuh akan didakwa. Ini akan memberi pengajaran kepada orang yang membuat tuduhan dan pembuat fitnah supaya berhati-hati sebelum ingin membuat sesuatu tuduhan. Keadilan ini tidak wujud di dalam undang-undang sekarang, pembuat tuduhan dan fitnah bebas melakukan jenayah fitnah dengan membuat vedio lucah, mengadakan sidang akhbar, dipuji dan mendapat ramai sokongan inilah kesan daripada menafikan keadilan dan undang-undang Allah SWT.

Setakat dakwaan bahawa kita belum mampu melaksanakan hukum hudud sekarang dan persekitaran masih belum sesuai tetapi usha-usaha positif kearah itu tidak diusahakan dan kerja-kerja dakwah dan tarbiah disekat d masjid-masjid, pemberian tauliah agama dikontrol oleh orang politik maka sampai bila pun umat Islam dan rakyat seluruhnya tidak akan dapat memahami bahawa keperluan dan keyakinan kepada undang-undang ciptaan Allah SWT yang terdapat di dalam al-Quran nul karim dan hadis Rasulullah SAW.

Setiap pemimpin umat Islam yang berkuasa dan berpengaruh di dalam masyarakat perlu ingat bahawa mereka semuanya akan ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat nanti adakah mereka telah berusaha untuk mendaulatkan undang-undang Allah SWT dimuka bumi ini. Apakah usaha, tindakan dan keinginan yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan ajaran Islam sepenuhnya? bukan dakwaan kosong dan berpotifkan politik semata-mata.

Dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat kenyataan bahawa agama resmi Malaysia adalah agama Islam :

"Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).


Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Berdasarkan falsafah Islam “membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia”, maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama."

Mengikut tafsiran sebenarnya apabila "Perkara 3 Perlembagaan bahawa agama Islam ialah agama resmi bagi Persekutuan.." sepatutnya perlu kembali kepada takrif Islam yang sebenarnya iaitu Islam adalah agama suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui kitab suci al-Quran nul karim dan melalui sunnah Nabi-Nya. Islam punya dua makna. Pertama, nash (teks) wahyu yang menjelaskan din (agama) Allah. Kedua, Islam merujuk pada amal manusia, yaitu keimanan dan ketundukan manusia kepada nash (teks) wahyu yang berisi ajaran din (agama) Allah.

Jika sudah jelas bahawa agama resmi Persekutuan Islam kenapa darisegi perlaksanaannya terpaksa ambi tafsiran daripada Suruhanjaya Reid?

Apakah dia Suruhanjaya reid? 

"Suruhanjaya reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956. Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri."

Jelas disini bahawa Suruhanjaya reid adalah suruhanjaya peninggalan Britisah dan ianya boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia yang beragama Islam untuk sesuaikan semula Perlembagaan Persekutuan dengan undang-undang Allah SWT samaada hukum qisas, hudud dan diat. Hukum Qanun Melaka adalah undang-undang yang paling hampir dengan undang-undang Islam sebenarnya maka jika kita tinggalkan undang-undang sekarang bukanlah satu yang asing kerana undang-undang Islam sendiri pernah dilaksanakan di Tanah Melayu dahulu. Yang asing bagi kita adalah kita pertahankan undang-undang Britisah yang pernah menjajah negara kita dahulu sedangkan kita telah merdeka 54 tahun yang lalu. Apa erti merdeka jika kita masih dikongkong dengan peraturan orang asing sedangkan kita adalah umat Islam dan menjadi hamba Allah SWT yang beriman dengan al-Quran dan sunnah Nabi-Nya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri, sejauhmana kita telah berusaha mencari rahmat dan keredaan Allah SWT dalam kehidupan kita sehari-hari. Jika kita berazam untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT dan berusha semaksima mungkin ketika di dunia ini maka ini adalah jihad yang paling besar. Walaupun kita memahami undang-undang Islam atau hukum hudud bukan boleh ditegakkan dalam masa sehari atau seminggu kerana undang-undang ini telah lama ditinggalkan, tetapi niat yang ikhlas, usaha berterusan dan cita-cita yang tinggi dan mencari mana-mana ruang yang boleh kita tegakkan undang-undang Islam bermula yang mudah-mudah dulu maka lama ke undang-undang ini akan diterima oleh rakyat dan orang bukan Islam juga boleh menerimanya kerana undang-undang Islam tidak pernah menzalimi manusia samaada umat Islam atau agama yang lain.

