Saturday, January 8
RAKYAT MARHAEN: "Kaset lawan kaset la!"
RAKYAT MARHAEN: "Kaset lawan kaset la!""Kaset lawan kaset la! Ni kaset lawan tangkap," demikian lebih kurang ungkapan dalam salah satu ceramah Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang sukar saya lupakan. Ketika itu, ceramah-ceramah PAS mendapat sambutan luar biasa. Kaset-kaset ceramah PAS, terutama ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, larisnya mengalahkan goreng pisang panas.Ketika itulah juga semakin kasar tindakan pihak berkuasa terhadap ceramah-ceramah PAS dan penjual-penjual kaset ceramah PAS. Beberapa aktivis penting ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Suami dipisahkan dari isteri. Ayah dipisahkan dari anak-anak. ISA bermaharajalela membuli mangsa yang tak berdaya seperti syaitan kelaparan.Ustaz Fadzil tidak henti-henti mengecam tindakan barbaric itu. Beliau mencabar Umno supaya hujjah dilawan dengan hujjah. Bukan dilawan dengan kuasa dan kekerasan. Sebab itulah antara lain beliau kata "kaset lawan kaset la". Malangnya, penyimpan mohor besar raja-raja Melayu mengiyhtiharkan debat Umno dan PAS tak jadi. Mungkin kerana anak bulan tak kelihatan.Kalau tak silap, Almarhum juga pernah kata, PAS buat kaset, Umno pun buat kaset, tengok kaset siapa yang laku.Semalam, khabarnya AdukaTaruna telah dikeronyok berdekatan rumah Datuk Seri Abdul Hadi di Rusila (lihat "Siapa aduka bukan isu,isunya bagaimana dia dilayan oleh TGHH dan Jemaah Rusila", "Samseng TGHH Membelasah Aduka Taruna!!" dan "Kes Aduka Taruna : Kredibiliti Presiden PAS Tercalar"). Sebelum itu, Aduka dilaporkan mengekori Datuk Seri Abdul Hadi sehingga ke halaman rumah Presiden PAS itu dan memberikan tekanan kepada beliau dengan soalan-soalan mengenai kerajaan perpaduan (unity government atau UG).Selepas ini, pelbagai versi akan bermunculan. Ada yang membela Datuk Seri Abdul Hadi. Dan sudah tentu ada pula yang membela AdukaTaruna. Sebaik-baik penghakiman ialah penghakiman Qadhi Rabbul-Jalil nanti. Allah akan menunjukkan siapa benar dan siapa salah. Silat lidah dan kuntau bahasa tiada gunanya pada masa itu.Cerita dari AdukaTaruna sendiri:Gua akan jumpa Hadi di Rusila lagi, insyaAllahPB.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment