oleh tinta hijau
Apa rasa bertuhankan yang Esa
kenali diri iaitu rasa
Tiada dijual ia
Di mana ada?
Mana mahu cari
Usah dicari di luar diri
Rasa tenang tidak boleh dibeli
dengan melancong ke luar negeri
ilmu tentang rasa semua insan ada
Mudah sahaja, tiada pun belanja
Hanya yang ingin merasa pasti jumpa
Cuba rasakan bahawa dirimu berdosa, tak berdaya
Timbulkan rasa banyaknya dosa terjadi dalam sedar dan leka
Tiadalah daya dan upaya
hanyalah ehsan kasih sayangNya jua
hidup mati kuserahkan segalanya padaMu jua
Kupohonkan ehsanmu agar diriku dilimpahii rasa cinta
Masukkalah dalam dirimu yang sebenar diri
rasakan ketidakberadaan diri
fakir, yatim piatu rasa diri
nafikankan diri
Timbulkan rasa yang empunya kuasa
Agung, perkasa penuh cinta
inilah rasa indah
rasa luar biasa
terbitlah cahaya
Bahawa aku tiada apa-apa
dialah segala-galanya
siapalah aku
hanyalah bentuk tanah liat, kaku
Inilah puncak rasa bahagia
Rahman dan rahimNya tiba
buat insan rasa binasa
Karam dalam cinta
rasa bukan rasa-rasa
rasa bukan mengada-ngada
rasa bukan apa-apa
rasa bukan dusta
api rasa membakar
air rasa membasahi
panas rasa membahang
sejuk rasa dingin
rasa cinta luarbiasa
tiada bentuk juga warna
hakikat rasa cuma ada
terpancar dengan anugerahnya jua
rasa bukan milik para ulamak semata-mata
dapat hanya dengan ikhlasnya jua
hasil mujahadah sabar, syukur dan redha
inilah pegangannya rasa hamba
hakikat cinta yang tiada bandingannya
rasa manis pelbagai rasa
manis madu, susu dan gula
hanya yang merasa
tahu nikmatnya
Carilah rasa dalam diri
rasalah sendiri
No comments:
Post a Comment