Wednesday, January 5

Tranungkite Online v11 - Tenang: Risalah fitnah mula disebar


KUALA LUMPUR, 4 Jan: Risalah tidak bertuan yang mula tersebar di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang bertujuan mempengaruhi pengundi Melayu, dakwa Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.Beliau berkata, pihaknya ada melihat risalah berbentuk buku kecil bertajuk DAP anti-Islam dan 'Khawarij dan Politik PAS' itu namun belum terserempak dengan individu yang melakukan penyebaran itu. "Sekarang ini dah mula banyak risalah tidak bertuan mula disebarkan di Felda dan nampaknya risalah tu lebih kepada nak mempengaruhi pengundi Melayu.

Banyak risalah yang kita jumpa telah diedarkan yang ditinggalkan di kedai-kedai makan, bukan sedang diedarkan. Jadi kita tidak boleh tuduh sesiapa sebab tak ada nama," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut beliau, yang merupakan Pengarah Keselamatan Pemuda PAS negeri, pihaknya tidak akan teragak-agak membawa perkara itu kepada pihak polis sekiranya menjumpai individu yang melakukan perbuatan itu.

"Kita minta unit keselamatan pemuda, sekiranya menjumpai risalah yang disebarkan, kita ambil dan buang.

"Kalau kita jumpa mana-mana pihak yang menyebar risalah ini kita tidak akan teragak-agak untuk bawa mereka kepada pihak polis kerana risalah ini lebih kepada menyampaikan fitnah kepada masyarakat," katanya.

Ujarnya, kemunculan risalah-risalah fitnah ini lebih wajar diberi perhatian berbanding menuduh PAS mula turun berkempen.

"Dalam media Umno BN tuduh PAS mula berkempen. Memang kita turun tapi atas nama parti ataupun organisasi seperti melancarkan jentera pilihan raya dan sebagainya. Itu perkara biasa.

"Tapi ada pihak yang turun tanpa menamakan diri mereka siapa dan mengedarkan risalah. Ini satu kempen yang tidak sihat," katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan penyebaran risalah fitnah ini di sekitar Dun Tenang.

Risalah DAP anti Islam mengandungi nota yang bertulis DAP akan mengharamkan azan, majlis maulidur rasul dan sebagainya jika Pakatan Rakyat memerintah.

Serah kepada polis

Sementara itu, ketua pemuda sosialis DAP (Dapsy), Anthony Loke tidak menolak kemungkinan penyebaran risalah fitnah itu dilakukan Umno BN yang mula bimbang dengan kemaraan Pakatan rakyat di negeri itu.

"Ini tindakan terdesak Umno, taktik kotor, taktik biasa mereka sebab mereka tak ada isu untuk menentang Pakatan Rakyat kecuali fitnah dan mengelirukan rakyat dan membuat rakyat marah dengan menyebar fitnah bahawa DAP anti-Islam," katanya yang juga dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga ahli Parlimen Rasah yakin rakyat khususnya di Dun Tenang tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang dijangkakan akan lebih meluas sepanjang tempoh kempen nanti.

"Kita jangkakan lebih banyak risalah yang akan keluar menjelang kempen pilihan nanti.

"Tapi saya percaya rakyat tak mudah terpedaya dengan fitnah ini," katanya.

Menurut beliau juga, pakatan Rakyat tidak bimbang dengan fitnah itu sebaliknya telah bersedia untuk memberi penerangan kepada rakyat.

"Kita tak perlu risau sebab kalau kita memberikan penerangan yang cukup, kita boleh mengenepikan segala fitnah itu," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis segera mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang cuba mencetuskan suasana tidak harmoni antara kaum ketika ini.

"Ini tugas polis untuk menahan sesiapa yang bertanggungjawab dalam perkara ini kerana ia bersifat fitnah dan melanggar dua undang-undang iaitu akta hasutan dan akta percetakan.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ada bidang kuasa menahan orang awam tetapi hanya bveoleh bertindak ke atas parti politik dan calon yang bertanding sahaja. Jadi kita serah kepada polis," katanya.

Tenang: Risalah fitnah mula disebar"

=News&file=article&sid=2028">Tranungkite Online v11 - Tenang: Risalah fitnah mula disebar

Tranungkite Online v11 - Isu Setiausaha Kerajaan Negeri: Penjelasan Ketua Penerangan KEADILAN

Tranungkite Online v11 - Isu Setiausaha Kerajaan Negeri: Penjelasan Ketua Penerangan KEADILAN
Oleh: setisab

"Parti Keadilan Rakyat merakamkan kesyukuran kepada Ilahi dan menjunjung kasih setingginya kepada DYMM Sultan Selangor yang telah memberikan perkenan menyerahkan kembali urusan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kepada kebijaksanaan Menteri Besar Selangor untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Baginda memberikan perkenan ini selepas menyatakan pandangan bahawa Baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada tahun 1993.

KEADILAN juga memberikan sokongan sepenuhnya kepada tindakan pihak Menteri Besar Selangor Tan Seri Khalid Ibrahim Khalid yang akan memanggil sidang tergempar DUN yang bertujuan untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar,


KEADILAN berkeyakinan bahawa usaha mengembalikan semula kuasa perlantikan tiga pegawai eksekutif di atas kepada Sultan dan Menteri Besar adalah satu langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat institusi Raja berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai Dasar Bersama Pakatan Rakyat.


Hakikatnya, kuasa perlantikan para pegawai yang dinyatakan di atas telahpun dihapuskan oleh UMNO di dalam pindaan perlembagaan yang dilakukan secara paksa pada tahun 1983 dan 1993 meskipun telah ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika tersebut.

Sesungguhnya, kemelut yang baru sahaja dilalui adalah gambaran jelas kegelojohan pihak UMNO dan para kuncunya untuk menggugat kedudukan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan percubaan mengulangi semula tragedi rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2008 yang lalu.


Krisis ini juga membuktikan bahawa sesungguhnya, demi meraih kuasa politik UMNO bersedia untuk melakukan apa sahaja meskipun dengan mengorbankan keluhuran perlembagaan dan undang-undang. Adalah jelas kepada kita bahawa UMNO kini sedang di dalam keadaan terhimpit dan menyedari hakikat bahawa mereka semakin hilang kepercayaan dari rakyat Malaysia seluruhnya. Sesungguhnya, UMNO sudah lama hilang keyakinan kepada amalan dan proses demokrasi yang sebenarnya. Lantaran itu, demi mengekalkan kuasa mereka sedia mempergunakan apa jua slogan ‘1Malaysia’, ‘Ketuanan Melayu’, ‘Kedaulatan Raja-Raja’ dan sebagainya. Malah lebih buruk, UMNO bersedia mencemar dan memperalatkan apa jua institusi negara demi mengekalkan kuasa dan melindungi amalan rasuah dan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan terhadap rakyat dan negara selama ini.


Sesungguhnya, KEADILAN ingin menjelaskan kembali komitmen kita di sini
"

Tulahan: Kisah bunga muncul dalam liang lahad

Tulahan: Kisah bunga muncul dalam liang lahad

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: Lagi BN=BARANG NAIK: Harga petrol RON97 dan minyak tanah naik 10 sen seliter!

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: Lagi BN=BARANG NAIK: Harga petrol RON97 dan minyak t

Oleh: soutulmujahid.blogspot.com

RAKYAT DIDAHULUKAN: Harga Minyak Naik Lagi

Tidak cukup dengan rompakan kerajaan 1Malaysia lewat tahun lepas, tarikh 4 Januari mencatitkan rakyat Malaysia dirompak lagi oleh kerajaan 1Malaysia yang kononnya mendahulukan rakyat.

Malah, kerajaan 1Malaysia pimpinan Pak Najib bukan sahaja merompak rakyat, malah menipu rakyat mentah-mentah dengan kenyataan 'Harga RON95 Kekal Tahun Ini'. Tetapi, sayangnya, masih ada lagi segolongan makhluk yang menyokong gagasan perompak ini. Sakit otak gamaknya.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama mengucapkan sekalung 'tahniah' kepada kerajaan 1Malaysia pimpinan Pak Najib kerana menjadi perompak halal yang sangat berjaya menggula-gulakan rakyat dengan slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN'.





Inilah belang sebenar 1Malaysia. Hanya slogan yang manis ditaburkan kepada rakyat. Walhal, rakyatlah yang menanggung beban. Tidak cukup dengan beban yang ditanggung, beban yang tersedia ditambah lagi dengan bebanan yang lain. Kerajaan sekular pimpinan Pak Najib pula mengurangkan peranan mereka sebagai penguasa.

Bukan harga minyak sahaja yang naik. Kenaikan harga minyak sudah tentu mempunyai kesinambungan yang lain, kerana kebanyakan perkhidmatan pengangkutan memerlukan minyak untuk menggerakkan kenderaan masing-masing.

Kita mungkin tidak kisah dengan kenaikan harga minyak ini sekiranya pengangkutan kita memerlukan air liur, angin, tahi hidung, tahi telinga, najis lembu, atau rumput untuk menggerakkan kenderaan kita. Jadi, tidak hairanlah sekiranya harga roti canai pun akan turut sama naik walaupun minyak petrol tidak digunakan dalam ramuan roti canai.

Wahai ummat! Bangkitlah daripada tidurmu! Tidak marahkah kalian apabila hak-hak kalian dirompak untuk mengenyangkan perut-perut menteri dan kroni-kroni mereka? Masih ramai lagi yang miskin di luar sana! Adakah mereka mampu untuk menyara kos kehidupan yang semakin hari semakin membelit ini??? - soutulmujahid.blogspot.com

Berita portal MALAYSIAKINI melaporkan..

RON97, minyak tanah naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Katanya, ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.



Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini, lapor Bernama.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan tersebut tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.



anah naik 10 sen seliter!

ULAMA PEWARIS NABI: KEJAHATAN DI PERAK TERPAHAT, KETUA PERHUBUNGAN SELANGOR YANG TERAMAT JAHAT!

