Rejim Zionis menceroboh masuk Kampung Awarta, di tenggara Nablus pada petang Rabu lalu termasuk menghalang jalan-jalan. Menurut laporan saksi kepada Pusat Informasi Palestin, sejumlah besar kenderaan ketenteraan yang dinaiki oleh para tentera yang bersenjata menceroboh masuk ke kampung tersebut secara tiba-tiba pada waktu petang, dan berkumpul di beberapa kawasan di dalamnya, semetara pegawai tentera dan infantri meronda sekitar jalan raya kampung itu.
Sumber tempatan memberitahu bahawa penceroboh Zionis ini telah menculik puluhan penduduk termasuk wanita, yang dibawa menaiki kenderaan ketenteraan ke Ken Huwarrah.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen
No comments:
Post a Comment