Sunday, October 23

PAPAGOMO: BLOGGER TERNAKAN UMNO YANG MENJADIKAN FITNAH SEBAGAI LAUK SETIAP HARI

Tindakan blogger pro Umno bernama Papagomo yang memfitnah orang yang telah mati, dianggap melampau tanpa menghiraukan dosa pahala dan kerukunan keluarga mangsa.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, Umno-BN terpaksa memperalatkan 'blogger ternakan' untuk membuat fitnah terhadap sasaran, asalkan cita-cita dan matlamat mereka tercapai.

Pada 20 Oktober lalu, keluarga allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad menimbang untuk membuat laporan polis berkenaan dakwaan Papagomo dalam blog kononnya allahyarham mempunyai seorang perempuan simpanan.

Blog berkenaan juga mendakwa allahyarham bukanlah seorang yang bersih, kata seorang anggota keluarga allahyarham, Makhtar Mansor yang menafikan dakwaan tersebut ketika mengadakan sidang media di lobi Parlimen.

Mengulas lanjut, Mahfuz menyifatkan fitnah Papagomo itu menggambarkan betapa daifnya Umno-BN dalam menghadapi gelombang kebangkitan rakyat.

"Perkembangan politik baharu menunjukan orang Melayu sudah keluar daripada khurafat politik lama yang selama ini menganggap Umno sahaja yang betul dan mampu menerajui pemerintahan negara," katanya kepada Harakah.

Jelasnya, blogger pro-Umno seperti Papagomo tidak ubah seperti haiwan ternakan yang akhirnya akan jadi mangsa penternak itu sendiri sama ada penternak menyembelih ternakan itu kemudian menjual sebagai barang dagangan.

Tambahnya, haiwan ternakan akan sentiasa kenyang kerana penternak akan sering memberi makan yang cukup dengan pelbagai makanan.

Papagomo yang terkenal dengan paparan fitnah dan lucah dalam blognya, bukan sahaja sanggup memfitnah orang hidup bahkan orang mati turut difitnahkannya tanpa rasa bersalah dan takut kepada Allah SWT.

Bercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen itu, Makhtar mendakwa, tulisan dalam blog tersebut turut menyertakan foto yang didakwa sebagai perempuan simpanan berkenaan.

Beliau mendakwa, apa yang menimbulkan persoalan adalah bagaimana gambar berkenaan dapat terlepas ke blog berkenaan.

Keluarga allahyarham pergi ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum menggesa Perdana Menteri menubuhkan suruhanjaya diraja untuk membolehkan siasatan kes kematian bekas pegawai kanan jabatan kastam itu dibuka semula.

"Macam mana gambar dalam telefon bimbit arwah dapat kepada (blog) Papagomo?," soalnya yang mendakwa, foto berkenaan tersimpan di dalam telefon bimbit allahyarham.

Menurutnya, telefon bimbit itu telah dirampas SPRM ketika siasatan dijalankan ke atas pegawai kastam itu. Papagomo juga dipercayai menjadi dalang Umno dalam melancarkan fitnah terancang terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, agar paparan pada blognya menjadi bahan perbincangan nagetif terhadap pembangkang.

Beliau dipercayai mendapat imbuhan besar dalam menjalankan kerja-kerja jijik dan terkutuk ini. Mahfuz berkata, tindakan Papagomo langsung tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa seolah-olah blogger ternakan Umno ini mendapat perlindungan undang-undang dan kepimpinan politik Umno-BN.

"Mengapa SKMM tidak langsung mengambil tindakan terhadap blogger itu, begitu juga pihak polis turut berdiam diri," soal beliau.

Beliau kesal, kerana pihak berkuasa dan polis mendiam diri terhadap blogger pro-Umno ini, tetapi sebaliknya dengan pantas mengambil tindakan jika ada blogger pro-Pakatan Rakyat yang 'membelasah' Umno-BN. Mahfuz percaya blogger-blogger ternakan Umno ini dibiayai oleh parti itu kerana tanpa apa-apa bayaran mereka tidak mampu menyara hidup sebagai seorang blogger.

No comments:

Post a Comment