Friday, February 25

18SG : PANAS BERAPI - Bunting di Merlimau, i guna jari..jer bro!

sumber berita dari blog al banjari

Marah sungguh gedebe UMNO bila baca artikel berasap aku semalam, dibawah tajuk : Bunting di Merlimau, kerana hari-hari mau maa..!! Depa memang patut marah kerana dengan marah itu saja yang mampu depa terjemahkan untuk tidak bersetuju dengan sekolah bunting Jasin tu. Oleh kerana darah gedebe itu memang azalinya berkaler 'biru', kemarahan itu hanya mampu dilampiaskan sekadar 'ketap-ketap' bibir saja bro..!

Nak lebih-lebih.., tak berani bro, kang tak dapat plak 'hadiah' rasuah beras sekampit cap dacing. Sekarang kan musim PRK. Musim Santa Kalus usung guni beras sana sini. Lagipun depan Ali ketam mana boleh lebih-lebihh..kang tak pasal-pasal buta jer dahi 'melayu' gedebe tu kena tunjal dengan Ali ketam. Jangan main-main dengan jari 1Malaysia Ali ketam, sekali ditunjal, mau penuh setengah sekolah bunting dibuatnya..! Itu belum lagi jari tambi tiang letrik..kalo itu kasi, kena bukak sebijik lagi ler sekolah bunting jawabnyer..! Wakakakak..

Pagi ni selepas balik dari jamaah suboh di masjid, aku bukak ruang komen, terpacul la komen kat bawah ni..mari kita hayati bersama, katanya,
" KALAU IKUT TEORI, TELOR PAS DAH TINGGAL SEBIJI TAPI TAKUT PULA ORANG KATA PONDAN MAKA PENCACAI PAS SESAT PUN CARI LAH BERITA2 HAMPEH KOT KOTLA BOLEH MENANG, SIAN PULA AKU TENGOK TERHEGEH2 KAU HUHUHU WAAAAAAAAAAAAA By TARANTULA
 Lama aku fikir TARANTULA tu apa? Apakah maknanya itu merujuk kepada perkataan "TERAN TU...LAA..!".  Kalau itu maknanya, maka sesuailah ia kita simpan di Sekolah Bunting Jasin..kerana kat situ jer kita boleh rasa bagaimana mangsa-mangsa gedebe tunjuk skil TERAN. Teran apa bro? Alaa..TERAN TU.., LAAA...! Syok ker TERAN? Nak tau tanya TARANTULA. Dia tahu laa..syiok ker tak? Hahahaha.

Pagi ini juga rakyat Malaysia sudah tahu siapa calon PAS untuk lawan Barisan Neraka, sudah pun diketahui. Di Kerdau PAS akan diwakili oleh Haji Hassanuddin Salim, 43 tahun dan di Merlimau pula lawan UMNO pula ialah Haji Yuhaizad Abdullah. Dua-dua calon PAS muda-muda belaka. Berbeza dengan calon BN yang depa kata ada kena kencing manis. Harap-harap kencing manis yang ada itu tak teruk tahap biru gelap, jika tahap kaler tu..memang punggah !! Bukan apa bro, kesian bini dia bro.., orang kena kencing manis ni anu tak berapa nak mantap, tido selalu... kata orang Merlimau...hahahaha !


(*) Bersambung nanti lepas aku makan pagi. Sementara itu ikuti Majlis Perisytiharan Calon PAS di DUN Kerdau oleh krew Cina Islam/albanjari Online, alustaz MRK albanjari yang kini sudah berkampung disana sejak 2 hari lalu. Layan foto dulu yaa..


sidang media sejurus peristiharan calon

Tuan Guru menjulang tangan calon mengistiharkan calon PAS N28 Kerdau

Gulai Kawah Kerbau....adalah menu tradisi Markaz PAS Kerdau sejak dahulu lagi... semalam 2 ekor kerbau telah disembelih sebagai juadah para tetamu

LIVE@MerDAU : NO to gendang, bontot YES !

Menjelang hari Penamaan Calon di N.27 dan N.28 :
Hari ini SPR lantang beri amaran kepada penyokong parti yang bertanding , jangan bawa gendang, jangan bawa alat muzik, jangan bikin bunyi-bunyian, siapa yang degil akan ditangkap polis, dan barang2 bawaan seperti itu akan dirampak Polis. 