Kerja-kerja dakwah dan tazkirah perlu berterusan dan beri kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat seluruhnya akan keadilan ISLAM, kebenarannya, keindahannya maka saya yakin masyarakat kita semuanya samaada umat Islam atau bukan Islam akan menerimanya dengan hati terbuka. Saya menyeru kepada setiap ahli Parlimen yang beragama Islam perlu bersatu dalam perkara untuk menegakkan undang-undang Islam kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama. Dan pujuk rakan-rakan agama lain supaya memahami hasrat kita untuk tegakkan undang-undang Islam kepada kehidupan kerana satu-satunya agama yang di redai Allah SWT adalah Islam.

Firman Alah SWT maksudnya :

"Sesunggunya agama disisi Allah Adalah Islam".
(Surah Ali Imran ayat 19)

"Jadi siapa yang menginginkan selain Islam berarti dia memilih kebathilan dan dalam keadaan merugi.(Surah Ali Imran ayat 82)

"Islam adalah Agama yang sempurna "(Surah Al Maidah ayat 3)

DYMM Sultan Berkenan Untuk Memberi Nasihat Berkaitan Isu Pemeriksaan JAIS

 

Saya telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor pagi ini dan antara ini telah membincangkan laporan yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan keatas majlis yang diadakan di Dewan 3, Dream Centre, Petaling Jaya.

Baginda  selaku Ketua Agama Islam di Selangor telah berkenan untuk memberikan pandangan dan nasihat untuk menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik.

Kerajaan Negeri Selangor akan akur dengan segala nasihat dan jalan penyelesaian yang akan dikemukakan oleh baginda. Kami yakin bahawa keputusan yang akan dibuat oleh DYMM Sultan Selangor adalah yang terbaik untuk masyarakat pelbagai kaum dan agama di Selangor di samping memelihara kesucian agama Islam itu sendiri.

Saya dan juga barisan Exco Kerajaan Negeri tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai isu ini bagi menghormati keputusan DYMM Sultan Selangor.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Tuesday, September 27

Isu Hudud - Gantung sampai mati lebih kejam....

 


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan hukuman gantung sampai mati yang dilaksanakan dalam sistem perundangan negara ini lebih kejam daripada undang-undang Islam atau hukum hudud.

Jelas beliau, bagi jenayah berat seperti membunuh, merompak, menjual dadah dan sebagainya penjenayah boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tetapi jika mengikut hukum hudud adalah potong tangan.

“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.

“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun... bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?” katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di sini malam tadi.

“Hudud tak mati... hudud adalah undang-undang Allah, benda ini hanya sekadar nak masuk dalam senarai undang-undang Kelantan dan yang laksanakan bukan saya tapi hakim.

“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,” katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Selain itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, beliau juga lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinannya berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.

“Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.

“Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan,” kata Mursyidul Am PAS ini.

Dalam ceramah itu juga, Nik Aziz mengatakan ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.

“Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS... dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.

“Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat... Islam datannya dari Allah, bumi, langit dan kita Allah yang punya,” katanya. (IH)

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

‎3 Unsur Utama Aqidah Perjuangan Islam. Tidak mencari Tuhan selain Allah S.W.T. Tidak mengambil pemimpin atau pelindung selain daripada Allah. Tidak mencari hakim selain Allah..... Bahan boleh copy dan share tanpa notis..tkasih.-admin


Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, beliau juga lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Hukum Hudud adalah dari Allah SWT...wajib laksanakan...AllahuAkbar!!!

Monday, September 26

Warkah Puisi Buat Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...

