Wednesday, October 26

Sirah Rasulullah Sumber Strategi Politik Yang Terunggul

:Tulisan ini bertujuan mengupas pelbagai aspek penting berkisar berkenaan siasah (politik), strategi peperangan (ilmu Al maghazi), kepakaran pengurusan massa rasulullah serta beberapa kelebihan lain yang sememangnya setiap muslim terasa kepentingnnya.
Peranan orientalisme pasca kolonialisme terhadap dunia Islam berjaya memberi gambaran salah kepada kita mengenai kepentingan sirah Rasulullah. Sirah hanya dibaca mengikut gaya penulisan histories, gaya pengangungan tokoh utama muslim tanpa melihat nilai rentak persejarahan Rasulullah SAW yang bermula sejak penciptaan Adam a.s sehingga umat terakhir ini. Kesemua ini bertujuan untuk menghiasi persejarahan baginda Rasul semata-mata.
Gejala penulisan orientalisme barat ini semakin buruk apabila bukan sekadar gaya penulisan passimis yang dihidangkan, namun penyelewengan fakta turut diberikan. Sebagai contohnya tulisan W.N Weech dalam bukunya History Of World atau terjemahannya Sejarah Dunia (pernah menjadi teks sekolah di Malaysia dan diharamkan pada 1984) menyatakan
‘ selepas baginda mendapati dirinya semakin tidak popular dan dalam 622 Masihi beliau lari ke Madina’ (Sejarah Dunia Jilid 1 m/s 365)
Ini jelas kesalahan penggunaan perkataan tertentu boleh megubah persepsi dan nilai emosi pembaca. Pembacaan tulisan sebegini akhirnya mencabut sedikit demi sedikit roh kehebatan nubuwwah Rasulullah.
Pemahaman dangkal mengenai kehidupan Rasul yang dikatakan hanya sebagai individu zuhud yang mengenepikan perihal dunia, seorang yang berbaju koyak, tidur tidak bertempat serta miskin menyebabkan terlalu banyak pengertian yang sewajarnya tidak dapat kita perolehi. Kita perlu melihat kebijaksanaan perecanaan massa di Mekah (berhubung dengan perinsip) serta di Madinah berkisar pemerintahan. Kebijaksanaan ini lebih terserlah apabila baginda ‘terbuka’ dala menerima gagasan atau idea baru daripada sahabat ajam (bukan arab) yang berasal daripada ketamadunan Rom, Parsi dan Habsyah (Ethopia)
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat”. (surah Al ahzab :21)
Perlu diingatkan bahawa persejarahan berorientasikan politik bijak rasulullah adalah bermula sejak baginda dilahirkan. Percaturan yang ditentukan ini empengaruhi pemikira, akhlak dan minda Rasulullah tanpa menafikan peranan wahyu.
2 Konsep kerahsiaan dalam pelaksanaan siasah awal (1).
Rahsia tanzim, rahsia dakwah- 3 tahun- (sosialisasi pengasas)
Dalam fasa awal penerimaan wahyu Rasulullah menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan. Baginda agak terkejut namun masih ingin megetahui mengenai Jibrail, maka Baginda berulang-ulang ke Gua Hira’. Tetapi selepas 40 hari (2) (ini mengikut kata Ibnu Abbas, walaupun ada yang mengatakan 15 hari dan ada yang 2 atau 3 tahun), barulah Jibrail menampakkan dirinya menyebabkan Baginda terkejut dan demam berselimut. Maka turunlah ayat Al Mudhatthir:1-3. Kemudian turun pula ayat As Syura’ : 214 yang menggesa dakwah kepada kaum kerabat terhampir. Dalam tempoh 3 tahun ini, Baginda mengalami proses sosialisasi terhadap wahyu yang berat, ayat yang berat (qaulan saqila) serta tanggungjawab penggerak social dan dakwah yang besar.
Rahsia tanzim, jahar dakwah- 7 tahun- (pengkolonian dan sosialisasi kader)
Menurut Ibnu Ishak, selepas penurunan ayat kersulan dan ayat peringatan, maka Baginda diberi wahyu berkenan dakwah secara jelas (jahar) iaitu ayat Surah Al Hijr : 94. Selepas tempoh inilah Baginda mula memunculkan diri di sebuah bukit serta memeperkenalkan kerasulan Baginda.