SPR cuma akan luluskan penyokong bawa bendera parti, bawa poster parti saja. Kah..kah..kah!" Sejak bila pulak parti SPR jadi ketakutan dengan gendang dan trumpet? Tapi aku rasa, berani ker SPR nak rampas gendang 'Hindraf' esok? Wakakaka..! Jangan la buat lawak lucu SPR oi..! Sebelum hang rampas gendang Hindraf, baik la pi rampas jari-jari 1malaysia esok yang akan tunjuk aksi FUCK. Opps...jangan lupa juga sepak bontot2 puteri yang lucah goyang2 ponggong macam yang berlaku di Permatang pauh, sepak jaa na..jangan pi tutoh plak...! Susah plak forensik nak cam mana satu DNA yang nak kena pakai.

(*) Esok aku sekadar usung 'bulu' jer laa..di hari penamaan calon, jangan ber'bulu' plak? Wakakaaka..

PANAS BERAPI: N.27- WANITA UMNO MULA MENCARUT


Kesian Wanita UMNO Jasin, meraung-raung tak keruan. Gigit gusi lagi nampaknya Wanita UMNO mahu menonjolkan calon wanita dalam PRK kali ini, nampaknya Ali ketam masih belum minat letak Wanita UMNO di Merlimau. Wanita tak kaliber kah? Bukan tak kaliber, Ali ketam kata, wanita hanya layak letak di sekolah bunting Jasin tu jer..! Tu la pasal !!

Sudahnya kerana geram, Wanita Umno Jasin tutup bilik gerakan Wanita di Taman Merlimau Jaya. Kih..kih..kih..! Bagi mengubat lara, dilaman fesbuk Wanita Umno hari ini 'geger' mereka berpantun gurindam. Hot jugak pantun bikinan mereka. Mari kita baca..,

Bulu dada lebat di pangkal,
Gugur anu dengan buahnya,
Dibawa dagang pergi ke seberang;
Sungguhpun ringgit penuh sekapal,
Hati yang gundah apalah gunanya,
Kami wanita sekadar mengangkang?

N.27: MERLIMAU

Bukan fitnah tu bro ! Ini bukan blog PapaGomo der..! Ini hal telah disahkan benar oleh Ketua Wanita UMNO Jasin, Zaleha Bujang yang mengatakan bahawa beliau merasa sangat tersinggung dengan pilihan calon oleh pucuk pimpinan Umno dimana telah mengenepikan sumbangan dan peranan wanita UMNO di Merlimau.

Menurut beliau lagi ini menunjukkan bahawa suara Wanita UMNO tidak didengari oleh pimpinan UMNO berbanding dengan Pakatan Rakyat seperti di PRK Tenang yang mengangkat martabat wanita dengan memilih bekas guru Normala Surdiman sebagai calon. Lihat saja aksi wanita UMNO dibawah dengan wajah geram, cuba menanggalkan jubah merahnya kerana kecewa dengan calon BN tidak dipilih dari kalangan Wanita. 


Beliau yang ditemui pagi ini turut tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila kesungguhan Wanita UMNO Jasin melancarkan "Gelombang Merah Wanita' yang menyasarkan 5000 petugas Wanita di Merlimau tidak dipedulikan oleh pimpinan UMNO. Menurut beliau lagi sepanjang 15 PRK pasca pilihanraya ke 12 tidak ada seorang pun wakil di kalangan Wanita UMNO dan BN dipilih menjadi calon berbanding dengan Pakatan Rakyat. Berantakan dah...! Wakakak..!!

(*) Apa barang bukak baju merah tu makcik, bukak semua laa.., hahahaha..tambi mesti suka ! 

N.28 : KERDAU
Penasihat MB hari ini dijadualkan memulakan kempen diatas mimbar masjid. UMNO kelihatan amat islam di Kerdau. Solek pun pakai songkok nanti, ciri ciri keislaman di Kerdau terpancar jelas dimata pengundi. 

Calon PAS pulak tak berapa nak islam mengikut kata orang orang UMNO. Tak padan langsung nak lawan, kata orang UMNO. Aku kalau pergi bertugas dimana mana memang suka sangat minum dengan orang UMNO.

Yang aku dapat analisa tentang orang UMNO nih, sampai ke sudah mereka ditipu oleh pemimpin UMNO. Tak boleh lagi, kalau nak laksanakan hukum islam sebab islam di Malaysia tak menyeluruh. Tak boleh islam macam tu.., nanti huruhara negara, begitulah UMNO menipu rakyat malaysia.

UMNO memberikan mimpi indah kepada pengundi dimana mana mereka bertanding, mereka sanggup buat apa saja untuk pengundi masa ini, jadi badut pun sanggup, asal dapat undi. Kasihan UMNO, jadi pak lawak pun depa boleh, jadi Ahmad Nisfu pun boleh, kempen mereka hanyalah mimpi mimpi indah bagaikan filem bollywood yang siap guling-guling dan menari nari atas lereng bukit akhirnya mampus jatuh dalam gaung. (FZT

Melayu Lemah Terlalu Lelah Untuk Berpecah

 

oleh tinta hijau




Melayu Lemah Terlalu Lelah Untuk Berpecah





Selepas pilihan raya ke 12, pandangan landskap politik Melayu mulai berubah berhubung isu, cabaran dan ancaman dalam perspektif kuasa pemerintahan yang seterusnya melibatkan prestasi dan kualiti Melayu dalam penguasaan ekonomi, tonggak agama Islam serta perubahan sosial. Ransangan untuk memikirkan semula halatuju jatuh bangun Melayu dalam negara ini, mengundang banyak cadangan yang diluahkan menerusi wacana ilmiah dengan hasilnya dibentangkan dalam media massa. Agak menarik bahawa sebahagian besar pendapat dikemukakan oleh orang Melayu yang tidak terlibat dengan politik kepartian tetapi mereka bertindak atas dasar semangat membara demi cintakan bangsa Melayu. Hasil keputusan PRU 12 benar-benar mencetuskan perubahan kepemimpinan secara drastik membingungkan dan mencetuskan persoalan apakah puncanya mengapa berlaku penolakan sedemikian rupa ! Terlebih penting apakah semua ahli politik Melayu sedar bahawa mereka sedang membawa masyarakat Melayu berada dalam keadaan genting seolah-oleh seperti nasib telur di hujung tanduk. Luahan Prof Siti Zainon dalam satu laporan akhbar 26 Julai 2008 mungkin ada jawapannya...”[s]aya hendak tanya, apa orang-orang politik Melayu buat dalam mempertahankan bahasa dan budaya sendiri. Kami(pendidik) sudah memberikan pendidikan yang secukupnya kepada mereka(orang politik Melayu). Tolonglah jangan lupa lagi, jangan sampai(bangsa) tergadai”.





Hakikatnya soal perpecahan, hasad dengki dan perbalahan sesama Melayu sudah berakar umbi sejak sebelum kemasukan pendatang dari negara China dan India. Sebagai masyarakat peribumi, mereka dibentuk oleh ikatan kesukuan dengan kecenderungan mengidentifikasikan diri dengan nama puak masing-masing contonhnya Melayu Kelantan, Melayu Johor atau Melayu Kedah tetapi kesemua unsur berpuak-puak berkenaan berjaya disatukan hasil kebijaksanaan Za’ba. Pendeta Za’ba antara salah seorang pengasas penyatuan Melayu yang merangka cadangan dengan memartabatkan istilah kebangsaan (ke+bangsa+an) bagi merujuk penyatuan kesemua suku atau bangsa, lalu lahirlah sebuah kebangsaan Melayu atau lebih dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO), yang berjaya mempersatukan bangsa Melayu daripada pelbagi negeri, adat, dialek dan budaya yang berbeza.





Perancangan pembangunan Melayu haruslah dilaksanakan secara menyeluruh dengan mengemukakan pelan tindakan jangka panjang yang konkrit, munasabah dan berterusan. Fokus hendaklah jelas dengan menekankan prinsip kebersamaan, bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat tahi ayam. Biar pun berbeza aliran dan pandangan antara individu dan kelompok Melayu, yang penting pada akhirnya adalah pencapaian matlamat kumpulan, iaitu kebaikan yang diraih oleh bangsa Melayu secara kolektif. Dengan demikian amatlah dituntut agar semua pihak terutama pemikir, perancang, pembuat dasar dan para pelaksananya berpegang pada agama dengan tebalnya semnagat jati diri Melayu serta mengamalkan nilai-nilai kesungguhan, ketelusan dan kejujuran.. Setelah hampir 62 tahun orang Melayu berjaya disatukan di bawah satu payung pentadbiran, menolak manipulasi penjajah namun situasi mutakhir menunjukkan bibit-bibit keretakan yang memungkinkan ketidaktentuan nasib bangsa Melayu pada masa-masa akan datang. Apakah sejarah akan berulang, dengan berlakunya penjajahan semula ke atas orang Melayu setelah hampir 446 tahun Melayu diperhamba dan diperkuda. Melihat senario politik semasa, tidak mustahil berapa detik lagi sejarah akan menghukum semula orang Melayu, hanya disebabkan segelintir politikus Melayu yang bersifat tamak hanya mengutamakan kepentingan diri, keluarga dan kawan-kawan. Pemimpin Melayu yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat peribadi, menjajakan maruah bangsa Melayu dengan mengatakan Dasar Ekonomi Bumiputera(DEB), hanya menjaga kepentingan Melayu dan tidak memberi keadilan kepada semua rakyat berbilang kaum di negara ini. Ironinya pemimpin sebegini mendapat limpah manfaat, menambun kekayaan mencipta pengaruh hasil manfaat dasar ekonomi baru. Senario hari ini tambah keliru dan kalut, bila ada orang Melayu menyuarakan nasib bangsa mereka, dengan pantas dituduh ‘perkauman’ sedangkan mereka yang menolak Melayu lebih daripada perkauman.


Sebagai bangsa asal pemilik Malaysia, Melayu bumiputera pada tahun 2007 berjumlah sebanyak 16.35 juta daripada keseluruhan rakyat Malaysia iaitu sebanyak 27.23 juta orang berbanding Cina 6.20 juta dan India 1.86 juta. Hampir 65 % penduduk negara Malaysia adalah orang Melayu. Amat kurang ajar apabila ada orang Melayu menyuarakan kepentingan bangsa mereka di tanah air mereka sendiri dan mereka dituduh perkauman dan etnosentrik. Rupa-rupanya selepas 1957 dengan memberi hak kerakyatan pada bangsa asing, orang Melayu tidak boleh bercakap soal kepentingan bangsa mereka sendiri!. Apatah lagi mengangkat dan mencium keris sebagai lambang kedaulatan budaya Melayu.





Secara keseluruhan pencapaian Melayu dalam semua aspek kehidupan secara realitinya di Malaysia masih jauh ketinggalan dengan bukan bumiputera. Berdasarkan data terkini membuktikan bahawa orang Melayu masih tercicir jika ditinjau menerusi pendapatan per kapita bulanan hanya mencatatkan RM2,500, berbanding kaum India RM 3,200 dan Cina RM4,100. Kadar pemilikan bangunan komersial dan premis perniagaan masih lagi didominasi oleh bukan Melayu dengan bumiputera hanya memiliki 11.7 peratus, berbanding Cina 71.9 peratus dan India 4.6 peratus. Hakikatnya, DEB berjaya merapatkan jurang pendapatan orang Melayu, jika dilihat dalam tahun 1970, perbezaan pendapatan di antara Melayu dan bukan Melayu begitu ketara sekali. Majoriti Orang Melayu adalah golongan termiskin, pendapatan purata orang Melayu ialah RM178.7, berbanding dengan Cina RM387.4. Ekuiti korporat Melayu pula hanyalah 2.4 peratus, berbanding Cina 34.4 peratus.


Harus diakui terdapat signifikan antara kemajuan ekonomi dengan pencapaian akademik. Lantaran kemiskinan kebendaan menyebabkan orang Melayu terus tertinggal dalam aspek kecemerlangan akademik. Bahkan pemikir bangsa, Prof diraja Ungku Aziz pernah menyarankan program rancangan makanan tambahan untuk membantu meningkatkan kecergasan para pelajar miskin yang rata-rata tidak memperoleh makanan berzat dan berkhasiat, disebabkan ketidakmampuan keluarga mereka. Hal demikian menunjukkan bahawa keterpencilan para pelajar Melayu luar Beberapa dekad lalu, peningkatan kemajuan akademik pelajar Melayu sudah mula kelihatan, walau bagaimanapun golongan peribumi ini masih memerlukan sokongan dan bantuan berterusan pihak kerajaan. Selain bantuan makanan tambahan, pelajar Melayu yang relatifnya miskin dan kurang kemampuan masih mengharapkan biasiswa kerajaan.


