Monday, April 11

Abu Zuhri: Saspek pembunuhan Juliano Mer-Khamis dikaitkan dengan Fatah

 


- Dr. Sami Abu Zuhri, seorang jurucakap Hamas, yakin bahawa saspek pembunuhan Juliano Mer-Khamis mempunyai kaitan dengan Fatah dan tidak mempunyai kaitan dengan Hamas seperti yang dikatakan oleh alat keselamatan Tebing Barat di bawah kawalan Fatah.
Pihak keselamatan yang setia kepada presiden de facto Palestin dan pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas menahan Mujahid Qaneiri dengan tuduhan membunuh Mer-Khamis, seorang pengarah, pelakon dan pengurus teater al-Hurriyah (Kebebasan) di Jenin beberapa hari lepas.
Sumber memberitahu Pusat Info Palestin bahawa Qaneiri dikanali dengan kaitannya dengan paksi Fatah dan sayap ketenteraannya Bridged Aqsa. Pihak keselamatan Tebing Barat cuba menyebarkan khabar angin bahawa Qaneiri berkaitan dengan Hamas dan cuba untuk menuduh Hamas bertanggungjawab dengan pembunuhan itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

No comments:

Post a Comment