ULAMA PEWARIS NABI: KEJAHATAN DI PERAK TERPAHAT, KETUA PERHUBUNGAN SELANGOR YANG TERAMAT JAHAT!Selama ini tiada Ketua Perhubungan UMNO Selangor sezalim dan sejahat Ketua Perhubungan UMNO Selangor sekarang. Sejahat-jahat Khir Toyo tak terfikir beliau nak merampas Selangor dengan cara terkutuk ala rampasan UMNO terhadap negeri Perak. Habis jahat Khir Toyo hanya melantak tanah dan wang rakyat, takder terlibat dalam skandal seks , khalwat dengan artis atau ambil komisyen pembelian peralatan tentera atau terlibat dengan pembunuhan (wau kembang jubur Khir Toyo)
Rentetan UMNO/PEKEMBAR Selangor ketandusan calon sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor maka DS Najib sebagai Pengerusi UMNO Malaysia terus menyambung lantikan dirinya sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor kali ke 2. Mungkin beliau merasakan dirinya hebat almaklumlah berjaya merampas Perak dengan jalan yang jijik sedangkan Perak telah diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.
Kini Ketua perhubungan UMNO Selangor ini yang juga merangkap Pengerusi UMNO Malaysia dan merangkak Perdana Menteri dan merangkak sebagai suami Rosmah Mansur serta yang tamak kuasa dan terdesak nak mempertahankan kuasanya ini cuba dengan cara 'hook by crook' merampas semula negeri-negeri dalam genggaman Pakatan Rakyat sebelum PRU13.
Semoga Allah menetapkan hati-hati rakyat/pengundi terhadap Pakatan Rakyat dan mudahan Allah gagalkan niat jahat sesiapa yang cuba merampas kerajaan Pakatan Rakyat dengan cara kotor.

PAS Parit Buntar (PASPB): Tanah wakaf masjid dibahagi sesama puak-puak Songkok Tiga Jengkal

Jumaat lepas saya solat di Masjid Nurul Iman, Rawang. Seperti biasa, tiba awal di masjid tidak susah mencari parking kereta, dan selesa mengambil tempat duduk di dalam masjid. Orang belum ramai. Saya pilih saf ketiga di depan.

Sedang beriktikaf, tiba-tiba terdengar satu suara yang begitu familiar memberi salam dan memulakan tazkirah. Satu suara yang lembut tetapi jelas dan sedap didengar. Tidak terasa seperti suara yang tiba-tiba datang mengganggu orang beriktikaf.

Apabila dilihat ke depan nampaklah orangnya yang sedang memberi tazkirah itu. Dia berdiri. Memang susuk yang familiar. Dr Badrul Amin, atau biasa juga dipanggil Ustaz Badrul Amin. Seorang tokoh dalam pimpinan Parti KeAdilan Rakyat yang agak berbeza daripada tokoh-tokoh lain dalam parti itu, hingga ada orang mengatakan dia sepatutnya jadi orang PAS.

Ustaz Badrul Amin memberi tazkirah sebelum solat Jumaat? Ya, apa salahnya! Saya bertanya dan menjawab sendiri di dalam hati. Bertanya begitu kerana belum pernah melihatnya memberi tazkirah Jumaat, dan menjawab begitu kerana dia memang layak. Bukan sekadar layak seperti layaknya ustaz-ustaz kebanyakannya yang selalu memberi tazkirah, tetapi lebih daripada itu.

Apa lebihnya? Lebihnya ialah pada caranya, pendekatannya, gayanya dan juga suaranya. Bukan kerana dia pernah menjadi pensyarah di universiti (UIA), tetapi saya rasa kerana dia memang seorang yang berbakat di bidang ini. Lihatlah itu, terasa yang dia begitu mesra dengan jemaah di depannya.

Buat baiklah, katanya. Allah suka dengan orang yang buat baik. Dan beruntunglah orang yang hari ini dia lebih baik daripada hari semalamnya. Amalannya hari ini lebih baik daripada semalam; ilmunya hari ini bertambah sedikit daripada hari semalam, dan seterusnya, kerana setiap hari yang bertambah itu bermakna modal kita bertambah. Apabila modal bertambah, kalau untung tak bertambah, maknanya kita sedang mengalami kerugian.

Sedang sedap kita mengikuti tazkirahnya itu dia pun memperkenalkan diri. Katanya dia hadir sebagai Pengarah Penerangan di Pejabat Menteri Besar Selangor, mewakili Menteri Besar untuk memberi penjelasan mengenai satu isu yang sedang hangat diperkatakan di kalangan orang Islam di Rawang, iaitu isu sebuah surau hendak dirobohkan.

“Itu bukan kerja kita,” katanya. “Kita bukan orang yang hendak merobohkan masjid atau surau. Kerja kita hendak memakmurkan masjid, memakmurkan surau.”

Maka dia pun menjelaskanlah kedudukan sebenar isu yang dikatakan pihak kerajaan Selangor hendak merobohkan sebuah surau di tengah-tengah bandar Rawang itu. Satu lagi cerita bagaimana orang-orang Umno di Selangor sedang ghaflah dan gelabah hendak menutup pekung dan tembelang mereka yang satu demi satu sedang terdedah dan mengeluarkan bau busuk, yang menyedarkan seluruh rakyat betapa jahatnya mereka selama ini.

“Tanah itu sebenarnya tanah hak massjid ini,” kata Ustaz Badrul Amin. “Jadi kita sedang berusaha hendak mengambil balik tanah itu dan serahkan kepada pentadbiran masjid ini.”

Kelihatan beberapa orang yang duduk berhampiran dan di depan penceramah itu mengangguk-anggukkan kepala mereka. “Oh.. begitu rupanya!” agaknya demikianlah hati mereka berkata.

Dan saya membayangkan kalau hal yang serupa begini dapat dijelaskan kepada rakyat, khasnya orang-orang Melayu di seluruh Selangor, akan kedudukan sebenar banyak lagi perkara-perkara jahat yang dilakukan oleh orang-orang Umno selama ini, maka demikianlah rakyat Selangor akan mengangguk-anggukkan kepala mereka.

Tanah itu asalnya tanah wakaf. Tetapi pada tahun 2003 pihak pentadbiran masjid ini telah membuat pecahan lot ke atas tanah wakaf tersebut, dan membahagi-bahagikan di kalangan mereka, seramai tujuh orang. “Satu untuk kau. Satu untuk aku. Fahamlah ya!” kata Badrul Amin.

“Sedangkan undang-undang atau Enakmen tanah tidak membenarkan tanah wakaf dipindah milik kepada orang lain, samada dijual ataupun untuk dibangunkan. Tanah wakaf mestilah kekal sebagai tanah wakaf,” jelas Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor itu lagi, di dalam tazkirahnya sebelum solat Jumaat itu.

Maka demikianlah. Yang dihebohkan kononnya pihak Kerajaan Negeri Selangor hendak merobohkan surau. Ada yang kata Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu halang pihak pemaju yang hendak merobohkan surau itu untuk suatu projek pembangunan. Macam-macam cerita. Timbul juga cerita pemilik gerai di atas tanah tersebut yang sudah bertahun-tahun membayar sewa kepada orang yang mendakwa mengutipnya untuk surau, tetapi pihak surau itu tidak pernah pun menerima duit tersebut.

Apa pun, yang jelasnya satu lagi tembelang dan pekong Umno sedang terbongkar. Tanah wakaf kepunyaan masjid! Tergamak mereka mengambilnya dan membagi-bagikan sesama mereka, seperti penyamun dalam filem P.Ramlee itu membagi-bagikan harta hasil rompakan mereka. Memang mereka merompaklah tu! Lagi jahat daripada penyamun dalam filem P.Ramlee. Penyamun pun tak merompak tanah wakaf masjid.

Tapi itulah pemimpin Umno. Yang ada kuasa besar, besarlah rompakannya. Yang ada kuasa kecil, kecillah rompakannya. Asalkan ada kuasa, maka adalah yang dirompak mereka.

Baguslah Dr Badrul Amin! Sangat berkesan cara penyampaiannya. Dan lebih menariknya lagi, selepas selesai membuat penjelasan tersebut, pihak pentadbir masjid itu memaklumkan bahawa Ustaz Badrul Amin “akan menyampaikan khutbah dan akan mengimamkan solat Jumaat kita pada hari ini.”

Alhamdulillah! Seorang tokoh pimpinan dalam Pakatan Rakyat. Boleh bagi tazkirah, boleh baca khotbah Jumaat, dan boleh jadi imam solat jemaah. Dan yang lebih pentingnya bagi saya ialah kemahiran dan kebolehannya menyampaikan tazkirah dan khasnya khutbah Jumaat yang berkesan.

Pembaca yang mengikuti kolum ini daripada awal dulu tentu pernah membaca beberapa kali saya menyentuh hal khutbah Jumaat yang suka membebel meleret-leret dan gagal menyampaikan khutbah yang berkesan. Maka terlintas dalam fikiran saya: Alangkah bagusnya kalau Dr Badrul Amin diberi amanah untuk memimpin sebuah institusi yang dibina khas, iaitu Institut Latihan Khutbah Jumaat dan Tazkirah Masjid. Sebuah institusi yang sangat-sangat kita perlukan sekarang, demi memajukan ummah! Dinsman

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 013-6362408)

Perisik Rakyat®: "Anggapan"

Wednesday, January 05, 2011
"Anggapan"
Bila aku baca Kenyataan Media Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Merangkap al-Mursyidul Am PAS, aku terus publish tanpa edit mana-mana bahagian walaupun ada bahagian (seperti yang aku quot dekat bawah) agak mengelirukan aku... baca:
Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.
Maka pada anggapan saya (rujuk pada bahagian yang diboldkan):

Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah Setiausaha Kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong.

