Thursday, March 24

Simpan bahan lucah & ugutan politik, polis kena siasat Datuk T

 

KUALA LUMPUR: Pimpinan KEADILAN dan badan bukan kerajaan (NGO) mendesak polis mengadakan siasatan segera kerana tindakan Datuk T menayang video seks, adalah perbuatan jenayah di sisi undang-undang.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne Loh pula meminta polis menjalankan siasatan kerana ia melibatkan kesalahan jenayah mengikut  Seksyen 922 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem iaitu menyimpan dan memiliki bahan lucah.
“Harap polis ambil serius kerana melibatkan politik kotor sehingga mencalarkan nama baik Anwar dan keluarganya,” kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan bersama pimpinan parti di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, tengah hari tadi.
Turut membuat laporan ialah badan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet).
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, mereka juga boleh didakwa kerana menggunakan rakaman video lucah itu sebagai bahan ugutan untuk memaksa Presiden dan Ketua Umum KEADILAN meletak jawatan.
“Perkara ini mesti diambil tindakan segera kerana tiga orang Datuk ‘T’ masih bebas dan kesalahan mereka berbahaya.
“Selepas menyebarkan video itu, mereka mengugut supaya pemimpin tertinggi meletak jawatan, dan sekarang mereka mengaku pula pelakon dalam rakaman itu,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasgam pula meminta kerajaan tidak memenuhi permintaan ‘Datuk T’ untuk menubuhkan siasatan khas.
“Tidak perlu tubuh badan bebas kerana kami percaya polis dapat menjalankan siasatan lebih baik kerana Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar maklum bahawa pihaknya akan menubuhkan badan penyiasatan kes itu
Pengerusi Gapet, Khairul Anuar Othman pula menyeru Umno dan Perkasa supaya tidak campur tangan dalam proses penyiasatan video itu kerana tidak mahu wujud bayangan politik.
“Kami tidak mahu Umno dan Perkasa menyibukkan diri mereka dalam penyiasatan itu dan berharap polis dapat jalankan secara telus dan adil menentukan siapa yang salah,” katanya.

No comments:

Post a Comment