Wednesday, October 26

RAKYAT TERMISKIN ENTAH KEMANA, PENYOKONG UMNO-BN BOLOT PROJEK BANTUAN RUMAH

 

 
Projek yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah):

1 Lokasi rumah di Mukim Tebak, Kemaman & Bukit Besi, Dungun tidak sesuai.

2 Sebanyak 327 daripada 341 penerima rumah PBR tiada dalam senarai e-kasih.

3 Sebanyak 22 daripada 251 peserta layak terima bantuan tapi hanya seorang yang terima, baki 21 peserta terdiri daripada 6 miskin tegar dan 15 peserta tidak dapat bantuan tetapi 3 peserta yang tidak layak masih dapat bantuan. 

4 Sebanyak 73 penerima rumah baru dan 37 penerima baik pulih rumah di Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu sebenarnya tidak layak kerana berkemampuan.

5 Sebanyak 83 unit rumah dibina tidak ikut spesifikasi.

6 Pembinaan 73 lagi unit rumah juga tidak ikut spesifikasi, tingkap diganti dengan bata bunga, bumbung asbestos free diganti dengan asbestos.

No comments:

Post a Comment