Khusrin: Setiausaha Kupang Tembaga

Muka Depan Artikel M@rhaen Khusrin: Setiausaha Kupang Tembaga
Khusrin: Setiausaha Kupang Tembaga
Rabu, 05 Januari 2011 02:20 BlogMaster
Kupang tembaga ini bermaksud sesuatu yang tidak mempunyai sebarang nilai. Isu SUK ini sudah seperti kes rampasan kuasa DUN Perak apabila para perampas terlupa 'kuasa' Speaker masih berada di tangan PR hingga terpaksa bertindak membuang Speaker yang sah dan diganti dengan Speaker haram.

Nampak gayanya, umno-apco-Be End terpaksa merampas jawatan Menteri Besar dan melantik menteri besar haram bagi membolehkan SUK Kupang Tembaga mengangkat sumpah jawatan.



Baca ulasan Tulang Besi berhubung kedudukan Khusrin SUK Kupang Tembaga, mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan SUK mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia di hadapan Menteri Besar.



Tulang Besi:
Membaca kenyataan pakar Perlembagaan, Lawyer Tommy Thomas, Tulang Besi tertarik dengan satu kenyataan beliau:


Thomas said the MB’s role in the appointment process can be seen clearly in Article 52(4) of the Selangor Constitution, that states: “Before any such official (including the State Secretary) first attends a meeting of the State Executive Council, he shall take and subscribe in the presence of the Menteri Besar the following Oath of Secrecy.”

Dengan kata lain, mengikut Artikel 52(4) Undang Undang Tubuh Negeri Selangor, sebelum mana-mana pegawai kerajaan menghadziri mesyuarat Exco, beliau haruslah mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar.

Sekiranya Menteri Besar menolak untuk hadir di majlis tersebut, maka pegawai itu tidak langsung boleh menghadiri mesyuarat Exco. Dengan kata lain, Khusrin hanya akan menjadi SUK pada nama sahaja, tapi tidak boleh berfungsi sebagai SUK kerana beliau tiada kelayakan menghadiri mesyuarat Exco.

Ini bererti perlantikan Khusrin Munawi:

1.0 Menunjukkan betapa bodohnya Ketua Setiausaha Negara kerana tidak mengetahui peruntukan Undang-Undang Tubuh Selangor ini.

2.0 Menghabiskan duit rakyat kerana terpaksa membayar gaji Khusrin dan elaun beliau

3.0 Mensabotaj kerajaan negeri untuk memalukan kerajaan negeri dengan niat yang sangat jahat. Ya Allah, makbulkan doa laknat aku ke atas Khusrin Munawi dan KSN sewaktu aku mencium kaabah tempohari. AMIN!!!!!

Di sini juga saya ingin menunjukkan KEBODOHAN ZUL NORDIN. Lawyer cabuk bernama Zul Nordin kata:

Perlantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tidak saperti Kedah dan Johor yang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, bidangkuasa perlantikan SUK Selangor adalah khusus dibawah SPA. Malah dinegeri dimana ianya terletak dibawah SPN, Menteri Besar langsung tiada kuasa mengenai perlantikan SUK, ianya antara SPN dan Sultan yang memerintah negeri
Maknya Zul Nordin tak baca Undang-Undang Tubuh Selangor Artikel 97(1) yang membuktikan wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.

Dah nama pun lawyer cabuk. Apa nak harapkan dengan Zul Nordin ni?

Hahahahaha

TULANG BESI

Wednesday, January 5, 2011
Tok Guru Tidak Nafi Berlakunya Perbincangan UG Sewaktu Majlis Persantapan

NOTA EDITOR: Membaca kenyataan rasmi TOk Guru Nik Aziz berkaitan dengan kontroversi Perjumpaan Dalam Gelap 2, saya tak nampak walau SATU PATAH penafian dari Tok Guru Nik Aziz atas berlakunya perbincangan "PERPADUANG". Yang dapat dibaca adalah bagaimana Tok Guru dijemput ke majlis persantapan dan beliau tidak mahu mendedahkan apa yang telah dibincangkan dalam majlis tersebut.

Sudah tentulah Tok Guru tidak akan mendedahkan butiran perbincangan secara terbuka kerana ianya melibatkan Istana. Sekiranya Tok Guru mendedahkan butiran perbincangan kepada umum, maka Tok Guru boleh dituduh sebagai menderhaka atau tidak menghormati Raja-Raja Melayu.

Apa yang Tulang Besi nampak juga, gambar Hj Mustafa Ali dan Presiden PAS tidak berapa ceria sewaktu sidang akhbar tersebut:



Yang jelasnya, khabar Presiden PAS menghadiri majlis tersebut adalah benar. Dan, khabar berlaku perbincangan dalam gelap ke arah PERPADUANG tidak dinafikan oleh Tok Guru Nik Aziz dalam KENYATAAN BERTULIS beliau.

Sama sama kita tunggu perkembengan selanjutnya, inshaalah

Tulang Besi




Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.
And here is the rest of it.

IkutSukaAku - Isa

nota:
datuk rais
apa jadi dengan budak minah kelantan dari uitm?
sekarang jantan dia ada buat show di solaris
bukan lukisan tapi gambar
dia pakai kamera yang datuk hadiah pada minah tu
main pas pas macam najib dengan razak
kah kah kah

Alamakkkk... banyaknya ulaq dalam semak... hahahaha.... nota di atas dari TukarTiub.

Sebelum ini dalam kehangatan tubuh badan Robengah yang mempalitkan nama Menteri takda MakBapak ni... ada spekulasi mengatakan ada lagi Skandal Seks VVIP dari bn... jeng..jeng..jeng... siapakah VVIP tersebut... marobbuka....

Takan lah... si menteri yang sama entot-entot lagi.... agak2 lah bhai... hehehe.... takpa biarkan dulu isu ni.... tunggu bukti baru boleh cerita... kah..kah..kah...




Betapa kecohnya utusan meloya melaporkan kisah pencacai2 yang menyalak di tujuh buah balai polis dengan 18 laporan polis kononnya membela sultan selangor...., apabila puak2 sepencacaian dengan mereka menghina sultan2 satu malaya tak nak pulak pencacai2 tu menyalak... termasuklah utusan meloya yang melaporkan kisah2 penghinaan dan derhaka gerombolan umnoapco terhadap institusi raja dan sultan ni....

Takpa... biarkanlah pencacai2 tersebut menyalak sepuas dan semahunya.... selagi boleh menyalak... menyalaklah....

Semalam... laporan polis di buat di Kuala Klawang.... terhadap Menteri Perogol Ammahhhh... takda pula beritanya dalam utusan meloya...., hari ini laporan polis akan di buat pula di IPD Seremban 2, kita tunggu utusan meloya edisi esok pulak samada berita laporannya ada atau tidak...

Jika tidak ada... utusan meloya sah anjing kurap pencacai laknat perosak pemikiran masyarakat....!!!! hahahaha....

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: SETUJU, SIASAT ANWAR, NAJIB, RAIS, PEGUAM NEGARA DAN RAMAI LAGI...

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: SETUJU, SIASAT ANWAR, NAJIB, RAIS, PEGUAM NEGARA DAN RAMAI LAGI...Utusan Malaysia malam ini melaporkan kenyataan Presiden Persatuan Peguam Negara (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar, yang mengatakan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh wajar disiasat berkaitan pengakuannya pada 1997 bahawa beliau mempunyai bukti mengenai salah laku seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Utusan sebagai memetik kenyataan presiden persatuan itu menegaskan bahawa siasatan lanjut harus dibuat terhadap dakwaan Karpal itu bagi menjamin keadilan sebenar dapat ditegakkan.

Kalau dilihat kenyataan Karpal Singh yang dimaksudkan oleh Utusan ini sudah begitu lama, iaitu pada tahun 1997, kira-kira lebih 13 tahun dahulu. Dalam hal ini pendapat peribadi ReJaM© bersetuju jika pihak kerajaan ataupun mana-mana pihak berkaitan ingin menyiasat kes ini dan bertanya kepada Karpal tentang bukti yang dimaksudkannya. Sekiranya benar Anwar Ibrahim bersalah, maka beliau harus dihukum! Rakyat juga tidak perlu lagi menyokong pesalah seks begini.

Kes 1997 yang sudah begitu lama mahu disiasat, jadi kes 2007 apatah lagi bukan? Kes yang masih panas ini dengan bukti siasatan sebuah badan NGO luar negara (Migrant Care) seharusnya juga disiasat! Wajib disiasat! Menteri yang didakwa merogol pembantu rumah Indonesianya harus diheret ke muka pengadilan!

Jangan lupa juga kes pembunuhan Altantuya yang didedahkan oleh akhbar Perancis Libration dan Wikileaks, kes ini juga harus disiasat. Semua pemimpin yang korup, yang penuh dengan skandal, tidak kira dari Parti Kerajaan atau Parti Pembangkang wajib disiasat!

Presiden Persatuan Peguam Malaysia jangan hanya menyalak dan berlakon untuk menyiasat kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang sahaja. Tapi pemimpin kedua-dua parti wajib disiasat sekiranya terdapat bukti dan pendedahan. Macam itu barulah dinamakan negara Hukum! Negara bertamadun

LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Khusrin tetap angkat sumpah 6 Jan

LAMAN KL-TODAY.COM » Blog ArMajlis angkat sumpah taat setia oleh Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi, akan tetap diadakan Khamis ini di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam. Ini kerana pada pengetahuan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Mohd Khusrin telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani hari ini.

Mohamad Munir yang bertindak atas titah Sultan Selangor, menjelaskan bahawa Sultan Selangor telah menitahkan supaya cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dilaporkan akan dibuat oleh kerajaan negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Sultan Selangor, dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, membuat kenyataan kepada media selepas menghadap Sultan Sharafuddin bahawa kerajaan negeri bercadang mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor bagi membuat pindaan tersebut.

Mohamad Munir menjelaskan bahawa Khamis ini akan diadakan upacara pengurniaan darjah kebesaran negeri Selangor kepada Raja Muda Selangor sempena ulang tahun keputeraan ke-65 Sultan Selangor kerana ketika istiadat pengurniaan darjah kebesaran pada 11 Disember lalu, Raja Muda Selangor berada di luar negara.

“Pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara angkat sumpat taat setia penjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

“Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan,” katanya.
Berikutan pelantikan itu, katanya, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Berkenaan tulisan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, dalam blognya pada 30 Dis lalu, dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

“Oleh itu sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-olah sebagai ‘beraja di mata, bersultan di hati’ adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

“Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda,” katanya.

Mohamad Munir juga mengulas artikel dalam akhbar Sinar Harian pada 29 Disember lalu mengenai “Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA” oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kampung Tunku, Lau Weng San.

Katanya, walaupun terdapat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN) di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, tetapi di negeri Selangor, kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA).

Mohamad Munir juga menjelaskan bahawa kenyataan akhbar oleh Menteri Besar Selangor semalam yang menyatakan Sultan Selangor berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat.

“Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan.

“Perkara ini telah menjadi amalan di Selangor,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa Sultan Selangor sebenarnya telah bertitah sepatutnya Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda.

“Tindakan Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam negeri Selangor,” katanya
chive » Khusrin tetap angkat sumpah 6 Jan

Sunday, January 2

Malaysia Waves: Puak PRO PERPADUANG Lintang Pukang Mempertahankan Perjumpaan Dalam Gelap 2

Malaysia Waves: Puak PRO PERPADUANG Lintang Pumat said...
SALAM
January 1, 2011 7:42 AM

Yong said...
Dekat PRK Tenang apesal berantakan pulak? Bagi Yong kerajaang perpaduang dengang UMCO ni takkan berjaya. Israel pung bamyak kali buat unity government, termasuk si ariel sharon. Tapi semuanya hancur belaka. Ape jaminang kerajaang perpaduang dengang UMCO boleh berjaya memartabatkan Islam? Sesapa yang teringing sangat dengang UMCO tu baik masuk je ke lubang najis demer. Lepas tu tanding le atas tiket demer. Biar rakyat tentukan mu popular atau tidak jika tukor logo. Jangang seret PAS ke sana.
January 1, 2011 10:29 AM

Rozmi said...
PAS dengan PKR sama je..
January 1, 2011 10:36 AM

Anonymous said...
"Namun, dijawab oleh YB Fatah Iskandar:"Fatah Haron ke Fatah Iskandar ni.... yg mana satu ni...??BTW ko cakap TGNA ada sekali masa pertemuan tu... aku rasa lebih baik biar TGNA yg keluarkan statement... kalau dengar citer org ni macam macam boleh keluar... sebab tu cerita lain lain yg ko dengar ni...
January 1, 2011 4:56 PM

mat bosan said...
mat said...
SALAM
January 1, 2011 7:42 AM

Yong said...
Dekat PRK Tenang apesal berantakan pulak? Bagi Yong kerajaang perpaduang dengang UMCO ni takkan berjaya. Israel pung bamyak kali buat unity government, termasuk si ariel sharon. Tapi semuanya hancur belaka. Ape jaminang kerajaang perpaduang dengang UMCO boleh berjaya memartabatkan Islam? Sesapa yang teringing sangat dengang UMCO tu baik masuk je ke lubang najis demer. Lepas tu tanding le atas tiket demer. Biar rakyat tentukan mu popular atau tidak jika tukor logo. Jangang seret PAS ke sana.
January 1, 2011 10:29 AM

Rozmi said...
PAS dengan PKR sama je..
January 1, 2011 10:36 AM

Anonymous said...
"Namun, dijawab oleh YB Fatah Iskandar:"Fatah Haron ke Fatah Iskandar ni.... yg mana satu ni...??BTW ko cakap TGNA ada sekali masa pertemuan tu... aku rasa lebih baik biar TGNA yg keluarkan statement... kalau dengar citer org ni macam macam boleh keluar... sebab tu cerita lain lain yg ko dengar ni...
January 1, 2011 4:56 PM

mat bosan said...
Tulang Besi,Jom kita lancar kempen tolak Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa dari kerusi Presiden dan Tim.Presiden PAS.Penipu tak wajar memimpin harakah Islamiah walau sebesar lori sekali pun serban mereka.Apa punya Presiden,apa punya ulamak - sekejap buka,sekejap tutup,sekejap buka,sekejap tutup.Haprak betul!!!
January 1, 2011 6:27 PM

Anonymous said...
Ha..ingatkan dah habis isu kerajaang perpaduang,rupanya ada lagi .Senang aja TB,buat kempen suruh depa tu masuk umno ,senang sikit kita nak tembak.Inilah yang dikatakan 'mutasaqitun fi thoriq addakwah' mereka yang gugur dimedan dakwah.
January 1, 2011 9:23 PM

Anonymous said...
Mcm mcm political maneuvering sedang berlaku masa ini utk memecahkan Pakatan Rakyat..mcm mcm parti india ,ngo sedang tumbuh utk split indian votes..and of course never ending story of UG..dan spt biasa, political maeuverings yg sedang berlaku sekarang ni melibatkan 2 kaum yg mudah ditipu,disuckerkan ie melayu dan india...melayu dan india tak tau socio ekonomi negara ini betui betui dah f*k up,kantoi,bangkrup,muflis..sistem socio ekonomi feudal despotic anglo pariah telah musnah,dan negara negra yg mengamalkan sistem feudal despotic anglo pariah ini akan dilanda bencana yg amat dasyat..dan tak ada exit route utk Malaysia,sebuah negara feudal elite pariah ootang bangkrup money junkie anglo zombie par excellence..dan bila keadaan di sini jadi mcm Greece,hah,political maneueverings ka,soon zoo ka, semunya akan menjadi irrelevent sebab bila "noting to loose nothing to gain" rakyat mejoriti berada dlm keadaan seribu satu mcm kesusahan,rakyat majoriti yg kena cekik akan bangkit dan tibai para pukimak pundek lanun chootia iblis feudal pariah yg suka mempermainnkan,menghambakan,mencekik rakyat
January 1, 2011 10:01 PM
Tulang Besi,Jom kita lancar kempen tolak Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa dari kerusi Presiden dan Tim.Presiden PAS.Penipu tak wajar memimpin harakah Islamiah walau sebesar lori sekali pun serban mereka.Apa punya Presiden,apa punya ulamak - sekejap buka,sekejap tutup,sekejap buka,sekejap tutup.Haprak betul!!!
January 1, 2011 6:27 PM

Anonymous said...
Ha..ingatkan dah habis isu kerajaang perpaduang,rupanya ada lagi .Senang aja TB,buat kempen suruh depa tu masuk umno ,senang sikit kita nak tembak.Inilah yang dikatakan 'mutasaqitun fi thoriq addakwah' mereka yang gugur dimedan dakwah.
January 1, 2011 9:23 PM

Anonymous said...
Mcm mcm political maneuvering sedang berlaku masa ini utk memecahkan Pakatan Rakyat..mcm mcm parti india ,ngo sedang tumbuh utk split indian votes..and of course never ending story of UG..dan spt biasa, political maeuverings yg sedang berlaku sekarang ni melibatkan 2 kaum yg mudah ditipu,disuckerkan ie melayu dan india...melayu dan india tak tau socio ekonomi negara ini betui betui dah f*k up,kantoi,bangkrup,muflis..sistem socio ekonomi feudal despotic anglo pariah telah musnah,dan negara negra yg mengamalkan sistem feudal despotic anglo pariah ini akan dilanda bencana yg amat dasyat..dan tak ada exit route utk Malaysia,sebuah negara feudal elite pariah ootang bangkrup money junkie anglo zombie par excellence..dan bila keadaan di sini jadi mcm Greece,hah,political maneueverings ka,soon zoo ka, semunya akan menjadi irrelevent sebab bila "noting to loose nothing to gain" rakyat mejoriti berada dlm keadaan seribu satu mcm kesusahan,rakyat majoriti yg kena cekik akan bangkit dan tibai para pukimak pundek lanun chootia iblis feudal pariah yg suka mempermainnkan,menghambakan,mencekik rakyat
January 1, 2011 10:01 PM kang Mempertahankan Perjumpaan Dalam Gelap 2

Malaysia Waves: Puak PRO PERPADUANG Lintang Pukang Mempertahankan Perjumpaan Dalam Gelap 2

Malaysia Waves: Puak PRO PERPADUANG Lintang Pukang Mempertahan(Sambil mencium Kaabah, Tulang Besi telah berdoa supaya Allah SWT Sesiapa yang mengikut komen2 YB Fatah bin Haron di dalam Facebook dua tiga hari ini akan melihat geng2 perpaduang kepanasan macam beruk kena belacan. Masing2 cuba membawa pelbagai cara untuk "menafikan" berlakunya perjumpaan tersebut. Antara percubaan mereka adalah mempersoalkan tarikh perjumpaan antara PResiden dan Timbalan Presiden PAS bersama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.Mengikut mereka pada tarikh tersebut (23 October 2010) Tuan Guru Presiden berada di London.Namun, dijawab oleh YB Fatah Iskandar:
Abdul Fatah Bin HaronGuano sampai ada orang nak menafikan fakta saya sangggup berbohong pula ni. Kalau pun nak pertahan orang demo sayang jangan sampai peringkat berbohong dengan mengatakan pemimpin itu pergi London tarikh tersebut. Betul lah tarikh tersebut dia pergi London tapi dia naik kapal terbang malam, perjumpaan tersebut siang hari tarikh yang sama. Guana agaknya?kang ambo kubang kang berselerak habis kang. kang letang pukang
Bagi saya puak pro perpaduang dah jadi lintang pukang. Percubaan pertama mereka adalah seperti di atas. Yakni menggunakan "alibi" kononnya Presiden PAS berada di luar negeri. Tapi, sayangnya percubaan mereka yang kali ini gagal.USTAZ NASARUDDIN MENIPU LAGI SEKALI BERKENAAN PERTEMUAN DALAM GELAP 2?Seorang lagi ahli pro perpaduang bernama "MRK ALBANJARI menyatakan:
Mrk Albanjari YB...siapa yg bincangkan tentang UG ni lagi?..... ana baru hubungi ust Nasa ...dia kata dia pun tak tahu menahu langsung tentang perkara ni..... Presiden juga kini dlm perjalanan balik dari UK...so siapa yg bertanggungjawab terhadap pertemuan ni.... YB kena perjelaskan perkara ni.... isu UG ni langsung tak releven dah sekarang...itu hakikatnya..... nak berpadu dgn umno sekarang amat mustahil.....Namun seorang lagi blogger pro PERADUANG bernama "Penawar Rinduku" akhirnya MENGAKU pertemuan tersebut berlaku. Namun, beliau berkata:

Penawar Rinduku Abe Tah....pertamuan tu memang betul tapi jalan cerita yang bohong....jange buat perangai budok budok gok.....demo jah hok tua dok main FB laye ko budok2 sedor diri gok sikit....Galas tu lagu mano?
Adakah ini bermakna Ustaz Nasaruddin telah menipu lagi sekali? Pertemuan Dalam Gelap kali pertama dahulu pun beliau nafi, tetapi kemudiannya diakui oleh Pak Lah.Sekarang ni nampaknya perkara yang sama berulang lagi?BERTEMU UNTUK MENERANGKAN DASAR DAN POLISI PARTI?Seterusnya Penawar Rinduku tambah:
Penawar Rinduku Abe Tah jange jadi jenis mudoh lupo...kita doh tulak UG namun dalam maso samo kita akan menemui semua pihak bagi menjelaskan dasar dan polisi kito....bo lah dok wirid putrajaya....putrajaya...putrajaya.....Bertemu dengan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dalam gelap untuk menerangkan polisi dan dasar parti?Untuk apa? Supaya Presiden UMNO menyokong dasar PAS? Supaya Presiden dan Timbalan Presiden UMNO mendokong dasar dan polisi PAS? Sejak bilakah dalam sejarah Malaysia Presiden dan Timbalan Presiden UMNO boleh memberi sokongan terbuka kepada dasar dan polisi PAS?Bagi saya, ini adalah alasan paling dangkal digunakan untuk menjustifikasi pertemuan dalam gelap kedua. Saya rasa orang gila pun susah nak percaya cerita macam ni?Yang menjadi isu sekarang ini adalah mengapa pertemuan dalam gelap seperti ini masih diteruskan sedangkan keputusan Muktamar jelas mahukan PAS mengukuhkan hubungan di dalam Pakatan Rakyat. Pertemuan dalam gelap sebegini BAKAL melemahkan Pakatan Rakyat seterusnya melanggar keputusan Muktamar sebelum ini.
Anda mungkin juga meminati:
Perjumpaan Dalam Gelap Dgn UMNO Diteruskan oleh "Geng Perpaduang" dalam PAS
Songkok Putih Dedah Perjumpaan Dalam Gelap Antara Ustaz Nasa dan Najib Tun Razak
Ustaz Nasaruddin Mat Isa Menjelaskan Titik Permulaan Perpecahan Dalam PAS
Hairan!! KEnapa Tiada Komen Dari Presiden dan Timbalan Presiden PAS: Najib Lulus 10 Lesen Judi Baru?
Apa Nak Jadi Dengan Timbalan Presiden PAS Kita Ni? kan Perjumpaan Dalam Gelap 2

