Timbalan Ketua Majlis Perundangan Palestin Ahmed Bahar menyelar badan pelulusan undang-undang British House yang menyekat kuasa Inggeris untuk menuntut penjenayah perang Israel yang melangkah masuk ke negeri ini, dan dia telah meminta House of Lords, yang akan meninjau undang-undang seterusnya, untuk menolaknya.
Dia berkata kelulusan itu sebagai respon terhadap tekanan Israel dan disebut sebagai “penyerahan kepada dominasi dan kesombongan Zionis yang bertujuan untuk menjaga entiti Zionis di atas undang-undang antarabangsa dan prinsip-prinsip moral dan norma-norma kemanusiaan “.
Undang-undang ini, katanya, akan memberi gambaran kepada para pegawai Israel bahawa jenayah perang yang mereka lakukan terhadap Semenanjung Gaza dalam siri pencerobohan 2008 – 2009 boleh mengecualikan mereka dari keadilan, dan akan mendorong mereka untuk melakukan lebih kejahatan terhadap kemanusiaan di Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada
No comments:
Post a Comment