Wajah sebenar Umno dari alam ghaib
PANAS BERAPI! SUDAH TIBA MASANYA UMNO DIBERSIHKAN DARI PARASIT!Masanya sudah tiba untuk sebilangan besar orang dalam UMNO mendabik dada bahawa merekalah yang paling banyak berjasa kepada parti itu. Habis semua kerja mereka diungkit-ungkit agar dipandang oleh orang atasan. Ada juga yang tidak segan silu untuk mengaku atas kerja-kerja yang orang lain lakukan tetapi didakwa sebagai kerja mereka. Malah tidak kurang juga yang muka tebal bertepek kulit babi mengakui mereka sangat rapat dengan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, sekaligus memberi isyarat, mereka sebenarnya memegang kuasa yang sangat besar.
Isyarat daripada perbuatan tersebut sangat mudah dibaca. Mereka tidak mahu dikritik. Mereka juga enggan didedahkan sebagai si pincang dalam UMNO. Yang lebih penting, mereka tidak mahu para 'pelabur' lari apabila mengetahui mereka sebenarnya tidak berkeupayaan dengan tanggungjawab yang diminta-minta.
Cara paling mudah adalah dengan menyalak mencari salah orang lain. Alasan paling mudah ialah FITNAH dan KONSPIRASI... dua ungkapan yang seringkali dituturkan oleh Anwar Ibrahim. Dan mereka sangat bijak berbohong dengan memutar belitkan lidah. Dengan sedikit sokongan dan tukang angguk-angguk, maka mereka pun akan dilihat sebagai ULTRAMAN penyelamat bumi.
Inilah yang berlaku pada Mac 2008... apabila kepimpinan di atas terlalu mempercayai juak-juak yang laparkan kuasa bercerita tentang kehebatan kerja serta strategi yang diatur. Tanpa usul periksa, maka yang tidak layak dilantik, menjawat jawatan. Yang benar-benar bekerja diketepikan kerana si bijak politik, pandai menyusun atur kerja bersama-sama orang-orangnya untuk mendapatkan kuasa. Yang lebih penting, apabila orang atasan turun, maka puak-puak ini pun kelam-kabut bermesyuarat... bukan untuk mencari resolusi atau penyelesaian, sebaliknya untuk menunjukkan yang mereka sedang bekerja keras.
Hasilnya, orang yang benar-benar bekerja untuk UMNO, kecil hati kerana bukan sahaja tidak dikenang, bahkan mereka pula disalah anggap sebagai pengkhianat hasil perbuatan dan tohmahan penggila jawatan dalam UMNO.
Dan akhirnya UMNO tertungging di beberapa buah negeri. Imej RASUAH yang terpalit kepada UMNO sehingga kini tidak mampu dicuci. Imej penyalahgunaan kuasa dan penggunaan duit untuk membeli kuasa selain promosi diri yang melampau, menjadi trademark UMNO yang sangat sukar dikikis.
Kewujudan golongan SILVER SPOON yang menggunakan kuasa duit yang mereka miliki selain pemikiran korporat mengatasi budaya kerja, mengambil tempat dalam UMNO. Dek kerana itulah, rata-rata para pemimpin UMNO, khususnya dari kalangan generasi baru, lebih gemar mempamerkan kekayaan mereka, kononnya itu adalah kejayaan mereka dalam berbisnes.
Tidak dapat ditolak, ramai kalangan ini yang berbisnes, namun hakikatnya, bisnes yang mereka lakukan, seringkali dipertikaikan kerana kaitannya dengan kerajaan sekalipun sekadar membekalkan sebatang pensel dan sebiji getah pemadam. Dengan jawatan yang disandang, dengan entiti di dalam tangan, kerja berbisnes dianggap menjadi lebih mudah...
Itu palitan imej pada UMNO. Siapa yang mahu mencuci daki-daki itu daripada UMNO sekalipun masih ramai yang bekerja untuk parti dan menganggapnya sebagai satu perjuangan. Hanya dek kerana segelintir puak yang idamkan kuasa dengan jalan singkat menerusi berpura-pura kerja, berpura-pura mempunyai kredibiliti, berpura-pura banyak duit dan berpura-pura berjaya, walhal kejayaan itu seringkali dipertikaikan, maka majoriti yang memang bekerja ikhlas untuk parti terhumban begitu sahaja.
Pemilihan jawatan yang baru lalu sudah pun menunjukkan buktinya. Jangan temberanglah tidak ada permainan duit di dalam perhimpunan tersebut. Terlalu ramai yang terlibat dan terlalu banyak hotel mewah yang mendapat keuntungan berganda kesan daripada pertandingan jawatan berkenaan. Bahkan syarikat-syarikat yang mengeluarkan bunting dan pemidang turut tumpang senang dengan pemilihan agung UMNO.
Dan kerana disebabkan kuasa itulah, segala palitan noda pada tubuh badan UMNO tidak pernah dikisahkan. Sekadar bertekak sama ada di warung kopi, atau di pejabat mahupun di dunia maya, tidak dapat menghilangkan imej buruk yang dilekatkan pada UMNO. Sekadar membuat penafian demi penafian, tidak dapat menghilangkan prasangka dan persepsi masyarakat terhadap UMNO kerana si pembuat penafian itu sendiri memang sah-sah terlibat dalam apa yang mereka nafikan!
Masih ada beberapa bulan lagi sebelum jawatan-jawatan utama dipertandingkan. Ahli-ahli UMNO kini mempunyai kuasa untuk menghapuskan terus virus-virus yang merosakkan UMNO dari dalam. Ahli-ahli UMNO perlu berfikir secara matang mulai saat ini untuk melihat siapa sebenarnya yang bekerja untuk UMNO dan siapa sebenarnya yang sedang mengerjakan UMNO.
Pedulikan kempen-kempen saraf oleh segelintir pemimpin dalam UMNO khususnya pemimpin dari kalangan Pemuda. Pastikan mereka membentangkan testimoni kejayaan masing-masing sebelum mereka terpilih atau dipilih. Jangan percaya cakap mereka bulat-bulat. Bahkan kalau ada yang mengaku mereka sudah lama membantu UMNO dengan kaedah-kaedah diragui kewujudannya terutama pada sekitar 1998, humbankan saja nama mereka ke dalam Sungai Batu yang mengalir di belakang PWTC itu.
Zaman percaya gitu-gitu dan kagum dengan cerita, sudah berlalu. Zaman sekarang, adalah zaman pembuktian, bukan zaman cakap-cakap dan menepuk-nepuk dada!
Yang penting, hapuskan anai-anai di dalam UMNO kerana hanya dengan cara itu sahaja palitan noda RASUAH dan BISNES BERTALIAN HAYAT UMNO, barulah parti yang bernama UMNO dapat kekal dan dipandang hormat oleh lawan dan lawan
No comments:
Post a Comment