Saturday, January 8
Felda Akui Semua Tanah Belum Bergeran Adalah 'Milik' Felda
Felda Akui Semua Tanah Belum Bergeran Adalah 'Milik' FeldaFelda benar-benar bongkak apabila ia mengaku semua tanah di dalam rancangan Felda yang belum diberikan geran tanah kepada peneroka sebagai "milik" Felda.Pengakuan bongkak ini telah diisytiharkan oleh Ketua Unit Undang-Undang Felda yang mengatakan bahawa selagi peneroka tidak memiliki geran tanah di dalam rancangan itu, maka semua tanah itu adalah milik Felda.Ini adalah kenyataan yang sangat sombong yang dikeluarkan oleh Felda dan tidak berpandu kepada tujuan Felda ditubuhkan.Tujuan Felda ditubuhkan adalah untuk memberikan tanah kepada peneroka yang terdiri daripada petani luar bandar yang tidak memiliki tanah atau memiliki tanah yang terlalu kecil keluasannya menjadikan ia pegangan yang tidak ekonomik.Perjanjian yang diperbuat di antara Felda dan peneroka memperuntukkan bahawa Felda akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya geran dikeluarkan kepada peneroka apabila mereka telah menjelaskan hutangnya kepada Felda, dan kuasa untuk mengeluarkan geran itu adalah ditangan Kerajaan Negeri dan bukan ditangan Felda. Kuasa Felda hanyalah untuk mengesyorkan sahaja.Ini bererti bahawa tanah lot di dalam rancangan Felda yang diperuntukkan kepada peneroka bukanlah hakmilik Felda. Sementara peneroka belum menjelaskan hutang mereka kepada Felda, maka geran tanah bagi peneroka itu tidaklah diserahkan kepada peneroka.Namun, tanah adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Negeri berkuasa untuk mengeluarkan geran tanah kepada mana-mana peneroka Felda samada peneroka itu sudah atau pun belum menjelaskan hutang mereka.Hutang adalah isu di antara peneroka dan Felda dan penentuan pembayarannya boleh diselaraskan di antara kedua-dua pihak yang tidak membabitkan isu pengeluaran geran tanah.Amat jelek bagi Felda untuk mengaku bahawa semua tanah di dalam rancangan Felda yang penerokanya masih berhutang dengan Felda dianggap sebagai tanah yang dimiliki oleh Felda.Jika benarlah bahawa tanah itu milik Felda, maka kenapa tidak Felda membuat pertukaran nama sahaja daripada Felda kepada peneroka apabila peneroka sudah selesai menjelaskan bayaran hutang?Kenapa Kerajaan Negeri yang mengeluarkan geran "baru" kepada peneroka itu, dan bukan pindahmilik dari Felda kepada peneroka.Dari segi prosedurnya, jika benar bahawa tanah itu milik Felda, maka perlulah Felda dan peneroka menandatangani Memorandum Pindah Milik di atas Borang 14 untuk Felda memindahmilik tanah itu kepada peneroka.Tetapi hal ini tidak berlaku. Geran dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dan tidak berlaku pindahmilik dari Felda kepada peneroka.Felda ditubuhkan bukan untuk memiliki tanah tetapi untuk sekadar menguruskan tanah bagi pihak penerokasemata-mata. Namun Felda telah menyalahgunakan kuasa yang ada padanya dengan membuat beberapa Surat Perjanjian dengan peneroka agar peneroka tidak menjalankan aktiviti pengurusan di atas tanah mereka dan menyerahkan tanah mereka kepada Felda untuk ditanam semula (samada sawit atau getah).Banyak dari tidak, Surat-Surat Perjanjian ini hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu pihak Felda.Kemudian dari itu Felda mendatangkan pula beberapa lagi Surat-Surat Perjanjian Tambahan yang isi kandungannya adalah untuk membenarkan Felda menjalankan pengurusan di atas tanah peneroka dan menjalankan aktiviti tanam semula untuk peneroka manakala terma dan syarat di dalam Perjanjian itu amatlah berat sebelah.Kedapatan Felda telah mengingkari syarat dan terma di dalam Perjanjian utama bilamana dinyatakan bahawa