Friday, March 18

Isteri Tahanan Mogok Lapar Letak Tentera Zionis Bertanggungjawab

 



Khamis, 17/03/2011 - Isteri pemimpin Hamas Al-Sayyid Abbas yang ditahan meletakkan tentera zionis bertanggung jawab penuh atas nyawanya setelah beliau memasuki hari keenam protes mogok lapar lanjutan kurungan berasingannya.
Um Abdullah berkata kepada wartawan PIC melalui telefon pada hari Isnin bahawa dia mogok makan setelah penjara Raymon menyita peralatan elektroniknya dan memindahkan ke sebuah sel penjara pengurungan berasingan yang lebih kecil setelah beliau menceritakan kaedah penyeksaan yang dilakukan dalam penyiasatan tentera Zionis dalam sebuah sidang media selepas sidang mahkamah dua minggu lepas.
Dia mengatakan bahawa dia akan meneruskan dengan mogok lapar sehingga pentadbiran penjara menamatkan pengurungan berasingan yang dikenakan selama 8 bulan.
Isteri beliau mengatakan bahawa kerajaan haram Israel memindahkan suaminya ke mahkamah Salem berhampiran Jenin pada hari Ahad dalam usaha untuk menekan beliau untuk menamatkan mogok lapar beliau, dalam keadaan beliau dibawa dengan kedua-dua tangan dan kaki digari, yang mempengaruhi keadaannya terutama bila beliau telah berada dalam kelaparan selama hampir seminggu.
Dia meminta kumpulan hak asasi manusia dan media untuk melaporkan amalan tentera penjajah Israel terhadap suaminya dan semua tahanan Palestin dalam usaha untuk menamatkan dasar kurungan berasingan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

No comments:

Post a Comment