Saturday, September 17

ISA : KENAPA SETELAH 50 TAHUN?

 

Dalam ucapan semasa upacara menyambut Hari Malaysia kelmarin PM Dato’ Sri Najib telah mengumumkan bahawa kerajaan UmnoBn akan menghapuskan akta ISA. Mungkin bagi sesetengah pihak ia sesuatu yang mengejutkan, tetapi tidak bagi satu pihak yang lain.

Setelah 50 tahun merdeka  kenapa baru sekarang UmnoBn berani membuat kenyataan sedemikian?. Setelah 3 tahun menjadi Perdana Menteri kenapa baru hari ini Najib menyahut dan menerima permintaan rakyat agar akta zalim itu dihapuskan? 
Beberapa  persoalan lagi timbul dan bermain di kepala kita,…

Ikhlaskah kenyataan yang dibuat oleh PM itu?    Mungkinkah ada niat lain?  Kalau Najib benar-benar ikhlas kenapa tak dibebaskan terus mangsa-mangsa yang masih ada dalam tahanan?  Kenapa perlu tunggu?  Sedangkan mangsa dan keluarga mangsa telah menanggung azab yang begitu lama?

Seperkara lagi,.. adakah semua pemimpin Umno khasnya Dato’ Najib selaku Perdana Menteri benar- benar sudah  insaf bahawa akta ISA itu sangat zalim?.  Apakah mereka pernah menitiskan air mata bila mengenangkan nasib dan penderitaan yang dialami oleh mangsa serta keluarga mereka?.  Kenapa sejak dulu hinggalah saat Najib mengumumkan penghapusan akta ISA itu kelmarin,  kita tak mendengar pun permintaan maaf  dari Najib/Kerajaan kepada mangsa dan keluarga mereka?

Apa-apa pun,  yang pasti,  Najib berbuat demikian (akan menghapuskan ISA) ialah kerana terpaksa dan terdesak.   Kedua,.Umno sudah terlalu lemah – tak mampu berkeras dan tak mampu bertahan lagi.          Ketiga,  dengan berbuat demikian, mereka harap rakyat akan menyokong UmnoBn semula! 
Dan  keempat, sebab yang paling utama ialah PRU ke-13 telah hampir benar dan Umno ingin melakukan satu perjudian,  untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Rasa-rasanya tak mungkin rakyat mahu menyokong UmnoBn lagi.  Bukan saja orang Melayu,  bahkan Cina India pun semakin tak selesa dengan Umno!.  Dosa UmnoBn kepada rakyat terutamanya orang Melayu bukan sedikit !  Kalau pun benar pengumuman Najib itu menjadi kenyataan,  ia baru secebis dari penyelesaian masaalah!  Masih banyak “kanser” lagi dalam diri UmnoBn yang sukar diubat

No comments:

Post a Comment