Saturday, September 17

TILAM...TILAM...TILAM LAMA TUKAR BARU


KAPAR: Dua rang undang-undang yang bakal digubal untuk mencegah perbuatan subversif dan keganasan yang akan dibentangkan di Parlimen pada 3 Oktober depan mempunyai persamaan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ini kerana kedua-dua undang-undang baru itu turut menumpukan terhadap usaha mencegah sebarang bentuk keganasan dan ancaman dari memasuki negara ini.

“Ramai ingat ISA ini dimansuhkan, tetapi sebenarnya dua akta baru yang bakal digubal ini juga berkaitan dengan keselamatan dan antikeganasan.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah membangkitkan mengenai perkara ini pada awal pemerintahan beliau dua tahun lalu dan ini adalah sebahagian daripada pelan transformasi politik yang ingin dilaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil di Dewan Ahmad Razali, di sini, semalam

No comments:

Post a Comment