 

                                                                          


Warkah Puisi Buat Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...

Tok Guru Nik Aziz...

Nama mu gah di Negeri Serambi Mekah yg kami sayangi..
Yang Meniti setiap hari dibibir-bibir rakyatmu yg sejati..
Kelibatmu dan suaramu sentiasa kami rindui..
Setiap teguran dan nasihatmu sentiasa kami ingati dan ikuti..

Harapanmu agar agama menjadi keutamaan daripada segalanya tetap kami patuhi..
Pengorbananmu keatas setiap rakyat tidak pernah berbelah bagi..
Digelar Umar Al-Khattab di Abad ke 21 oleh Pemimpin Aceh Besar kini..
Diiktiraf juga pemimpin ulamak yang berjiwa rakyat dan juga berani..

Budi pekerti dan Peribadimu sungguh terpuji..
Akhlakmu mewarisi akhlak para sahabat dan nabi..
Kurniaan drpd Allah setelah pemergian Tok Kenali..
Memerintah Negeri Serambi Mekah dengan Agama Islam sebagai paksi..

Tok Guru Nik Aziz...

Kami menyanjungmu bukan kerana kami Taksub dan gelap hati...
Kami menyokong bukan juga kerana dek membuta tuli..
Mengikut tanpa mengusul periksa siapa kamu dibelakang kami..
Menyusuri sejarah kelahiran mu dari kecil sehingga kini..

Kami diberi akal dan fikiran yg waras agar untuk mengerti..
Memilih pemimpin yg terbaik drpd yg terbaik dikalangan kami.
Kamu di asuh dan terdidik dgn ilmu agama yg tinggi..
Amal makruf dan nahi mungkar sebagai pendinding diri..

Peribadi dan akhlak mu sukar ditandingi..
Oleh rakyat biasa yg marhaen seperti kami..
Sentiasa zuhud dimata kami...kerana Allah kamu merendah diri..
Perkara Duniawi diletak ke tepi..Agama tetap didahulukan daripada setiap segi..

Tok Guru Nik Aziz..

Kami merafak sembah kepada Nya dan menadah kedua tangan kerdil kami..
Berdoa dan Memohon kpdNya agar kesihatanmu berada ditahap tertinggi..
Meletakkan harapan agar Pimpinan Ulamak yg ditunjangi mu ini...
Sentiasa diberkati oleh Nya dan kukuh terpatri di dlm setiap hati kami..

Ajaran mu dan perilaku mu setiap masa dan setiap hari bakal kami ikuti..
Akhlak Nabi Muhammad Junjungan Besar S.A.W dan juga Para Sahabat yg kamu teladani..
Menjadi pedoman dan ikutan kami selagi nyawa berada didlm jiwa kami..
Membasahi lidah dan mentasdiqkan hati dgn zikrullah sehingga ajal menjemput kami..

Ya Allah...Ya Tuhan Kami....

Engkau panjatkan lah umur dan kesihatan yg baik kepada pemimpin kami ini..
Kami tidak sanggup kehilangannya disaat kami sangat  memerlukan kepimpinannya kini..
Rapatkan lah Saf-saf dan hati-hati dikalangan kami..
Jauhikanlah Sifat Syak dan Salah sangka serta memburuk-burukkan diri..
Peliharakan lah kami daripada sifat ujub dan takabbur didalam diri kami..

Ya Allah..Ya Tuhan Kami..

Berilah kekuatan dan istiqomah yang tinggi kepada kami..
Berilah Semangat dan keberanian yg luarbiasa sepertimana engkau kurniakan kpd pejuang syahid Mu di zaman Nabi..
Agar dapat kami berjuang bersama-sama pemimpin pilihan Mu ini..
Walau darah dan nyawa kami menjadi galang ganti..
Kami sanggup menyerah diri dan sujud kepada Mu Ya Allah..didalam menegakkan Agama Mu ini..
Kerana itu tujuan diciptakan kami...
Hanyalah semata-mata mengabdikan diri kepada Mu Ya Allah..Ya Tuhan Kami..
Tuhan Sekalian Alam..Yang DiLangit dan DiBumi....