Selepas iitu Baginda memulakan dakwah secara pemilihan (selected recruitment) yang bersifat kaderisasi. Individu yang ikhlas, berhati lembut, berpengaruh serta mewakili segment (bahagian) kaum tertentu dijadikan sasaran seperti
  • Bani Hasyim ; Ali Ibnu Talib, Khadijah Khuwailid
  • Bani Umayyah ; Usman Al A’ffan, Abu Ahmah bin Jahish
  • Bani Makhzum ; Abu salmah Bin Abd Asad, Amar bin Yasir, Al Arqam bin Abi Arqam
  • Bani Tamim ; Abu Bakar As Siddiq,Talhah Bin Ubaidillah, Bilal Ar Rabah
  • Bani A’di ; said bin Zaid, fatimah Al Khattab, naim bin Abdullah
  • Bani Zahrah ; Saad Bin Abu Waqqas, Abd Rahman Al Auf, Abdullah Bin Masu’d
  • Bani Asad Zubair Bin Awwam
  • Serta ramai daripada kabilah lain dan beberapa orang ajam.
Dalam fasa ini Baginda menyusun individu ‘Qaidah Sulbah’ berdasarkan ‘marhalah Infitah’ (pembentukan individu terpilih).
Jahar tanzim, jahar dakwah – 3 tahun
Disini, Rasulullah mula mencari ruang baru (niche) serta peluang lain untuk melebrkan dakwah. Fasa ini bermula selepas kematian Abi Talib dan Saidatina Khadijah serta tahun dimana dakwah Baginda ditentang bulat-bulat di Taif (tahun kesedihan). Rasulullah mula menjaja manifesto mulia yang ingin membebaskan perhambaan minda manusia. Sepanjang 3 tahun ini, Baginda mencari ketua-ketua kabilah luar Mekah setiap bulan Haji. Walaubagaimanapun perlu diingat, kejayaan pecarian ini juga dibantu oleh keterangan mengenai nubuwwah Baginda dalam kitab-kitab terdahulu.
Fasa penerokaan
Tempoh ini merupakan pintu permulaan gerbang kemunculan tanah dan rakyat yang menerima Islam dan kerasulan Baginda. Tanah, rakyat dan agama adalah suatu yang terikat secara signifikan dan erat. Lihatlah, bagaimana Baginda langsung tidak gopoh membina daulah Islam sebalikny mencari peluang serta menerapkan kefahaman secara berdikit.
3 Penggunaan elemen Tahalluf Siasiy (3)
Tahalluf adalah bermaksud persefahaman. Ianya bukan sekadar kepada non-muslim, tetapi terhadap sesiapa sahaja yang boleh memberi maslahah kepada kerajaan IIslam. Rasulullah menggunakan sentiment ‘Himayah’(5) atau ‘Haqq Al Jiwar’ iaitu perlindungan kekeluargaan untuk mendapat pertolongan daripada masyarakat Quraisy. Sebagai contoh sewaktu baginda dipulau, Baginda dan umat Islam dilindungi oleh Bani Hashim dan Bani Mutalib atas sebab musabab keluarga.
Rasulullah pernah meminta perlindungan bangsawan Quraisy sewaktu balik dari taif. Rasulullah pernah meminta Abdullah Bin Uraiqat (non-muslim) untuk membawa ke jalan yang jauh sewaktu berhijrah dengan Saidina Abu Bakar. Baginda pernah mengiktiraf perjanjian halful Fudul iaitu perjanjian Quraisy yang membela lelaki kabilah Zubaid yang dizalimi oleh Aas Bin Wa’il. Dan beberapa kali baginda mengadakan gencatan senjata (hadanah) sewaktu cuaca dan musim yang kurang sesuai. Istia’nah (pertolongan) pula pernah diberi kepada golongan harbi Mekah sewaktu kemarau panjang dimana Rsulullah menghantar kurma yang banyak ke sana.
