Wednesday, October 26

TAKTIK MEMBAHAM: HARGA TEROPONG 2805 PERATUS LEBIH TINGGI DARI HARGA PASARAN

 

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang 'binokular marin' atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940.  Audit juga mendapati JTLM gagal mematuhi arahan Perbendaharaan 169 mewajibkan pegawai yang menguruskan perolehan mestilah membuat kajian pasaran.

Ia bertujuan memastikan perolehan yang dibuat adalah yang paling menguntungkan kerajaan dengan mengambil kira aspek kualiti, harga, kegunaan, kos penyenggeraan dan faktor lain yang berkaitan.

Taman Laut Malaysia ditubuhkan pada 1983 di bawah Jabatan Perikanan Malaysia tetapi mulai Julai 2007, Taman Laut Malaysia telah diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar dan di kenali sebagai Jabatan Taman Laut Malaysia.

Semakan Audit mendapati tiada bukti JTLM membuat kajian pasaran sewajarnya. JTLM juga didapati mempunyai anggaran harga jabatan yang tidak dikenal pasti asas perkiraannya.  Analisis Audit mendapati perbezaan ketara antara 177 peratus hingga 2,805 peratus terhadap kadar harga yang ditetapkan dalam kontrak berbanding anggaran harga pasaran. 

Mengikut perkiraan Audit, perbezaan harga berjumlah RM172,501 sepatutnya boleh dijimatkan dalam menguruskan perolehan ini. 

No comments:

Post a Comment