Felda akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan geran tanah kepada peneroka yang telah menjelaskan bayaran hutang mereka.Ada disesetengah rancangan Felda peneroka telah menjelaskan hutang mereka kepada Felda setelah melebihi 10 tahun dan kebanyakan dirancangan Felda, peneroka sudah menjelaskan hutang mereka kepada Felda melebihi 5 tahun, namun Felda masih gagal mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya geran tanah untuk peneroka itu dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.Baiklah. Jika Felda mengatakan bahawa hakmilik tanah bagi peneroka yang belum menjelaskan hutang mereka itu adalah kepunyaan Felda, maka apakah status peneroka itu?Adakah peneroka itu berstatus sebagai pekerja estet? Jika itulah status peneroka itu, maka, di manakah Surat Perjanjian Perkhidmatan di antara peneroka dan Felda? Dan jika mereka itu dianggap pekerja Felda, maka syarat-syarat perkhidmatan perlu menetapkan tangga gaji, hari-hari bercuti di dalam setahun, bercuti kerana "sick leave", dan syarat-syarat yang mengikat Felda dan Peneroka ke atas KWSP dan SOCSO.Dan kenapa pula, peneroka itu dikenakan hutang jika mereka hanyalah pekerja kepada Felda?Maka janganlah Felda menjadi satu badan penindas peneroka. Hakmilik bagi peneroka itu hanyalah sekadar tertangguh sehingga peneroka itu menjelaskan hutang, dan kerana hakmilik tertangguh ini tidak memberikan hak kepada Felda menjadi tuan tanah. Dan jika Kerajaan Negeri itu bersetuju, ia boleh mengeluarkan geran tanah kepada peneroka biarpun peneroka itu masih berhutang dengan Felda.Felda mempunyai niat yang tidak baik apabila ia tidak mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan geran tanah kepada peneroka yang sudah menjelaskan bayaran hutang masing-masing kepada Felda.Niat jahat ini dapat dibaca apabila Felda memberikan syarat kepada peneroka tersebut supaya menandatangani Perjanjian Tambahan sebelum Felda mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya geran dikeluarkan.Perjanjian Tambahan itu mengenakan syarat yang berat sebelah memihak kepada Felda iaitu supaya peneroka menyerahkan ladang mereka supaya ditanam semula oleh Felda dengan pengurusan ladang itu dikendalikan oleh Felda.Walhasil dari Perjanjian Tambahan itu, peneroka terpaksa menyerahkan ladang mereka kepada Felda untuk pengursan dan tanaman semula. Peneroka akan diberikan saraan hidup yang bertahap sehinggalah ladang mereka boleh mengeluarkan hasil dan mereka diberi sara hidup sejumlah hanya RM1,500 sahaja yang dikira hutang.Maka adalah perkara lazim bagi peneroka yang menyerahkan tanah ladang mereka untuk ditanam semula oleh Felda dan diuruskan oleh Felda akan berhutang kepada Felda dengan jumlah yang langsung tidak munasabah. Ada di antara peneroka itu berhutang hingga RM60,000 setelah 6 tahun ladang mereka diuruskan oleh Felda, dan jumlah hutang itu boleh meningkat hingga melampaui RM120,000.Bayangkan kepada peneroka yang umurnya sudah melebihi 60 tahun. Dia tidak akan berkemampuan untuk menjelaskan hutang itu hinggalah mereka meninggal dunia. Maka akan mereka wariskan kepada pewaris mereka dengan hutang hingga RM120,000 dan itulah permulaan hidup bagi generasi kedua yang mewarisi tanah ladang-cum-hutang yang begitu besar.Sementara itu Felda akan memasukkan "caveat" ke atas tanah itu, dan alangkah malangnya jika pewaris itu tidak mampu menjelaskan hutang masing-masing, dan tidakkah nanti tanah ladang itu akan menjadi hakmilik Felda? Alangkah malangnya nasib peneroka Felda yang berhadapan dengan keadaan suram yang dihempapkan ke atas mereka oleh Felda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment