PENYANYI yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu', Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 46, berharap agar para peminat dan orang ramai dapat memberikan sokongan dan galakan kepada perubahan positif yang dilakukan oleh seseorang artis di negara ini.
Ujarnya, walaupun perubahan tersebut perlahan dan tidak bersifat menyeluruh, ia adalah lebih baik daripada tiada langsung.
"Malangnya ada sesetengah pihak yang cepat menghukum dan memberi kritikan tidak membina. Kita kena open-minded dan tolong sokong serta bersangka baik dengan perubahan tersebut kerana kita sendiri tidak tahu bagaimana kesudahannya nanti," tegas Aishah kepada Harakah.
Beliau mengakui, perubahan positif melanda artis tanahair mutakhir ini memberikan kesan besar kepada masyarakat kerana mereka merupakan figur berpengaruh dan sentiasa jadi perhatian.
Aishah, 46, melahirkan perkara ini ketika diminta mengulas mengenai 'hijrah' beberapa artis ke arah jalan dakwah sejak kebelakangan ini.
"Alhamdulillah ia merupakan suatu perkembangan baik dan kita lihat artis adalah public figure yang menjadi ikutan kerana mereka mempunyai peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan," katanya.
Tambahnya, jika baik pengaruh yang dibawa oleh seseorang artis itu maka dia akan beroleh pahala, begitu juga sebaliknya.
No comments:
Post a Comment