Amin...Amin...Ya Robbal A'lamin........

MUDAHNYA SEORANG WANITA ITU MASUK KE SYURGA

 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.
  Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah

Hudud: Guan Eng ditekan, ikut Soi Lek ancam keluar Written by Wong Choon Mei

Monday, 26 September 2011 14:31 - Sepertinya demam pilihanraya telah bermula. Yang terkini ialah perdebatan hangat tentang isu hudud diantara DAP dan MCA. Presiden MCA, Dr. Chua Soi Lek berikrar akan meninggalkan Barisan Nasional sekiranya UMNO memperkenan hukum hudud digunapakai.

Terperangkap bak ‘pelanduk diantara dua gajah’, Lim Guan Eng mula menyerang Chua yang pernah terpalit dengan skandal seks, walaupun secara politiknya, ia adalah satu asakan yang kurang bijak.


Umpan, mata kail dan joran


Dengan pilihanraya umum ke-13 yang diramalkan pada bulan November ini, DAP mungkin telah merasakan tekanan kuat untuk melindungi sokongan pengundi Cina daripada pengaruh MCA dan Gerakan.

Kedua-dua parti komponen BN sejak kebelakangan ini sudah memperlihatkan penentangan terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang mana UMNO menyokong pembentukan hukum hudud tetapi menyatakan bahawa negara ini belum cukup bersedia untuk perlaksanaannya.

Di dalam kekecohan yang ditimbulkan, media arus perdana milik BN mula melakarkan gambaran yang mana Soi Lek sedang berjalan disisi Perdana Menteri Najib Razak, sebagai ‘bukti’ bahawa beliaulah yang telah meyakinkan Najib untuk menolak kenyataan Muhyiddin itu. Najib kemudiannya mengumumkan bahawa tiada tempat untuk hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

“Sebenarnya, Guan Eng tidak perlu mengeluarkan kenyataannya. Di dalam agenda Pakatan Rakyat, hudud tidak dimasukkan, dan Kelantan tidak mungkin dapat melaksanakannya atas dasar kesepakatan yang termeterai. Nik Aziz cuma mengeluarkan pendapat selepas Mahathir Mohamad menyerang keperibadian Nik Aziz walhal beliau sendiri tahu bahawa ini adalah hipokrasi UMNO,” ujar Pengarah Strategik PKR kepada Malaysia Chronicle.

“Selepas Najib mengumumkan bahawa tidak akan adanya hukum hudud, tidak perlulah untuk Guan Eng merespon menyatakan beliau akan meninggalkan Majlis Pakatan, tetapi ada kemungkinan beliau merasa tekanan daripada MCA dan Chua Soi Lek.”


Dilihat lemah oleh media pro-BN


Menurut Rafizi, kemunculan isu-isu hangat ini akan bertambah di dalam masa beberapa minggu mendatang, memperlihatkan pentingnya Pilihanraya Umum ke-13 nanti yang mana Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim mempunyai peluang yang cerah untuk mengenepikan BN.

Menurut sumber the Star, Guan Eng menyatakan bahawa pemimpin tertinggi DAP akan keluar besar-besaran daripada Pakatan Rakyat sekiranya hukum hudud atau pembentukan sebuah negara Islam dilaksanakan di dalam polisi kerjasama Pakatan atau “Buku Jingga”.

“Sekiranya ada kenyataan yang kita akan melaksanakan hukum hudud ini di dalam polisi kerjasama dan Buku Jingga, seluruh komite pusat parti akan keluar,” Guan Eng bercakap kepada pihak media selepas merasmikan konvensyen DAP Wilayah Persekutuan kelmarin.

“Hukum hudud tidak pernah sebahagian daripada polisi kerjasama Pakatan dan jika ianya tidak sebahagian daripada itu, maka ia bukanlah satu agenda.”

Ini merupakan satu lagi kenyataan penting selepas kenyataan yang dibuat dua hari lalu yang mana beliau menyatakan DAP bersetuju untuk tidak bersetuju dengan PKR dan PAS.

Sehari sebelumnya, Soi Lek dilihat wira kepada masyarakat Cina selepas membidas Muhyiddin.

“Polisi MCA sangat jelas. Kita menentang hukum hudud sekeras-kerasnya. Sekiranya UMNO mahu melaksanakan hukum hudud, kita akan keluar dari Barisan Nasional.” Katanya kepada media Jumaat lalu.
 
Bingung atau terhibur?


Beberapa pemimpin MCA turut menyerang Guan Eng dan DAP, meminta beliau mengeluarkan kenyataan dan tidak senyap atau patuh kepada ‘ketua-ketua’ Melayu di dalam PAS dan PKR.

Sementara itu, sebagai sebuah parti politik yang terikat dalam isu hudud dan isu-isu lain seperti insiden Bukit Kepong, kelompok Kristian yang selama ini menjadi mangsa politik rakus UMNO kelihatan tenang akan kedudukan mereka. Rata-rata dilihat bingung atau terhibur.

“Mereka-mereka ini mula merasa tak senang duduk. Saya di gereja dan paderi menyatakan sesuatu tentang isu hudud.

Tidak ada seorang pun yang gementar dengan PAS atau hudud. Masyarakat faham yang ianya adalah untuk orang Islam sahaja. Ahli politik suka bermain isu-isu hangat,” ujar Ramon Navaratnam kepada Malaysia Chronicle, mantan Presiden Transparency International dan pemimpin penganut agama Kristian.

- Malaysia Chronicle

Pentingnya Mengenal Allah, Sudahkah Anda Mengenal Allah ?

 

 
Pertanyaan ini mungkin jarang sekali kita dengar. Bahkan, bagi banyak orang akan terasa aneh dan terkesan tidak penting. Padahal, mengenal Allah dengan benar (baca: ma’rifatullah) merupakan sumber ketentraman hidup di dunia maupun di akherat. Orang yang tidak mengenal Allah, niscaya tidak akan mengenal kemaslahatan dirinya, melanggar hak-hak orang lain, menzalimi dirinya sendiri, dan menebarkan kerusakan di atas muka bumi tanpa sedikitpun mengenal rasa malu.

Berikut ini, sebagian ciri-ciri atau indikasi dari al-Qur’an dan as-Sunnah serta keterangan para ulama salaf yang dapat kita jadikan sebagai pedoman dalam menjawab pertanyaan di atas:


Pertama; Orang Yang Mengenal Allah Merasa Takut Kepada-Nya

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya yang merasa takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya adalah orang-orang yang berilmu saja.” (QS. Fathir: 28)

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “…Ibnu Mas’ud pernah mengatakan, ‘Cukuplah rasa takut kepada Allah sebagai bukti keilmuan.’ Kurangnya rasa takut kepada Allah itu muncul akibat kurangnya pengenalan/ma’rifah yang dimiliki seorang hamba kepada-Nya. Oleh sebab itu, orang yang paling mengenal Allah ialah yang paling takut kepada Allah di antara mereka. Barangsiapa yang mengenal Allah, niscaya akan menebal rasa malu kepada-Nya, semakin dalam rasa takut kepada-Nya, dan semakin kuat cinta kepada-Nya. Semakin pengenalan itu bertambah, maka semakin bertambah pula rasa malu, takut dan cinta tersebut….” (Thariq al-Hijratain, dinukil dari adh-Dhau’ al-Munir ‘ala at-Tafsir [5/97])


Kedua; Orang Yang Mengenal Allah Mencurigai Dirinya Sendiri

Ibnu Abi Mulaikah -salah seorang tabi’in- berkata, “Aku telah bertemu dengan tiga puluhan orang Shahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, sedangkan mereka semua merasa sangat takut kalau-kalau dirinya tertimpa kemunafikan.” (HR. Bukhari secara mu’allaq).

