Saturday, September 17

Najib: ‘Mansuh ISA usaha BN, orang lain usah ambil kredit’

 

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Inisiatif untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah keputusan dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain, tegas Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Justeru Perdana Menteri mengingatkan jangan ada pihak atau individu yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman beliau untuk memansuhkan ISA itu adalah hasil perjuangan mereka.
“Jadi jangan hendaknya ada orang yang nak dapat nama kononnya pengumuman saya dua malam lalu adalah kerana hasil perjuangan mereka,” kata Pengerusi BN ini.
Beliau berucap pada majlis ramah mesra pemimpin-pemimpin BN Sirih Pulang ke Gagang di Shah Alam hari ini.
“Ini bukan hasil perjuangan mereka tetapi adalah keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional kerana ia adalah kerajaan yang mendengar isi hati rakyat yang inginkan perubahan sedemikian rupa,” kata Najib lagi

No comments:

Post a Comment