Neraca keseimbangan dalam sektor pendidikan dihodohkan lagi dengan tuntutan agar kuota biasiswa pelajar Melayu dikurangkan dan diberikan pada bukan bumiputera. Pihak JPA sebelum ini menawarkan 2,000 biasiswa setiap tahun dengan pecahan 90 peratus kepada pelajar bumiputera dan bakinya kepada bukan bumiputera. Namun, nisbah pemberian biasiswa ditukar secara drastik dengan 50 peratus diberikan kepada bumiputera, 45 peratus bukan bumiputera dan lima peratus untuk kaum-kaum lain.





Sebelum berlaku perubahan tersebut, Bumiputera berhak untuk mendapat 1800 biasiswa JPA setahun. Walau bagaimanapun atas desakan sesetengah pihak dan kelemahan pihak bertanggungjawab dalam menghadapi desakan itu, nisbah pemberian biasiswa kepada bumiputera telah dikurangkan secara drastik iaitu hanya 1000 biasiswa setahun. Apa yang pelik adalah orang Melayu sendiri yang beria-ia benar menunjukkan sokongan, kerasionalan kononnya atas nama prinsip hak asasi manusia. Sedangkan hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu bukan dibuat secara semberono tanpa mengikut lunas undang-undang. Hak ini bukannya satu polisi kerajaan semata-mata. Ia adalah suatu hak yang telah dijamin sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan (The Federal Constitution) dalam Artikel 153.





Tindakan pihak berkuasa yang ingin menyemak kembali kuota pemberian biasiswa ini setelah didesak oleh pihak-pihak berkepentingan jelas membuktikan ketidakupayaan pihak autoriti yang seolah-olah berada dalam satu keadaan yang sangat lemah dan gagal untuk berkompromi dengan pihak-pihak yang mendesak dalam soal pemberian biasiswa ini. Apakah dengan mempertahankan kuota biasiswa JPA sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan menjadikan orang Melayu bersifat perkauman? Adakah pihak yang menuntut dan mendesak, tidak perkauman? Sedangkan hari ini tiada lagi istilah hak dan keistimewaan mutlak Melayu untuk mana-mana institusi pendidikan negara ini. Lihat sahaja ke dalam setiap IPTA, maktab, pusat matrikulasi, sekolah asrama penuh dan semua institusi pendidikan yang dimiliki kerajaan sudah disediakan kuota untuk bukan bumiputera. Malah khabarnya pihak-pihak tertentu mendesak agar UiTM juga dibuka untuk bukan bumiputera. Namun hakikatnya UiTM sejak dulu lagi memang menerima kemasukan para pelajar bukan bumiputera terutama pelajar dari Sabah yang dikategorikan sebagai Sino (Perkahwinan campur antara Cina dan Kadazandusun).





Sejak diperkenalkan pada tahun 2002, sistem meritokrasi memberi lebih manfaat kepada bukan bumiputera, sehinggakan pelajar bumiputera yang gagal memasuki aliran Sains di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi 2004/2005 lebih tinggi berbanding peratusan calon bukan bumiputera. Seramai 24,678 pelajar bumiputera memohon untuk mengikuti pengajian aliran Sains tetapi 14,497 orang sahaja iaitu 58.7 peratus yang berjaya ke aliran itu di IPTA (41.3 peratus gagal). Berbanding dengan pelajar keturunan Cina, seramai 9,577 orang telah memohon dan 8,047 atau 84 peratus daripada mereka berjaya (16 peratus gagal), manakala bagi pelajar keturunan India, 1,858 memohon aliran sains dan mereka yang berjaya ialah 1,118 orang atau 60.2 peratus (39.8 peratus gagal).





Bagaimanapun ketidakpuasaan hati pihak-pihak tertentu terhadap sistem meritokrasi mula dipersalahkan hanya disebabkan pada sesi kemasukan 2004/05 jumlah pelajar bumiputera yang berjaya memasuki IPTA mengikut sistem meritokrasi lebih tinggi iaitu sebanyak 63.8 peratus berbanding Cina 30.3 peratus dan India 5.9 peratus. Ketidakpuasaan adalah satu manifestasi perkauman sempit mereka disebabkan pertambahan bilangan orang Melayu yang mendaftar untuk kursus perubatan dan pergigian. Nampaknya semakin dekat persaingan orang Melayu secara semula jadi tanpa dorongan politik untuk mengejar bangsa lain dalam bidang pendidikan, ada sahaja tangan ghaib untuk membentes dan mencantas mereka sehingga Melayu jatuh tersungkur menyembah bumi. Peri laku, tabiat dan kelakuan bukan bumiputera yang sentiasa iri hari dengan pencapaian Melayu waima melalui persaingan sihat menyebabkan sebahagian besar oran Melayu terpaksa menyandarkan harapan mereka pada kuasa politik Melayu.


Walau bagaimanapun sejak 1957 sehingga 2008, orang Melayu gagal memanfaatkan ruang ‘kuasa’ yang ada pada tangan mereka. Inilah delima yang terus menjadi persoalan; kenapa bangsa Melayu selama 51 tahun merdeka gagal menjadi bangsa terbilang sebagaimana Jepun bangkit tidak sampai 30 tahun selepas kehancuran Hiroshima dan Nagasaki.


Dilema yang dihadapi oleh bangsa Melayu kerana wujudnya ‘spesies pelesit ‘ segelintir Melayu elit berjiwa penjajah yang terlalu takjub dengan ilmu, pelajaran, falsafah, bahasa, budaya, sains dan teknologi Barat serta memandang rendah terhadap milik bangsa mereka sendiri. Dimensi kuasa yang dimiliki oleh elit Melayu, yang terdiri daripada ahli-ahli politik, para korporat, pegawai tinggi kerajaan, pengamal media, ahli akademik, artis, sasterawan dan wartawan tidak mengandungi semangat Melayu tulen dan mereka gagal untuk menterjemahkan ‘kuasa‘ melalui tindakan konkrit. Lebih memburukkan keadaan Melayu elit inilah yang menyapu segala peluang yang terhidang dalam DEB, atas kuota bumiputera mereka merampas hak orang Melayu miskin dengan cara yang paling kotor!. Namun kesedaran pendidikan telah membuka mata hati generasi Melayu pasca merdeka untuk menilai dan akhirnya menghukum perilaku Melayu Elit ini dengan ‘kuasa’ pilihan raya.


Implikasi pasca pilihan raya ke 12 barulah, barulah timbul sedikit kesedaran keter hakisan ‘kuasa’ Melayu dengan tumbangnya tradisi dominasi pimpinan Melayu seperti Selangor dan Perak manakala kawasan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sejak dulu memang didominasi oleh kuasa politik Cina. Kedengaran juga rasa berdosa dan bersalah, anak muda Melayu yang beriya-iya benar untuk mengalahkan parti pemerintah terdahulu tetapi tidak sampai pun setahun, mereka mula sedar dan insaf, bahawa lari daripada harimau masuk pula ke mulut buaya. Senario pimpinan cacamerba dalam melaksanakan dasar baru oleh pemerintah Selangor dan Pulau Pinan nampaknya lebih dahsyat berbau perkauman, menekan dan agak keterlaluan. Ambil sahaja contoh di negeri Selangor, kerajaan baru selepas PRU 12, telah meluluskan pembinaan ladang babi terbesar di Malaysia manakala di Pulau Pinang usaha memasang papan tanda jalanraya dalam bahasa Mandarin dilakukan secara sengaja untuk menidakkan pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Semakin hari tembelang mereka mula pecah dan generasi muda Melayu yang terlalu ghairah dengan slogan reformasi dahlu mula menghidu bau kebusukan pengkhianatan yang dilakukan oleh idola pemimpin mereka. Nyatalah dengan mendapat ‘kuasa’ manusia akan hilang punca, apatah lagi bila rakyat teramat mudah didustai dengan gula-gula politik menerusi retorik kata-kata.


Berlainan pula fenomena di Kedah dan Kelantan, scara realitinya, negeri Kedah tetap kekal di bawah teraju orang Melayu cuma berlaku peralihan kuasa pentadbiran dan keadaan yang sama wujud sepertimana yang berlaku dengan negeri Kelantan, bahawa dasar mengutamakan kebajikan kepentingan Melayu terus dipertahankan.


Keputusan pilihannya 12 menjadi indikator status quo Melayu di Malaysia bukanlah hak milik abadi sampai kiamat dan harus diingat bahawa perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan fasal hak keistimewaan Melayu boleh dipinda pada bila-bila masa, sokongan menerusi 2/3 ahli parlimen, walaupun tanpa persetujuan Yang dipertuan Agong. Bayangkanlah apa yang bakal terjadi pilihan raya akan datang jika Melayu terus bergelut, berkonflik berbunuhan sesama sendiri ! dan siapa yang untung?