4) Siasah Nafas Panjang.
Siasah nafas panjang bermaksud proses percaturan politik bijak untuk kegunaan masa hadapan. Kelihatannya Rasulullah menggunakan kaedah ‘envision’ dan ‘positioning prediction’ dalam menentukan beberapa langkah untuk maslahah masa hadapan.
Contohnya dalam perjanjian Hudhaibiyyah, Suhail Ibn ‘Amr membantah apabila perkataan Muhammad ‘Rasulullah” ditulis. Sememangnya mereka sebenarnya tidak mengakui kerasulannya. Apabila Saidina Ali KW cuba untuk berkeras maka Baginda Rasul sendiri yang memadamkan tulisan tersebut yang boleh menggagalkan rancangan masadepan untuk menawan Mekah. Malahan, pada pandangan Rasulullah Suhail masih belum memeluk Islam.
Contoh lagi boleh dilihat bagaimana Rasulullah merahsiakan pengislaman Najasyi raja Habshah demi mengekalkan kuasa beliau serta memudahkan beliau memberi suaka politik kepada pelarian Islam Mekah. Hal yang sama dilihat semasa peperangan Ahzab, dimana budak Yahudi yang memeluk Islam dirahsiakan imannya demi tugasan pengintipan yang lain.
Rasulullah juga meminta tawanan perang Mekah untuk mengajar menulis dan membaca kanak-kanak Islam Madinah. Baginda juga tidak menuntut tawanan perang Islam yang ditawan di Mekah demi menggalakkan dakwah dan ajaran Islam disebarkan di sana oleh sahabat yang tertangkap.
5) Penggunaan konsep Qaumiyyah dengan bijak.
Kebijakan politik Baginda semakin ketara apabila Baginda sering memanipulasikan sentiment dan sifat kebangsaan atau qaumiyyah atau pun wataniyyah (perlu rujuk pelbagai kitab sirah untuk penilaian) serta kesukuan sebagai punca kesatuan arab di sekeliling Baginda. Namun ini tidak bermakna Baginda menyeru kepada semangat kebangsaan secara melulu. Perkara ‘thabat’ (pillar) dalam dakwah Nabi adalah kesatuan aqidah dan sikap kehambaan yang tidak mengira ras masyarakat. Sebagai contoh, baginda mengislamkan ketua atau individu berpengaruh daripada beberapa suku di Mekah. Begitu juga Baginda cuba berdakwah kepada ketua Aus dan Khazraj (kuam dominant di Yathrib). Baginda bertahaluf pula dengan ketua Bani adhir, Qainuqa’, Quraizhah serta beberapa ketua ajam seperti ketua bangsa Parsi dan Rom untuk megusai rakyatnya. Perlu diingat, semasa baginda mengutamakan ketua Quraisy untuk diberi penerangan berbanding Abdullah Makhtum yang buta, Allah menegurnya. Dalil ini menjadi hujah timbal balik bagi kita.
6) Penjanaan idea dalam konsep Syura’.
Pada zaman Rasulullah, kita melihat bagaimana terlalu kuat sikap assobiyyah dan qaumiyyah sehingga menafikan idea luar masuk ke dalam sistem kehidupan arab. Namun hal ini mungkin berlainan pula apabila Amru Bin Luhai sewaktu membawa patung Hubal daripada Parsi untuk disembah disekitar kaabah sebelum kelahiran Rasulullah. Mereka rigid dan jumud dalam perubahan. Mereka hanya berpegang kepada apa yang ad di hadapan mereka. Tetapi Rasulullah telah mengubah persepsi ini apabila banyak menerima idea luar serta banyak membuat hubungan politik dengan pemimpin laur demi mendapat cetusan baru (strategic alliance ).
Konsep syura Rasulullah juga kelihatan amat terbuka (asas pelaksanaan demokrasi) dimana Abdullah Bin Ubai juga menjadi salah seorang yang pernah terlibat dengan syura Nabi.
(Surah Ali Imran ;159). Hari ini syura kelihatan seperti mu’limah iaitu sekadar mendapat pengetahuan da penjelasan daripada ahli fakir (penasihat pemerintah) dan bukannya mulzimah iaitu suatu yang lazim seperti sunnah Rasulullah. Sangat malang sekali sehingga ada ulama’ yang menyokong gagasan mu’limah ini sedari dahulu. Pewarisan system monarki (diterbit semula oleh generasi Muawwiyah) telah meruntuh sistem syura ala-Nabi (mulzimah) yang terbuka dan terdiri dripada yang layak bukan pengampu. Baginda ,walaupun telah mengetahui natijah Sesuatu keputusan tetap meraikan pendapat sahabatnya yang lain. Apabila dipujuk semula oleh sahabat untuk manarik kembali keputusan, baginda menyatakan keputusan adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan dan dilazimi. Inilah prinsip para Rasul.
7) Manifesto Politik(2).
Bermula fasa 3 tahun terakhir Baginda di Mekah, Rasulullah mengorak langkah menyediakan janji setia, akujanji, manifesto atau kelebihan yang akan diperolehi dengan kepatuhan yang diberikan. Manifesto pertama adalah baiah Aqabah pertama. Akan tetapi janji manis manifesto ini hanyalah janji ketenangan, peningkatan daripada bangsa jumud kepada bangsa bertamadun serta maju.
Manifesto kedua mempunyai elemen ‘give and take’ yang lebih jelas. Isinya berbunyi begini;
  • Berjanji setia sibuk atau lapang untuk taat.
  • Berinfaq sama ada susah atau senang.
  • Menegak ma’ruf dan menghapus mungkar.
  • Tegak membela kebenaran Allah tanpa takut celaan orang.( Al Maidah :54)
  • Membela Rasulullah seperti mana pembelaan kepada isteri serta anak sendiri.
Sebagai balasan, Rasulullah mengatakan bahawa ‘Darah kalian darahku, negeri kalian, negeriku,aku dari kalian dan kalian dari aku(pengiktirafan umat Muhammad SAW), musuh kalian musuhku,orang berdamai dengan kalian, aku turut berdamai’ (Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisham)
8) Keselamatan dan langkah berjaga-jaga.(4)
Keselamatan melibatkan sikap sahabat Rasulullah menjadi lebih hazar (berhati-hati) Konsep ini turut disertakan dengan penerapan nilai sirr iaitu kerahsiaan. Keselematan melibatkan, pertamanya selamat daripada serangan musuh, dan keduanya keselamatan sekiranya kita yang memulakan serangan (ofensif). Penerapan Rasulullah ialah;
  • Susunan perancangan, masa, tempat da individu serta jumlah tenaga dengan tepat.
  • Ketahanan yang mendalam (latihan dan keilmuan mengenai strategi) serta penyediaan tenaga simpanan.
  • Pengetahuan berterusan mengenai pergerakan, kekuatan dan kelemahan musuh (mencerap positioning, SWOT musuh)
  • Mengekalkan kerahsiaan setiap strategi, operasi, taktik serta kekuatan persenjataan (‘tool’ gerakan dirahsiakan).
Rasulullah menjaga keselamatan Madinah dengan mengadakan beberapa siri rondaan sebagai prevention, preparation, cegah lintang, pengumpulan maklumat kekuatan dan kedudukan musuh melalui rondaan berkala secara kerap. Rondaan tanpa diketuai baginda disebut ‘sariyyah’ manakala sekiranya diketuai oleh baginda disebut ‘Ghuzwah’.
Contohnya;
  • 9 operasi sebelum Badar.
  • 7 operasi selepas Badar (antaranya membalas pengkhianatan bani Qainuqa’).
  • 9 operasi selepas Uhud (mengukuhkan kemenangan tipis di Uhud)
  • Beberapa sariyyah dan langkah berkawal (hirrosoh) selepas peristiwa pembunuhan sahabat 10 orang dan 70 orang (yang dihantar berdakwah)
  • 18 operasi selepas ahzab
Rasulullah mencegah subversive melalui pemantauan pasukan pengintip. Antaranya Rasulullah pernah menghantar seorang budak yahudi dalam tentera ahzab untuk memecah belahkan mereka daripada dalam. Kita melihat bagaimana Malaysia pernah menghantar beberapa misi tentera yang memasuki pengkaderan Komunis di selatan Thai untuk menjadi ahli disamping mensabotaj pertahanan dan memecahbelahkan ahli Komunis yang mula kehilangan semangat.
Pasukan rondaan Rasulullah kecil bilangannya dan bertujuan hanya untuk mendapat maklumat. Mereka dilarag keras terlibat dengan peperangan. Terjadi kes dimana sahabat menumpahkan darah semasa pengintipan di bulan haram, dan Rasulullah menolak penerimaan ghanimah. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, pihak Berikat (terutamanya British) telah menyusun gerakan Force 136 yang berpusat dan berlatihan di Colombo. Antara yang terlibat dalam beberapa siri penghantaran melalui kapal selam dan kapal terbang ialah James Dobree. Tugas Force ini hanyalah mengumpul maklumat kekuatan Jepun, tempat stategik, mencula sokongan rakyat Tanah Melayu kepada Jepun serta menipu Jepun. Subversif ringan dijalankan juga. Mereka turut dilarang menumpahkan darah serta menumpahkan darah. Inilah tugasan pengintipan. Antara tugasan lain adalah;
  • Mendapat maklumat perencanaan musuh.
  • Mendapat maklumat persiapan dan kelengkapan.
  • Mengkaji geografi samaada kawasan sesuai untuk pergerakan(menourve) atau penyebaran(deploying) kekuatan.
  • Menguasai sungai, telaga, wadi serta lembah yang mengelakkan bencana seperti rebut pasir dll.
  • Menilai sikap penduduk sekitar Mekah mengenai ramalan kemenangan serta sokongan.
Rasulullah juga pernah menggunakan nama panggilan lain seperti ‘Ya Mansur amit’ semasa peperangan Khaibar. Baginda pernh merahsiakan destinasi peperangan Tabuk serta tarikh sebenar penyerangan. Semasa Fathul Makkah, Rasulullah sengaja memperagakan kehebatan ketumbukan berkuda dan soldadu berperisai di perbatasan agar dilihat oleh Abu sufyan. Ketakutan merupakan kaedah peperangan mental (ghuzwah Al fikri). Hal ini pernah berlaku apabila Tentera pesawat tempur Amerika Syarikat selesai operasi di Manila, mereka sengaja melempar beberapa butir bom di Singapura sebagai mempamerkan pesawat terkini mereka. Begitu juga sikap British yang mempamerkan pesawat khas mereka yang boleh pergi dan balik dari India ke Tanah Melayu dengan sekali isian minyak tanpa henti (sekitar 1944).
Untuk menjamin lagi keselamatan, baginda menjalinkan hubungan baik dengan Gabenor A’ila, ketua-ketua di Jarha, Adhruh, Sham serta Yaman untuk mengelakkan serangan negeri jiran. Sikap berbaik-baik amatlah penting sebelum penjanaan kekuatan tentera Madinah. Kita boleh melihat bagaimana Amerika Syarikat ingin memperguna tenaga Mujahidin untuk meruntuhkan kuasa hegemoni saingannya iaitu Soviet Union. Amerika (Presiden Arnold Reagen) juga pernah memujuk Gulbuddin Hekmatyar dan Mujaddadi Jailani (tokoh boneka Mujahidin tajaan Anwar Sadat) untuk menerima bantuan persenjataan mereka. Hal ini kerana Amerika sendiri belum mampu menangani Soviet. Jalinan Rasulullah disamping membawa agenda dakwah, turut membawa agenda siasah nafas panjang.