Suatu ketika, ada seseorang yang berkata kepada asy-Sya’bi, “Wahai sang alim/ahli ilmu.” Maka beliau menjawab, “Kami ini bukan ulama. Sebenarnya orang yang alim itu adalah orang yang senantiasa merasa takut kepada Allah.” (dinukil dari adh-Dhau’ al-Munir ‘ala at-Tafsir [5/98])


Ketiga; Orang Yang Mengenal Allah Mengawasi Gerak-Gerik Hatinya

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “..Begitu pula hati yang telah disibukkan dengan kecintaan kepada selain Allah, keinginan terhadapnya, rindu dan merasa tentram dengannya, maka tidak akan mungkin baginya untuk disibukkan dengan kecintaan kepada Allah, keinginan, rasa cinta dan kerinduan untuk bertemu dengan-Nya kecuali dengan mengosongkan hati tersebut dari ketergantungan terhadap selain-Nya. Lisan juga tidak akan mungkin digerakkan untuk mengingat-Nya dan anggota badan pun tidak akan bisa tunduk berkhidmat kepada-Nya kecuali apabila ia dibersihkan dari mengingat dan berkhidmat kepada selain-Nya. Apabila hati telah terpenuhi dengan kesibukan dengan makhluk atau ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat maka tidak akan tersisa lagi padanya ruang untuk menyibukkan diri dengan Allah serta mengenal nama-nama, sifat-sifat dan hukum-hukum-Nya…” (al-Fawa’id, hal. 31-32)


Keempat;  Orang Yang Mengenal Allah Selalu Mengingat Akherat


Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, maka akan Kami sempurnakan baginya balasan amalnya di sana dan mereka tak sedikitpun dirugikan. Mereka itulah orang-orang yang tidak mendapatkan apa-apa di akherat kecuali neraka dan lenyaplah apa yang mereka perbuat serta sia-sia apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. Huud: 15-16)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Bersegeralah dalam melakukan amal-amal, sebelum datangnya fitnah-fitnah (ujian dan malapetaka) bagaikan potongan-potongan malam yang gelap gulita, sehingga membuat seorang yang di pagi hari beriman namun di sore harinya menjadi kafir, atau sore harinya beriman namun di pagi harinya menjadi kafir, dia menjual agamanya demi mendapatkan kesenangan duniawi semata.” (HR. Muslim)

Kelima; Orang Yang Mengenal Allah Tidak Tertipu Oleh Harta

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya perbendaharaan dunia. Akan tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah rasa cukup di dalam hati.” (HR. Bukhari). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seandainya anak Adam itu memiliki dua lembah emas niscaya dia akan mencari yang ketiga. Dan tidak akan mengenyangkan rongga/perut anak Adam selain tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa pun yang mau bertaubat.” (HR. Bukhari)

Keenam; Orang Yang Mengenal Allah Akan Merasakan Manisnya Iman

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada tiga perkara, barangsiapa memilikinya maka dia akan merasakan manisnya iman…” Di antaranya, “Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada segala sesuatu selain keduanya.” (HR. Bukhari dan Muslim). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan bisa merasakan lezatnya iman orang-orang yang ridha kepada Rabbnya, ridha Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai rasul.” (HR. Muslim).

Ketujuh; Orang Yang Mengenal Allah Tulus Beribadah Kepada-Nya

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya setiap amal itu dinilai berdasarkan niatnya. Dan setiap orang hanya akan meraih balasan sebatas apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya [tulus] karena Allah dan Rasul-Nya niscaya hijrahnya itu akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena [perkara] dunia yang ingin dia gapai atau perempuan yang ingin dia nikahi, itu artinya hijrahnya akan dibalas sebatas apa yang dia inginkan saja.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kalian, tidak juga harta kalian. Akan tetapi yang dipandang adalah hati dan amal kalian.” (HR. Muslim). Ibnu Mubarak rahimahullah mengingatkan, “Betapa banyak amalan kecil yang menjadi besar karena niat. Dan betapa banyak amalan besar menjadi kecil gara-gara niat.” (Jami’ al-’Ulum wal Hikam oleh Ibnu Rajab).