Menelusuri sebuah pertubuhan siasah Melayu yang telah hilang kuasa di beberapa negeri, nampaknya tidak banyak memberi kesan kesedaran dan keinsafan, kepada seluruh ahlinya. Lihat sahaja tabiat dan kelakuan daripada pemimpin kanan sampai ke akar umbi di setiap cawangan, nampaknya lebih ghairah mengejar jawatan dalam parti daripada memikir dan merancang strategi untuk menambat hati golongan muda serta membujuk pengundi Melayu yang merajuk dengan parti mereka. Bayangkanlah sebuah parti yang sedang sakit tenat kerana sudah ditolak oleh majoriti bangsanya sendiri tetapi para ahlinya pula sedang sibuk merancang merebut jawatan dalam parti kononnya penukaran pemimpin hanyalah satu-satunya cara untuk mendapatkan kepercayaan majoriti bangsa Melayu. Namun hakikatnya segala dasar, perancangan dan pelaksanaan masih dalam kerangka berfikir lama iaitu terfokus tentang kebendaaan cari makan dalam politik, mendapatkan projek dan menghimpun komisen, Maka yang bakal berubah hanyalah orangnya sahaja tetapi jiwa kebendaan yang tetap beraja di hati, akan terus menghanyutkan pengikut baru dan lama, supaya kasih serta cintakan dunia.


Perubahan besar haruslah segera dilakukan dengan muhasabah diri daripada seluruh ahli dengan menjadikan perjuangan memartabatkan kepentingan kolektif bertunjangkan paksi agama, bangsa dan budaya; wajib diutamakan berbanding agenda peribadi. Orang Melayu harus belajar daripada muafakat bangsa Cina yang berbeza aliran parti politik tetapi mempunyai matlamat yang sama demi faedah bangsa, mereka mengorbankan tuntutan kebendaan(peribadi) lalu menyatukan perjuangan yang akhirnya berjaya memperkasa kedudukan ekonomi, memartabatkan bahasa Mandarin dan melestarikan budaya Cina di Malaysia.


Ringkasnya situasi orang Melayu di Malaysia sudah semakin parah dan terlalu lelah untuk terus berpecah. Kita semakin lemas dengan gelagat orang politik Melayu yang lansung tidak cemas melihat keadaan ini sebagai sesuatu yang perlu diambil tindakan segera. Bertambah parah bila mereka yang dulu diterima untuk berbumbung di bumi ini sudah mula berani memijak-mijak, mempertikai asas sejarah Tanah Melayu untuk mengelirukan seluruh warga bahawa bangsa Melayu sama seperti mereka tiada kelebihan atau mempunyai hak dan keistimewaan walau termaktub dalam perlembagaan. Namun, Keberanian mereka menuntut hak yang membayangkan mereka juga kaum peribumi Malaysia bukanlah disebabkan kekuatan mereka tetapi perpecahan sebagai sumber kelemahan kita sendiri yang gagal untuk membezakan keutamaan mementingkan pendaulatan bangsa sendiri dengan soal kompromi atau tolak ansur membabi buta. Sebagaimana yang disebutkan oleh seorang sarjana yang banyak mengkaji DEB iaitu Just Faaland; [p]erpecahan di kalangan orang Melayu pada satu atau dua dekad yang lepas sesungguhnya memperlihatkan ketidakupayaan orang Melayu untuk bekerjasama demi mencapai matlamat bersama...kadangkala mereka mengakui kesilapan mereka yang sering berselisih faham, itulah yang menyebabkan mereka menghadapi kerugian yang lebih besar.





.....nik,,man












MELAYU...........

oleh tinta hijau
Melayu bisa maju,
Bila hati sudah bersatu,
Bila jiwa tergenggam padu,
Bila akal jadi kelas satu.

Melayu takkan maju,
Bila kepala menjunjung nafsu,
Bila jiwa dengki beradu,
Bila akal terkhayal kaku,

Melayu bisa berkembang,
Bila semangat tajam mencancang
Bila pegangan menjadi rembang,
Bila keadilan di atas terpegang.