9) Kepimpinan yang membawa kejayaan politik Rasulullah.(4)
Asas kerja kolaboratif (amal jamai’e) adalah berasal daripada kesatuan arahan. Kesatuan arahan ini berasal pula daripada kepimpinan pemimpin yang gemilang. Tidak dapat tidak komunikasi gemilang pemimpin, sikap erat dengan pengikut adalah amat penting. Rasulullah semestinya bersifat demikian. Sebagai perkaitan arahan dan kepimpinan, kita melihat pula perinsip British Field Service Regulation iaitu
‘ Adalah hanya dengan kerjasama yang bwerkesan yang memungkinkn bahagian-bahagian dari satu pasukan atau Negara membina dan menggunakan kekuatan yang mereka miliki sepenuhnya. Untuk membolehkan kerjasama (wahdatul amal) berkesan, setiap bahagian perlu mengetahui kelemahan bahagian yang lain serta memperbaiki dengan memberi pengetahuan tau cadangan mereka. Kerjasama ini bermula daripada perancangan politik dan strategic yang tertinggi sehinggalah kepada unit-unit dan sub-sub angkatan tentera yang kecil’.
Disini kita melihat kepimpinan yang paling atas memerlukan minda yang kritis, strategic, futuristic serta tabah.
Kecekalan Baginda
Rasulullah sebagai tonggak tertinggi gerakan Islam mempunyai hati yang paling cekal. Runtuh jiwa baginda akan meruntuhkan semangat dan jiwa sahabat. Sebagai contoh di dalam peperangan Uhud, dimana Baginda di war-warkan telah dibunuh menyebabkan ramai sahabat hilang daya juang. Walaupun ramai sahabat Baginda yang hebat dan kuat, mereka akhirnya berjiwa kecil dan hilang daya juang apabila diporak perandakan dalm peperangan Hunain sehingga menyebabkan Rasulullah bersendirian di tengah medan tanpa pengawal.
Penguasaan diri
Baginda dapat menguasai diri daripada membalas dendam. Sebagai contoh, baginda yang menundukkan kuasa dengan membuat polisi adil dengan ahlul kitab yahudi , tidak melulu membalas dendam terhadap pengkhianatan Bani Qainuqa’ (peperangan Badar), Bani Quraizhah *(peperangan Ahzab), Bani Khaibar dan Nadhir. Sebaliknya hukuman berdasarkan kitab taurat mereka sendiri. Sikap Baginda yang tenang terserlah apabila Kisra Parsi yang diberi surat dakwah kepadanya telah mengutuskan 2 pembunuh upahan untuk membunuh Baginda. Sebaliknya baginda hanya bertenang serta mengatakan Kisra tersebut yang akan mati dibunuh anaknya sendiri.Dan trnyata benar ramalan Nabi itu. Sikap Rasul kadangkala seperti ahli psikologi yang mampu memukau pendengarnya.
Keadilan Rasulullah.
Pada suatu ketika Rasulullah menghantar Abdullah Bin Sehi ke Khaibar untuk memungut hasil cukai. Tetapi yahudi Khaibar telah membunuhnya. Sepupu si mati Muheesah telah melaporkan salahlaku berkenaan. Akan tetapi akibat tiada persaksian di pihak Muheesah, dan walaupun Muheesah mengatakan Yahudi Khaibar pastinya akan bersumpah palsu kepada Baginda, Baginda tetap membuang kes berkenaan. Akan tetapi Rasulullah membayar wang darah menggunakan perbendaharaan Negara. Kita melihat polisi adil Baginda walaupun terhadap yahudi. Yahudi semasa awal kedatangan Baginda ke Madinah, mereka menyambutnya dengan begitu hangat. Tambahan baginda menjadikan Juresalem sebagai Kiblat pertama. Yahudi pula bersetuju melindungi Madinah sewajarnya. Keadaan berubah apabila pengaruh dan kepimpinan baginda terserlah dan semakin meningkat.
Dalam manifestasi kepimpinan, Rasulullah menerapkan beberapa peralatan kepimpinan iaitu konsep Taat, Wala’, kesatuan amal serta disiplin di jalan Allah.
10) Tadarruj dalam Marhalah.
Tadarruj (6) atau proses graduality merupakan salah satu sunnah Rasul yang cuba dinafikan dengan berhujah bahawa Al Quran yang telah lengkap menghendaki kita melaksanakan serentak kesemua hokum Al Quran. Golongan ini telah menafikan peribadi Rasulullah selaku saintis social yang terunggul dengan bantuan Allah SWT menerapkan kefahaman sebelum pelaksanaan syariat. Ini merangkumi proses tadarruj dalam penurunan hokum solat, zakat, mengharamkan arak dan sebagainya. Proses politik bijak ini membawa kejayaan dalam dakwah permulaan Rasulullah.
Sebagai contohnya, apabila sistem perhambaan merupakan system ekonomi arab pada zaman tersebut menyebabkan syariat Islam yang memperjuangkan konsep ‘hurriyyah’ dan ‘istiqlal’ (kemerdekaan) menyempitkan ruang sedikit demi sedikit untuk ekonomi perhambaan. Justeru Rasulullah berjaya mengelakkan ‘economic shock’ yang mungkin merosakkan sistem masyarakat dan keharmonian. Perlu diingat, hari ini manusia kembali kepada keadaan jahiliyyah yang buta Al Quran dan Hadis. Masakan boleh berjaya sekiranya hujah naqal diberi kepada massa yang buta hokum? Adakah sukar untuk kita bersabar memberi kefahaman kepada massa?
Dr Al Qaradhawi berkata
‘Apabila kita bercita-cita membangunkan semula masyarakat Islam sejati maka jangan sekali-kali kita berangan untuk melakukannya dengan semata-mata goresan pena (aggrement,pengundian) atau suatu keputusan raja, presiden, pemimpin politik ataupun parlimen. Cita-cita tersebut hanya akan berhasil apabila usaha-usaha kearah sana terus dilakukan secara kesinambungan dengan mengambil kira sunnah graduality iaitu mempersiapkan pemikiran, sikap, metaliti, akhlak, dan kefahaman masyarakat dengn ajaran Islam yang benar. Selain itu, kita juga dituntut untuk menyediakan alternativf-alternatif baru yang sesuai dengan roh Islam bagi perkara-perkara lama yang diharamkan dan dilarang oleh Islam’.
Sebagai contoh apabila ada gerakan yang menolak kaedah demokrasi dengan menggagaskan konsep tulen Khalifah untuk dilaksanakan secara ‘spontaneous’ dan ‘rapid manufacturing’. Dr Al Qaradhawi bertanya adakah intipati demokrasi yang membenarkan rakyat berusaha menentukan pemimpin, hak bersuara,berbilang parti politik, kebebasan kehakiman dan akhbar salah di segi dalil naqli? Apakah dalil yng kukuh menidakkannya?
Rasul pernah bersabda;
‘Sebutkanlah (ambil lah keterangan) daripada Bani Israel dan tiada larangan baginya’ (7)
Al Qaradhawi menjelaskan lagi bahawa dalam syara’ tiada halangan untuk mengambil teori ilmiah dan penyelesaian amali yang berasal daripada golongan bukan Islam. Sekiranya jalan demokrasi (wasilah) merupakan pembawa kepada maqasid syariah, maka wasilah tersebut merupakan hokum maqasid tersebut.
11) Penutup
Ramai ulama’ yang menggunakan hujah sirah sebagai sunnah. Akan tetapi Dr Al Qaradhawi (8) menafikan bahawa keseluruhan sirah sebagai sunnah (lihat Fiqh Daulah Dr Yusuf Al Qaradhawi). Sunnah adalah sumber perundangan. Tidak semua sirah yang juziyy (detail) termasuk dalam perundangan Islam. Kerana itu apabila sirah Rasul bermula dengan sir selama 3 tahun, tidak bermakna dakwah hari ini perlu sirr tepat 3 tahun hanya semata-mata mengikuti sirah Rasul. Rasulullah adalah insan kamil yang meninggalkan sunnah konseptual yang amat sesuai ditafsir mengikut waqi’, zaman dan adat semasa. Inilah keunggulan Rasulullah. Walaubagaimana pun kita tidak menafikan peranan sunnah berbentuk ibadat yang biasa diikuti seperti cara makan dan beribadat. Kesimpulannya, segala sirah rasul boleh diterjemah mengikut situasi piolitik dalam usaha kita menyerap idea dan amalan politik bijak tersebut dalam kehidupan. Sirah adalah seni yang abstrak. Percayakah anda

No comments:

Post a Comment