APA KATA 40 ULAMA UMNO

SOALANUstaz, baru-baru ini ada seorang pemberi motivasi yang tersohor di tanahair memberitahu boleh seorang GRO yang telah mengandungkan anak luar nikah, untuk meneruskan kerjayanya sehinggalah disediakan alternative dan agar dia bosan dengan tugasannya. Lalu mula mencari kerja lain. Kita juga tidak dibenarkan menghina golongan terbabit. Minta sangat ustaz mengulas kerana kenyataan itu agak mengelirukan. Dan perlukah kita merujuk beliau lagi selepas ini?. Terima kasihJAWAPANSebelum saya menulis jawapan ini saya sudah pun membaca kenyataan tokoh motivasi tersebut di akhbar yang menyiarkannya. Kenyataan awal beliau pada 11 Disember 2010 dan juga kenyataan balasannya pada 15 Disember 2010.Secara ringkasnya, saya ada bersetuju dengan beliau dan ada juga yang tidak bersetuju dengan beberapa fakta dalam kenyataannya. Apapun, ingin saya tegaskan, saya menghormati beliau selaku tokoh besar di dalam Negara, pakar dalam bidang motivasi individu dan rumahtangga, yang telah banyak menyumbang kepada pemulihan diri individu masyarakat melalui pelbagai medium.Namun begitu, kesilapan dan kekeliruan mungkin sahaja berlaku kepada sesiapa jua. Kesilapan dan kekeliruan ini ada kalanya amat kecil berbanding kebaikan yang telah dilaksana dan diusahakan sejak bertahun lamanya. Oleh itu, JIKA BENAR SEKALIPUN ADA KESILAPAN DALAM ULASANNYA, JANGAN SEKALI dilupakan segala sumbangan beliau.Pun begitu, disebabkan imej dan tersohornya itu, saya merasa tanggungjawab untuk menjelaskan respon kepada soalan yang diajukan kepada saya, agar tidak berlaku salahfaham di kalangan masyarakat ramai.SETUJUSaya bersetuju bahawa mesti ada pihak berwajib mengambil tanggungjawab untuk menyediakan alternatif bagi wanita seperti ini.Saya juga bersetuju kita TIDAK BOLEH terus menghina petugas seperti itu seolah mereka tiada lagi peluang untuk pulang ke pangkal jalan. Khususnya penghinaan tanpa usul periksa , kerana bagi saya, mungkin ada yang terjebak kerana terperangkap dalam sindiket pelacuran dan GRO. Mereka menjadi mangsa dan bukan sengaja menurut kehendak dirinya.TIDAK SETUJUNamun saya tidak bersetuju untuk tidak mengutuk pekerja-pekerja yang rela dan dengan sendirinya memilih kerjaya terbabit. Kutukan dan kecaman perlu dibuat terhadap KERJAYA kotor itu dan bukannya tertumpu sangat kepada individu, ini perlu dilakukan oleh satu pihak agar kesedaran dan kehinaan dosa itu dapat dibangkitkan.Dalam masa yang sama, ada pula pihak pendakwah lain yang mencuba teknik berbeza iaitu dengan kaedah lembut dan memujuk. Namun untuk menyalahkan teknik kutukan secara umum adalah kurang tepat dari sudut ilmu dakwah.Saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau yang menyatakan:“Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah”Dalam hal ini, saya andaikan kemungkinan kenyataan beliau lahir dari kekeliruan tugasan motivator yang sentiasa inginkan clientnya bersikap positif, namun tugas pendakwah pula, perlu memaklumkan kepada ‘client’dengan jelas kesalahan sebagai kesalahan hukum yang mesti dihentikan serta merta.Justeru, di sini saya ingin tegaskan hukum kerjaya GRO adalah tetap haram, Alhamdulillah hal ini juga diakui oleh motivator terbabit dalam kenyataan yang disiarkan di dalam harian metro bertarikh 15 Disember 2010.APA ITU GRO DAN BIDANG KERJANYA?Kita sedar teknik dakwah adalah satu hal yang perlu diambil perhatian, kerjaya GRO atau Guest Relation Officer (GRO) mempunyai banyak takrifan dan bidang tugasan. Setelah melakukan beberapa semakan, kedapatan ada GRO yang mempunyai tugasan tertulis yang neutral dan benar-benar bersifat pentadbiran, Namun begitu, tugasan yang tidak tertulis itulah yang merumitkan, dimana ia kerap melewati tugasan tertulis kepada tugasan lain yang tidak sihat sama sekali. Iaitu melayan kehendak pelnaggan walau hingga di dalam bilik. Tema utama tugasan adalah ‘melayan pelanggan sehingga target bisnes tercapai’.Susasana di Malaysia perlu dirujuk sebelum komentar lanjut dikongsikan. Jika dilihat dari laporan-laporan akhbar yang boleh membentuk perspesi rakyat dan majority, kerjaya GRO digambarkan dan digunakan secara kerap kepada ‘kerjaya pelacur’ , sebagai contoh lihat sahaja petikan akhbar-akhbar ini dan ini. Tangkapan pelayan-pelayan ini ditanggap oleh awam sebagai ‘pelacur’ dan GRO adalah gelaran lembutnya.Selain itu, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau ( jika tiada salah catatan pihak wartawan) berikut :-a. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.”Ulasan saya : Suzie TIDAK BOLEH meneruskannya, tidak reda dalam pelakuan maksiat yang direlai tanpa paksaan ke atas nyawa dan harta adalah tidak diterima di dalam Islam.Malah tidak reda itu menghancurkan objektif (maqasid al-shariah) yang lebih tinggi iaitu kerana kerjaya itu bakal menghancur agama si pelaku, menyebabkan maruah dan kehormatannya hilang, menyebabkan tali keturunannya rosak, dan hartanya tidak diberkati.b. “Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu.”Ulasan saya : Ada perkara yang dibenarkan untuk berubah sedikit demi sedikit, selaras dengan ilmu. Namun kerjaya seperti ini tidak boleh digolongkan dalam perkara yang dibenarkan untuk beransur kerana pilihan lain adalah banyak, Cuma mungkin kurang pendapatan berbanding yang di hadapannya. Justeru, jangan silapfahami konsep tadarruj (beransur) yang diajar oleh Islam dan salah aplikasi.c. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan.”Ulasan saya : Jangan sewenangnya menggelar keadaan itu dharurat. Perlu diingat kaedah fiqhi yang menyebut, apa yang diharuskan kerana “dharurat mesti diikat dengan limitasinya”. Sejauh mana limitasi telah dipantau dan dipatuhi.? Dharurat juga perlu menilai timbangan kerosakan dan kebaikan yang terhasil, jika kerosakan lebih banyak, ia adalah maslahat yang tertolak.TAMBAHAN FAKTA YANG MESTI DIFAHAMIHasil dari itu, saya ingin menegaskan secara umum bahawa :-1. Yang haram mesti disebut haram dan seorang pendakwah mesti memaklumkan gesaan berhenti serta merta dan bukan memberi masa. Khususnya apabila kenyataan di buat secara awam di media massa yang boleh mengelirukan pembaca yang kurang ilmu agamanya.Imam Al-Ghazzali mendefinisikan taubat sebagai :ترك المعاصي في الحال، والعزم على تركها في الاستقبال، وتدارك ما سبق من التقصير في سابق الأحوال Ertinya : Meninggalkan maksiat dengan serta merta, dan berazam kukuh untuk meninggalkannya di masa hadapan, dan berusaha menebus dosa-dosa yang lalu. ( Ihya ‘Ulumiddin, 4/5)2. Kerjaya haram GRO juga boleh mengakibatkan hilangnya keberkatan dalam kehidupannya itu hanya menjauhkannya dari kesedaran dan bukan memberi harapan dan ruang untuk dia meneruskannya. Justeru tidak timbul cadangan ‘biarkan sehingga dia merasa bosan dan sedar’, atau memberinya masa untuk terus bergelumang dengan dosa.Nabi s.a.w bersabda :إن المؤمن إذا أذنب ذنباً كانت نكتة سوداءُ في قلبه ، فإذا تاب ، ونزع ، واستغفر صقل قلبه منها ، وإذا زاد زادت حتى يغلف قلبه ، فذلك الران الذي ذكره الله في كتابه ( كلا بل ران على قلوبهم ما كانوا يكسبون ) المطففين 14Ertinya : Sesungguhnya seorang mukmin itu, adalah apabila dia melakukan dosa, maka wujudlah satu titik hitam di hatinya, maka apabila dia taubat, hilanglah titik hitam itu dan licinlah hatinya semula, namun apabila ditambah dosanya, semakin tertutuplah hatinya, maka itulah karat yang disebut oleh Allah di dalam KitabNya ( Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibn Hibban & Al-Hakim; Hasan menurut Tirmidzi, Sohih menurut Ib Hibban; Al-Hakim menilai sohih dan dipersetujui Az-Zahabi atas syarat Muslim )3. Nabi mengajar umatnya agar jangan bertangguh dalam mengerjakan hal yang baik, khususnya taubat. Dalam hal ini kita sewajarnya menyeru suzie untuk segera bertaubat dan bukan memberinya masa seolah kerjayanya itu boleh diterima dengan hujjah inginkan perubahan dengan kesedaran dan bukan dipaksa.Fakta sebenar di dalam ilmu Islam, perkara haram dilarang kerana ia memudaratkan diri dan orang lain, ia mesti dihenti serta merta tanpa tangguh. Sebagai pemberi motivasi dan pendakwah, kita tidak boleh sama sekali kita berlagak kononnya ingin memahami kesukaran petugas GRO, menjaga hatinya lalu sewenangnya ‘memberi tangguh’ sedang Allah dan RasulNya tidak memberi tangguh dalam hal maksiat.Allah swt berfirman :-إنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماًErtinya : Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ( An-Nisa : 17)Imam Al-Ghazzali berkata :-أما وجوبها على الفور فلا يُسْتًرَابُ فيه ؛ إذ معرفة كون المعاصي مهلكاتٍ من نفس الإيمانErtinya : Wajibnya taubat itu adalah dengan segera tanpa sebarang keraguan dan tangguh, kerana sifat maksiat itu pemusnah iman seseorang ( Ihya ‘Ulumiddin, 4/7)Imam Ibn Qayyim pula mengulas:المبادرة إلى التوبة من الذنب فرض على الفور ، ولا يجوز تأخيرها ، فمتى أخرها عصى بالتأخير فإذا تاب من الذنب بقي عليه توبة أخرىErtinya : Bersegera bertaubat dari dosa adalah fardhu yang mesti dikerjakan dengan SEGERA, dan TIDAK HARUS dilewatkan, barangsiapa melewatkannya dia telah melakukan satu lagi kedurhakaankerana itu, jika kemudian dia bertaubat dari dosa itu, dia perlu tuabat pula kerana dosa melewatkan taubat awal tadi. (Madarij al-Salikin, 1/283 )Namun, jika setelah kita memberi nasihat, lalu pelaku maksiat dengan sendirinya ingin mengambil masa sebelum berubah, itu adalah isu lain, namun KITA TIDAK BOLEH memperuntukan tempoh tangguh tersebut.4. Tiada diterima alasan bahawa dia tidak mampu membuat kerja lain atau kita belum menyediakan tugasan alternative untuknya.Pertama: kerana selaku manusia yang sihat, dia sepatutnya bijak DAN BERTANGGUNGJAWAB PENUH menggunakan seluruh anggotanya yang cukup untuk belajar sesuatu yang berfaedah dan menggunakan skill tersebut untuk memperolehi pendapatan halal, bukan menjual tubuhnya untuk nafsu serakah manusia.Kedua ; kewujudan tugasan alternatif bukan syarat untuk berhenti dari melakukan dosa terbabit, kerana alternatif sebenarnya WAJIB DIFIKIRKAN OLEH SI PELAKU itu sendiri jika dia masih beragama Islam. Tanggungjawab menyediakan alternatif seterusnya jatuh pada ketua agama di sesebuah Negara. Pada hukum asalnya, itu bukan dibebani oleh pendakwah dan pemberi nasihat. Ketiadaannya jangan sekali menyekat pendakwah dari memberi nasihat dan teguran tepat walau pedas dan berbisa. Lihat sahaja Nabi Musa dan Harun menegur Firaun dengan terang dan jelas. Cuma nadanya sahaja yang lembut dan tenang serta petah, iaitu bukan dengan maki hamun.Imam Al-Ghazzali menyifatkan orang yang melakukan dosa TANPA TAUBAT dan BERHENTI tapi INGIN rahmat Allah dan DIMUDAHKAN kepada pendapatan, kehidupan yang bersih dan halal adalah seperti :وهو كمن ينفق جميع أمواله، ويترك نفسه وعياله فقراء، منتظراً من فضل الله تعالى أن يرزقه العثور على كنز في أرض خربة Ertinya : Orang sedemikian adalah seperti seorang yang membelanjakan semua hartanya, dan meninggalkan diri dan keluarganya dalam keadaan faqir, namun sentiasa menunggu kurniaan dari Allah untuk memberinya rezeki, menemui harta yang tersimpan di dataran yang kontang” ( Ihya Ulumiddin, 4/58)Beliau mengulas lagi selepas itu dengan berkata , penantian itu memang boleh dilakukan tetapi ia adalah suatu tahap kebodohan dan kejahilan yang tinggi ( Ihya Ulumiddin, 4/58)KESIMPULANIngatlah, jika sekiranya si pekerja GRO terus dalam pekerjaan kotornya atau mana-mana petugas dalam industri haram dan kelihatan mampu menyara hidup dengan baik hasil duit kotor itu, malah kelihatan lebih mewah dan ‘berjaya ‘dari mereka yang berpendapatan halal, ia secocok dengan kata Nabi s.a.w :-إذا رأيت الله يعطي العبد من الدنيا على معاصيه ما يحب فإنما هو استدراج ثم تلا: (فلما نسوا ما ذكروا به فتحنا عليهم أبواب كل شيء حتى إذا فرحوا بما أوتوا أخذناهم بغتة فإذا هم مبلسون)Ertinya : Apabila kamu lihat Allah memberi limphaan kurnia di dunia kepada hamabnya sedang segala maksiat disukainya (dan diperbuat), ketahuilah sesungguhnya itu istidraj iaitu kurniaan kepada penjahat untuk menghumbannya terus ke neraka tanpa peluang kembali ke pangkal jalan, kemudian Nabi membaca firman Allah : “ Dan tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, kami sengaja memberi kurniaan dunia dari pintu yang pelbagai, sehingga apabila mereka bergembira dengan yang diperolehi, kami akan RAMPAS DARINYA SECARA TIBA-TIBA, ketika itulah mereka berputus asa. Al-An’Am ayat 44. (Riwayat Ahmad & At-Tabrani : perawinya thiqat )Oleh itu, kita dibenarkan paksa dia berhenti dari GRO melalui nasihat, dan jangan membuka jalan dan gambaran ada ruang keharusan untuk dia terus bekerja di situ.Namun hulurkan bantuan dan kasih sayang memang diperlukan, antara tanda kasih sayang itu adalah dengan menasihatkannya agar terus berhenti dan pihak berwajib perlu menyediakan alternatif dengan segera.SekianZaharuddin Abd Rahmanwww.zaharuddin.net16 Disember 201010 Muharram 1432 H___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________KENYATAAN KEDUA15 Disember 2010KUALA LUMPUR: “Pekerjaan sebagai pelayan pelanggan (GRO) adalah salah, haram tetap haram,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, (gambar) ketika mengulas kenyataannya dalam Harian Metro terbitan Sabtu lalu.Menurutnya, masyarakat diminta tidak salah faham dengan kenyataan beliau yang disiarkan akhbar ini terdahulu, seolah-olah beliau mengatakan pekerjaan Suzie sebagai GRO adalah tidak salah.“Pekerjaan GRO itu memang haram dan tidak boleh dilakukan oleh kita sebagai umat Islam. Maksud saya di sini ialah, jangan hanya tahu memaksa Suzie berhenti, tetapi apa peranan kita (pembaca) untuk mencarikan pekerjaan lain kepadanya. “Jangan terus menghina dan mencaci wanita yang bekerja sebagai GRO sebaiknya kita mencari alternatif untuk membantu wanita seperti itu mendapatkan pekerjaan lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.Menurutnya, masyarakat perlu membantu golongan seperti itu keluar daripada kepompong dosa dengan membantu mereka mencarikan kerja yang berkat.Masyarakat tidak seharusnya tahu menghukum tetapi dalam masa yang sama perlu mencari alternatif terbaik untuk membantu.“Jangan menghina GRO. Mereka yang sudah menyesal dan sempat bertaubat kita cuba bantu mereka. Tidak baik menghina dan mencaci mereka. Jangan terus menghukum tetapi hulurkan tangan memberi bantuan dan kasih sayang,” katanya.Terdahulu, beliau menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie supaya bersama-sama menadah tangan mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.KENYATAAN PERTAMA11 Disember 2010KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu. “Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu hingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, sebaik mendapat pekerjaan lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu. “Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang berada dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan. “Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri.“Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita.“Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.“Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya,” katanya.