Demikianlah, sebagian ciri-ciri orang yang benar-benar mengenal Allah. Semoga Allah memberikan taufik kepada kita untuk termasuk dalam golongan mereka. Wa shallallahu ‘ala Nabiyyina Muhammadin wa ‘ala alihi wa sallam.

Walhamdulillahi Rabbil ‘alamin.


Kenapa Umat Islam Menolak Hukum Hudud?

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hari ini akhbar arus perdana sibuk membicarakan hukum hudud. Ada yang mengatakan hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam negara perlu lihat persekitarannya terlebih dahulu. Ada yang berkata, "Pendirian saya tetap sama yang hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini (Malaysia) kerana masyarakat majmuk berbilang kaum dan banyak pihak yang masih kurang jelas dengan perkara ini."

Sebagai seorang muslim, seseorang itu perlu berhati-hati dalam ucapan dan kata-katanya kerana jika tersilap kata boleh menyebabkan rosak akidah dan keimanannya kepada Allah SWT dan rukun Iman yang enam. Salah satu daripada rukun iman adalah percaya kepada Kitab (Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran).

Percaya dan beriman kepada kitab (al-Quran) bukanlah setakat dakwaan bahawa al-Quran itu kitab yang mulia dan diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril, tetapi apabila kita beriman dan percaya kepada al-Quran adalah kita yakin sebenar-benarnya tanpa keraguan apa yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran nul karim. Di dalam al-Quran jelas terdapat hukum-hukum Allah SWT iaitu hukum hudud, qisas dan diyat dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia samaada muamalah, munakahat, politik, ekonomi, akidah, ibadah, sains , sejarah dan sebagainya.

Penafian terhadap sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran sudah cukup untuk mengeluarkan seseorang daripada keimanan. Firman Allah Subhanahu Wa Taala:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ
أُولَئِكَ هُمُ. نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا
الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan bermaksud membeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan Rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kufur terhadap sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.”  (Surah al-Nisa’ ayat 150-151)

Allah Subhanahu Wa Taala juga berfirman:

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا
خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ
بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

“Adakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Maka tidak ada balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Allah tidak alpa daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 85).

Walaupun ayat ini menceritakan tentang orang Yahudi yang tidak beriman sepenuhnya terhadap kitab Taurat, tetapi ayat ini juga ditujukan kepada mereka yang mengambil sebahagian daripada al-Quran dan menafikan sebahagian daripada isi kandungan al-Quran.

Ibnu Abbas menyatakan:

. وَمَنْ أَقَرَّ بَهَ وَلَمْ يَحْكُمْ، فَهُوَ ظَالِمٌ فَاسِقٌ . مَنْ جَحَدَ مَا أَنْزَلَ اللهُ فَقَدْ كَفَرَ

“Barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah, sesungguhnya dia telah kafir. Dan barangsiapa yang mengakuinya (keberadaan hukum) namun tidak berhukum dengannya, maka dia adalah zalim, fasik”.

Firman Allah subhanahu wa taala:
يَعْمَلُونَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآَخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا

“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan (mendustakan) adanya pertemuan  akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain daripada apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah  al-A’raf ayat 147)

Betapa besarnya ancaman tersebut, maka siapakah lagi yang masih berani untuk menafikan hukum hudud dan hukum hakam yang terdapat di dalam al-Quran.?

Sahabat yang dimuliakan,
Persoalan besar yang dihadapi umat Islam hari ini adalah "KRISIS AKIDAH". Akidah umat Islam terlalu rapuh dan mudah dirosakkan oleh isu-isu semasa yang tidak sepatutnya berlaku. Seseorang boleh tercabut akidahnya kerana hendak mengambil hati orang-orang bukan Islam, untuk memuaskah hati manusia dan mencari keredaan manusia walaupun terpaksa menolak keredaan Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim)

Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu reda terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Hadis riwayat Tabrani)

Huraian Hadis

1. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.

2. Kemurkaan Allah bergantung kepada amalan buruk dan percakapan manusia. Kemurkaan Allah adalah hasil daripada perbuatan dan percakapan manusia yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Contohnya apabila mereka menolak hukum hudud dan mengatakan ketingalan zaman akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Mereka yang berkelakuan sedemikian tidak mendapat petunjuk dan hidayah serta akan mendapat balasan buruk di dunia atau akhirat.

3. Allah memberi sebab menentukan keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya, bermaksud Allah memperkenankan usaha-usaha yang dibuat bagi tujuan mencapai apa yang dikehendaki oleh seseorang sama ada keredaan atau kemurkaan daripada Allah dan rasul-Nya atau kebencian dan keredaan manusia. (orang kafir akan seronok kerana jaminan kita menolak hukum Allah SWT dan akan bersama-sama mereka mempertahankan peraturan ciptaan manusia)

4. Dihiasi dirinya, perkataannya dan perbuatannya bererti Allah memberi petunjuk dan taufik kepada sesiapa yang diredhai hinggalah perkataan dan perbuatan yang dilakukan semuanya elok, cantik lagi indah mengikut pandangan manusia dan pandangan Allah.

5. Keredaan Allah dan rasulnya itulah sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang mukmin, yang menangkat atau menjatuhkan darjat mereka, menghina atau memuliakannya. Makhluk Allah itu termasuk manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan Allah lantaran itu tidak wajar seseorang mukmin itu menentang hukum Allah SWT.

6. Oleh kerana kelemahan manusia yang sering terpedaya dengan keindahan dunia , pengaruh, kuasa dan pangkat kedudukan maka terdapat dikalangan mereka yang suka mencari peluang mendapatkan kuasa, pengaruh, pangkat, harta sebagainya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah. Sedang Allah dan rasul-Nya itulah yang mesti dibesarkan dan dimuliakan serta diharap keredaan-Nya.

Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62;
"Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, pada hal Allah dan rasul-Nya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaannya, jika betul mereka orang yang beriman"

7. Sikap dan perbuatan mengutamakan makhluk itu banyak berlaku dihadapan mata kita sehingga ada yang sanggup melakukan kerosakan, menganiaya, penindasan dan kekerasan semata-mata untuk mendapatkan kepuasan nafsu dan keredaan makhluk. Sanggup mengampu, bermuka-muka, berpura-pura dan sebagainya asalkan mendapat apa yang dihajatkan biar apa pun yang berlaku kepada orang lain.

Pengajaran hadis :

1. Tanda kesempurnaan Iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah SAW, sekalipun tidak disukai oleh orang lain.

2. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keradaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.

3. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan.

Kesimpulannya seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredaan Allah dan rasulnya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjaga akidah kita supaya tidak rosak binasa dan jaga iman kita supaya tidak tercabut daripada hati kita, kerana ini adalah perkara yang paling berharga di dunia dan akhirat. Apabila seseorang mati dalam keadaan rosak akidahnya, tercabut imannya maka dia adalah serugi-rugi manusia kerana Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik kepada-Nya. Amat malang seseorang yang hidup di dunia ini , memburu pengaruh, pangkat dan kuasa tetapi terpaksa mengadai akidahnya, bukan setakat dia rosakkan dirinya sendiri tetapi dia merosakkan akidah orang lain. Insaf dan bertaubatlah kepada Allah SWT kerana hidup di dunia ini hanya sementara dan kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan di hari akhirat. Jangan menyesal apabila nyawa sudah sampai kekerongkong ketika itu baru menyesal kerana sepanjang hidup di dunia melawan dan menentang Allah SWT, mempertikaikan hukum-hukum-Nya dan sentiasa mencari keredaan manusia. Sebelum terlambat kembalilah kepangal jalan kerana jalan taubat masih terbentang luas dan Allah SWT sentiasa menanti taubat hamba-hamba-Nya semasa hidup di dunia ini