Saturday, January 8

minyak oh minyak

MUNGKIN ramai rakyat sokong kenaikan minyak dan gula mulai 4 Disember lalu. Kenaikan tidak seberapa tidak menjadi masalah pada kita, belum habis RM500 yang kerajaan beri. Badan bukan kerajaan (NGO) tidak perlu buat bantahan, rakyat kita tiada yang miskin, sebaliknya bersedia membantu. Menteri yang berkenaan jangan main wayang, apabila bantahan dibuat jawapannya akan dipertimbangkan, konon prihatin suara rakyat. Kami rakyat sudah masak. Inilah masanya kita hendak bantu pemerintah yang banyak menolong kita dengan projek mega. Renungkanlah bersama. - ABANG OM

Undi Barang Naik (BN), pemimpin kerajaan selalu menafikan, rakyat didahulukan dengan kenaikan harga barang, fikirlah dengan rasional keadaan sekarang adakah rakyat didahulukan. Kemungkinan harga minyak akan naik lagi, fikirlah gelagat pemimpin UMNO sekarang sibuk untuk merampas Selangor macam majoriti rakyat memilih mereka. - 2M

Salam, isu logo 1Malaysia sengaja dibesarkan oleh media yang berpihak kerajaan. Sedarlah wahai insan, kita semua pasti akan menghadap Allah, yang dibawa cuma amalan. Saya amat teruja dengan kepemimpinan PR yang tidak mengambil isu-isu kecil untuk diperbesarkan. - PFA BT3

Apa sudah jadi dengan negara kita? Belum selesai masalah minyak masak, petrol ron97 pula naik harga. Sukar untuk kita terima kerana negara kita antara pengeluar terbesar kedua-dua bahan itu. Slogan RAKYAT DI DAHULUKAN telah menjadi kenyataan. Kalau penyokong-penyokong BN masih tak sedar, tak tau nak katalah. - PONDOK ROVER.

No comments:

Post a Comment