Oleh Aspan Alias
Kegagalan sesebuah negara untuk bertahan dengan kejayaannya selalunya adalah disebabkan kegagalan kepimpinan mengendalikan kejayaan yang telah dicapai. Itulah sebabnya kalau kita ikuti urutan sejarah yang lama dan yang baru kadangkala kita tidak percaya bagaimana sesebuah negara dan temaddun yang kuat dan gagah itu boleh jatuh dan lenyap ditelan zaman.
Punca kejatuhan sesebuah negara dan empire besar sebagai yang ditulis oleh sejarah adalah disebabkan kelemahan dalam menguruskan kejayaan itu dan kalau diteliti dengan halus ianya berpunca dari sifat kufur nikmat. Pimpinan dan negara yang telah mencapai kejayaan cemerlang selalunya tidak akan mengagak yang kejayaan mereka itu mungkin lebur kerana mereka sudah merasakan yang mereka sudah terlalu kuat dan tidak mungkin ada unsur-unsur yang akan menjatuhkan mereka. Tetapi sifat takbur itu memang selalunya diakhiri dengan kejatuhan dan kemusnahan. Ini adalah hakikat yang susah untuk diterima oleh mereka yang sedang diulitkan oleh kuasa yang besar. Lazimnya yang akan menjadi kufur nikmat itu adalah dari kepimpinan yang tidak mempunyai pengalaman untuk membina kejayaan dan pencapaian itu. Mereka hanya pewaris kejayaan yang telah dicapai oleh pimpinan sebelum mereka. Apabila mereka tidak mengalami penat lelah dan kepayahan untuk mencapai kejayaan itu, mereka akan mengendalikan kejayaan yang diwarisinya itu dengan rasa takbur dan ujub, maka apa yang akan menanti mereka hanyalah satu; iaitu kemusnahan kepada kegemilangan yang diwarisi mereka yang tak mungkin dapat dikembalikan jika kemusnahan itu datang bersama ombak penentangan yang begitu hebat.Saya merasakan proses itulah yang sedang kita lalui sekarang. Pimpinan sejak 3 dekad yang lalu telah begitu takbur dan kufur dengan nikmat yang telah diwarisi mereka dari kepimpinan sebelum itu. Tunku, Razak dan Hussein telah mencipta kejayaan dan kegemilangan pembangunan negara dengan premis pembangunan yang melingkupi semua asas keperluan pembangunan negara dan rakyat.Selepas sahaja tamat pimpinan Husein Onn, kejayaan yang telah dicapai melalui pembangunan express sehinggakan asas yang diwujudkan untuk pencapaian keharmonian kaum melaui ‘economic dan social engineering’ yang telah menempa kejayaan telah diubah kepada dasar ‘siapa cepat dia dapat’. Hasilnya salah satu dari kaum terbesar iaitu Bumiputra khususnya orang Melayu secara beransur-ansur ketinggalan dalam ‘glamour’ pembangunan yang pesat yang dibangga-banggakan itu.Semangat membina pembanynan melalui ‘economic dan social engineering’ itu diabaikan kerana yang ‘priority’ bagi pimpinan-pemimpin kita ialah hendak melihat bangunan yang tertinggi didunia, jambatan yang panjang-panjang, pusat pentadbiran yang terindah dalam dunia, tiang bendera yang tertinggi serta gong yang paling besar dalam dunia yang terletak diangkasapuri dan banyak projek-projek glamour yang lain.Kita mahu dipuji oleh dunia luar walaupun mengorbankan rakyat kita sendiri. Kita hendak jadikan semuanya menjadi elemen pujian dan kita merasa bangga dan angkuh apabila mendapat pujian itu. Tetapi rakyat Bumiputra hanya memandang dari jauh kejayaan pembangunan pesat negara. Semasa itu jugalah ‘Unit Penyertaan Bumiputra’ disetiap bank dan jabatan serta kementerian ‘unceremoniously’ ditutup kerana unit-unit itu yang menyemakkan usaha untuk melaksanakan pembangunan fisikal yang besar.Sekarang kita telah mendapat pembangunan fisikal yang pesat. Tetapi kita ingin bertanya satu soalan pokok; ‘at what cost?’Dalam ‘obsession’ kita hendak melihat pembanguna fisikal yang besar untuk ditontoni oleh pemimpin seluruh dunia kita telah membelanjakan wang rakyat seperti Petronas tanpa had dan tidak siapa yang boleh menyoalnya. Dalam kegilaan mahu membangunkan bangunan yang tinggi-tinggi secara ‘express’ kos pengendalian projek telah melonjak dengan begitu tinggi melalui rundingan terus dan kos pembangunan telah dimasukkan kos ‘kick backs’ yang jumlahnya begitu besar. Lanjutan dari budaya pembangunan yang baru ii maka terselitlah elemen rasuah yang kini sudah sampai ketahap yang tidak terkawal lagi. Kita sudah kufur kepada nikamat yang dianugerah Tuhan. Budaya ini membesar dan berkembang pesat. Tidak lama lagi akan dibangunkan pula bangunan setinggi 100 tingkat untuk menyaingi dan melawan bangunan berkembar PETRONAS yang suatu ketika dahulu merupakan bangunan tertinggi didunia.Kita adalah rakyat yang mempunyai kekayaan yang luar biasa anugerah dari Tuhan. Itulah sebab agaknya kita boleh membayar segala kerugian yang jumlahnya ratusan billion ringgit dengan mudah dan rakyat membenarkannya pula.Tetapi dengan jumlah pembaziran dan kebocoran wang yang begitu besar itu menyebabkan kerugian kepada rakyat yang marhin dibawah. Sejak kerajaan membawa pembangunan yang pesat dan cepat anak-anak kita tidak lagi mendapat biasiswa dan penajaan pelajaran dengan mudah lagi. Ibu bapa yang ingin melanjutkan pelaran anak-anak mereka yang cemerlang dalam pelajaran terpaksa naik turun pejabat kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang dulunya mengeluarkan biasiswa seperti meminta sedekah kepada wang ringgit pembayar cukai.Dalam pada itu pemimpin-pemimpin kita melaungkan kejayaan yang negara kita akan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Kenapa mereka tidak malu melaungkan itu semua? Jawapannya ialah mereka tidak tahu dan perihatin terhadap kesusahan ibu bapa dan penjaga anak-anak muda yang ingin melanjutkan pelajaran mereka.Lagi kuat laungan kejayaan lagi susah ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang tertentu. Pada hal jumlah keperluan untuk pembiayaan pelajaran anak-anak kita yang miskin bukannya banyak sangat. Jumlahnya adalah lebih kecil dari jumlah wang pembayar cukai yang dicuri oleh pemimpin melalui projek-projek raksaksa yang diberikan kepada kroni-kroni eksklusif yang hampir dengan orang yang berkuasa.Budaya material yang tidak terbatas ini telah meruntuhkan banyak institusi demokrasi seperti Badan Kehakiman, sistem perundangan, polis dan telah membina budaya rasuah yang pesat dikalangan pelaksana dasar, iaitu pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat awam dari yang tertinggi sehinggalah keperingkat bawahan.Gejala buruk ini mesti dihentikan, kerana ianya mungkin menjadi salah satu penyebab kehancuran kepada kejayaan dan pencapaian pemimpin-pemimpin terdahulu. Kalau tidak tahu membina kejayaan, setidak tidaknya jagalah kejayaan yang telah diwarisi dari pemimpin-pemimpin terdahulu.Selamat Tahun Baru dan kita berusahalah untuk membina ‘ambience’ politik yang baru bagi kita dan negara kita.
Oleh Aspan Alias
Kegagalan sesebuah negara untuk bertahan dengan kejayaannya selalunya adalah disebabkan kegagalan kepimpinan mengendalikan kejayaan yang telah dicapai. Itulah sebabnya kalau kita ikuti urutan sejarah yang lama dan yang baru kadangkala kita tidak percaya bagaimana sesebuah negara dan temaddun yang kuat dan gagah itu boleh jatuh dan lenyap ditelan zaman.
Punca kejatuhan sesebuah negara dan empire besar sebagai yang ditulis oleh sejarah adalah disebabkan kelemahan dalam menguruskan kejayaan itu dan kalau diteliti dengan halus ianya berpunca dari sifat kufur nikmat. Pimpinan dan negara yang telah mencapai kejayaan cemerlang selalunya tidak akan mengagak yang kejayaan mereka itu mungkin lebur kerana mereka sudah merasakan yang mereka sudah terlalu kuat dan tidak mungkin ada unsur-unsur yang akan menjatuhkan mereka. Tetapi sifat takbur itu memang selalunya diakhiri dengan kejatuhan dan kemusnahan. Ini adalah hakikat yang susah untuk diterima oleh mereka yang sedang diulitkan oleh kuasa yang besar. Lazimnya yang akan menjadi kufur nikmat itu adalah dari kepimpinan yang tidak mempunyai pengalaman untuk membina kejayaan dan pencapaian itu. Mereka hanya pewaris kejayaan yang telah dicapai oleh pimpinan sebelum mereka. Apabila mereka tidak mengalami penat lelah dan kepayahan untuk mencapai kejayaan itu, mereka akan mengendalikan kejayaan yang diwarisinya itu dengan rasa takbur dan ujub, maka apa yang akan menanti mereka hanyalah satu; iaitu kemusnahan kepada kegemilangan yang diwarisi mereka yang tak mungkin dapat dikembalikan jika kemusnahan itu datang bersama ombak penentangan yang begitu hebat.Saya merasakan proses itulah yang sedang kita lalui sekarang. Pimpinan sejak 3 dekad yang lalu telah begitu takbur dan kufur dengan nikmat yang telah diwarisi mereka dari kepimpinan sebelum itu. Tunku, Razak dan Hussein telah mencipta kejayaan dan kegemilangan pembangunan negara dengan premis pembangunan yang melingkupi semua asas keperluan pembangunan negara dan rakyat.Selepas sahaja tamat pimpinan Husein Onn, kejayaan yang telah dicapai melalui pembangunan express sehinggakan asas yang diwujudkan untuk pencapaian keharmonian kaum melaui ‘economic dan social engineering’ yang telah menempa kejayaan telah diubah kepada dasar ‘siapa cepat dia dapat’. Hasilnya salah satu dari kaum terbesar iaitu Bumiputra khususnya orang Melayu secara beransur-ansur ketinggalan dalam ‘glamour’ pembangunan yang pesat yang dibangga-banggakan itu.Semangat membina pembanynan melalui ‘economic dan social engineering’ itu diabaikan kerana yang ‘priority’ bagi pimpinan-pemimpin kita ialah hendak melihat bangunan yang tertinggi didunia, jambatan yang panjang-panjang, pusat pentadbiran yang terindah dalam dunia, tiang bendera yang tertinggi serta gong yang paling besar dalam dunia yang terletak diangkasapuri dan banyak projek-projek glamour yang lain.Kita mahu dipuji oleh dunia luar walaupun mengorbankan rakyat kita sendiri. Kita hendak jadikan semuanya menjadi elemen pujian dan kita merasa bangga dan angkuh apabila mendapat pujian itu. Tetapi rakyat Bumiputra hanya memandang dari jauh kejayaan pembangunan pesat negara. Semasa itu jugalah ‘Unit Penyertaan Bumiputra’ disetiap bank dan jabatan serta kementerian ‘unceremoniously’ ditutup kerana unit-unit itu yang menyemakkan usaha untuk melaksanakan pembangunan fisikal yang besar.Sekarang kita telah mendapat pembangunan fisikal yang pesat. Tetapi kita ingin bertanya satu soalan pokok; ‘at what cost?’Dalam ‘obsession’ kita hendak melihat pembanguna fisikal yang besar untuk ditontoni oleh pemimpin seluruh dunia kita telah membelanjakan wang rakyat seperti Petronas tanpa had dan tidak siapa yang boleh menyoalnya. Dalam kegilaan mahu membangunkan bangunan yang tinggi-tinggi secara ‘express’ kos pengendalian projek telah melonjak dengan begitu tinggi melalui rundingan terus dan kos pembangunan telah dimasukkan kos ‘kick backs’ yang jumlahnya begitu besar. Lanjutan dari budaya pembangunan yang baru ii maka terselitlah elemen rasuah yang kini sudah sampai ketahap yang tidak terkawal lagi. Kita sudah kufur kepada nikamat yang dianugerah Tuhan. Budaya ini membesar dan berkembang pesat. Tidak lama lagi akan dibangunkan pula bangunan setinggi 100 tingkat untuk menyaingi dan melawan bangunan berkembar PETRONAS yang suatu ketika dahulu merupakan bangunan tertinggi didunia.Kita adalah rakyat yang mempunyai kekayaan yang luar biasa anugerah dari Tuhan. Itulah sebab agaknya kita boleh membayar segala kerugian yang jumlahnya ratusan billion ringgit dengan mudah dan rakyat membenarkannya pula.Tetapi dengan jumlah pembaziran dan kebocoran wang yang begitu besar itu menyebabkan kerugian kepada rakyat yang marhin dibawah. Sejak kerajaan membawa pembangunan yang pesat dan cepat anak-anak kita tidak lagi mendapat biasiswa dan penajaan pelajaran dengan mudah lagi. Ibu bapa yang ingin melanjutkan pelaran anak-anak mereka yang cemerlang dalam pelajaran terpaksa naik turun pejabat kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang dulunya mengeluarkan biasiswa seperti meminta sedekah kepada wang ringgit pembayar cukai.Dalam pada itu pemimpin-pemimpin kita melaungkan kejayaan yang negara kita akan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Kenapa mereka tidak malu melaungkan itu semua? Jawapannya ialah mereka tidak tahu dan perihatin terhadap kesusahan ibu bapa dan penjaga anak-anak muda yang ingin melanjutkan pelajaran mereka.Lagi kuat laungan kejayaan lagi susah ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang tertentu. Pada hal jumlah keperluan untuk pembiayaan pelajaran anak-anak kita yang miskin bukannya banyak sangat. Jumlahnya adalah lebih kecil dari jumlah wang pembayar cukai yang dicuri oleh pemimpin melalui projek-projek raksaksa yang diberikan kepada kroni-kroni eksklusif yang hampir dengan orang yang berkuasa.Budaya material yang tidak terbatas ini telah meruntuhkan banyak institusi demokrasi seperti Badan Kehakiman, sistem perundangan, polis dan telah membina budaya rasuah yang pesat dikalangan pelaksana dasar, iaitu pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat awam dari yang tertinggi sehinggalah keperingkat bawahan.Gejala buruk ini mesti dihentikan, kerana ianya mungkin menjadi salah satu penyebab kehancuran kepada kejayaan dan pencapaian pemimpin-pemimpin terdahulu. Kalau tidak tahu membina kejayaan, setidak tidaknya jagalah kejayaan yang telah diwarisi dari pemimpin-pemimpin terdahulu.Selamat Tahun Baru dan kita berusahalah untuk membina ‘ambience’ politik yang baru bagi kita dan negara kita.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAENTERPEDAYA... ramai wanita ditipu kasanova cap ayam dengan menyerahkan wang.

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
KUALA LUMPUR: Dia ‘mengayat’ wanita yang tidak mempunyai rupa paras menarik dan mengikis duit mereka sebelum menggunakan wang itu untuk memikat dan menaja gadis cun hingga ramai terperangkap dengan jerat cinta palsunya.Begitulah taktik licik seorang kasanova ‘cap ayam’ yang tidak mempunyai kelebihan daripada segi paras rupa dan bentuk tubuh, tetapi bijak bersandiwara dan meraih simpati untuk mencari mangsa. Tembelang kasanova itu didedahkan seorang wanita yang pernah terperangkap dengan ‘cinta palsu’ dijanjikan lelaki terbabit. Mahu dikenali sebagai Farah, 31, dia mengakui sudah ‘berhabis’ kira-kira RM20,000 untuk kasanova berusia 30-an itu.
“Dia tidaklah hensem, gemuk pula, tetapi ayat cinta yang diluahkan membuatkan saya ‘cair’. Pada masa sama dia mengaku kononnya menghidap penyakit kanser, membuatkan saya bersimpati kepadanya.
“Satu ketika, saya sanggup meminjam daripada bank sebanyak RM20,000 untuk diserahkan kepadanya selepas dia meminta wang itu untuk merawat penyakitnya. “Dia kata dia sudah tenat dan perlukan wang dengan segera untuk berubat,” katanya ketika ditemui Metro Ahad. Menurut Farah, selepas meminjamkan wang itu, lelaki terbabit sering mengelak untuk bertemu dan menjauhkan diri. “Sejak itu saya syak ada sesuatu yang tidak kena. Saya buat siasatan sendiri, termasuk daripada ahli keluarganya, dan terbongkarlah tembelangnya. Rupa-rupanya dia kasanova yang mencari wang dengan menipu orang lain. “Dia tipu wang wanita yang tak cun dan menggunakan wang itu sebagai modal untuk mencari cinta di kalangan wanita cun. “Wanita cun ditaja habis-habisan... dibawa bercuti dan dibelikan pelbagai barangan berjenama,” katanya yang enggan membuat laporan polis kerana malu diperdaya lelaki terbabit. Farah yang berkenalan dengan lelaki itu menerusi laman sembang mengakui berjaya mengesan lapan lagi mangsa penipuan kasanova terbabit. “Selain laman sembang, dia menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Hifi untuk mencari mangsa. “Dia juga menipu pekerjaan dilakukan, kononnya termasuk dalam golongan profesional seperti doktor dan peguam. Walhal, dia tidak bekerja dan hanya mencari wang dengan menipu wanita,” katanya yang mengenali kasanova itu sejak awal tahun lalu. Beberapa mangsa lain yang ditemui Farah mengakui kasanova terbabit menggunakan pelbagai nama, antaranya Carl Iskandar, dan turut menggunakan taktik sama. Malah lebih menyedihkan, ada yang sampai ke tahap menyerahkan kehormatan kepada lelaki itu. “Yang cun dijanjikan cinta... janji hendak berkahwin sehingga ada yang tergadai ‘body’. Mujur saya tidak sampai ke tahap itu. “Dia hanya memeras habis-habisan wang saya untuk kepentingan dirinya,” katanya. Farah mengakui mengenali lelaki itu adalah kesilapan paling besar pernah dilakukannya. “Saya bukan mahu mendedahkan aib orang, tetapi ini pengajaran untuk wanita lain di luar sana. Jangan terlalu mudah mempercayai lelaki yang dikenali menerusi Internet. “Jangan percaya dengan lelaki yang kita tidak tahu latar belakangnya. Walaupun dia melutut menagih simpati, biarkan saja kerana saya sudah merasa peritnya ditipu apabila terpaksa ‘mengikat perut’ membayar balik pinjaman yang dibuat, malah masa saya juga banyak terbuang melayan kerenahnya,” katanya. Farah turut yakin, sehingga hari ini lelaki itu masih bergiat aktif menipu wanita di laman web sosial. “Ada ahli keluarganya beritahu dia sentiasa ada wang. Bagaimana ada wang jika tidak bekerja?” katanya.