Melayu takkan berkembang,
Bila semangat terambing-umbang,
Bila pegangan menjadi songsang,
Bila keadilan disepak terajang,

Melayu takkan hancur,
Bila bangsa sesama bersikap jujur,
Bila maruah tidah dilacur,
Bila keamanan tidak berkubur,


Melayu bisa hancur,
Bila bangsa jatuh tersungkur,
Bila maruah jatuh terlungsur,
Bila keamanan dah jadi bubur,

Melayu bisa bangkit,
Bila mahu sesama sakit,
Bila angkuh tidak diungkit,
Bila susah senang sama berdikit,

Melayu takkan bangkit,
Bila hati senantiasa sakit,
Bila angkuh tinggi membukit,
Bila susah senang tak mahu berjangkit,

Melayu bisa kuat,
Bila ilmu dikongsi manfaat,
Bila amal diguna dibuat,
Bila iman tinggi diangkat,

Melayu takkan kuat,
Bila ilmu dibahagi dikerat,
Bila amal dicampur digugat,
Bila iman dibiar melarat

Melayu bisa gagah,
Bila bangsanya terjaga resah,
Bila agamanya kuat melangkah,
Bila negaranya perkasa sumpah,

Melayu takkan gagah,
Bila bangsanya disumpah seranah,
Bila agamanya terus disanggah,
Bila negaranya diambil diperah,

Melayu bisa berlawan,
Bila badannya kukuh menawan
Bila tenaganya gah pahlawan,
Bila kakinya mencengkam di awan,

Melayu gagal berlawan,
Bila badannya lembik dan rawan,
Bila tenaganya dirasuk syaitan,
Bila kakinya gila dan sawan,

Melayu takkan berundur,
Bila watan rela terkubur,
Bila musuh ditawan digempur,
Bila tawanan dihentam dihancur,


Melayu bisa berkubur,
Bila watan bersikap takbur,
Bila musuh indah disembur,
Bila tawanan tidak berhambur,

Melayu takkan hilang,
Bila niat kuat memegang,
Bila warisan dipelihara dijulang,
Bila adat terpelihara gemilang,

Melayu bisa hilang,
Bila niat merekah melayang,
Bila warisan dilelong sembarang,
Bila adat terbiar bersawang.

Kalam Yang dalam ..

oleh tinta hijau
Ramai mengaku cinta Islam, sibukkan diri dgn berkalam, pagi petang siang malam, ambil guru dengan alam, nampak kabut tambah kelam, lalai diri ditipu alam, rasa diri sudah tenggelam, laut asyik yang dalam, mengenal diri belum khatam, usah berkalam tentang makam, makam dipuja tambah karam, diri sendiri cari jahanam, bukankah diri sendiri bertanam, ia rahsia yang dalam, buat insan yang faham, indahnya hidup dgn Islam.  02/01/11

Many claims they love Islam, yet busy themselves with worldly affairs, morning till evening day and night, having nature as teachers, loosely disoriented, unscrupulously cheated by nature, sinking into a deep ocean of fantasy, not knowing who they are, speak not of  a tombstone, its glorification thus sunk, leading themselves astray. Is it not that you buried yourself, for a deepest secret lies in one who understands the beauty of life in Islam.  

Usah gundah tentang hidup yang indah, setiap perkara pasti ada penyudah, sakit sihat malam siang saling berubah, tiada susah fikirkan ia mudah, sendiri memilih utk lelah, sulit difikirkan hanyalah dakyah. Segeralah kita ubah, jadikan hidup ini indah, buatkan niat mencari Allah, fakirkan diri dgn menyerah, tiada aku hanya Allah, selamat dunia wal akhirah, pasti yakin kerana ini janji Allah. 02/01/11

Do not be a miser in this wonderful life, for every beginning has its end, sick- healthy night -day take their turns, nothing difficult as they come easy, it is you who chooses to complicate matters, for complication is merely an ideology. Thus, be haste towards change, as life should be made beautiful, pray to seek Allah, humble yourself in sublimity, for I don’t exist but Allah, safe in this World and Hereafter, surely believing in the words of Allah.


Ambil iktibar dari alam, ada Nur Muhammad ada Nur Allah ada sekalian alam. Manusia satu dari alam. Asalpun dari tanah, api dan air dari alam sebelum ditiup roh ke dalam. Tak boleh pisahkan roh dengan alam, banyak ikhtibar bagi yang brfikir tentang alam seperti seruan Allah dalam kalam, Nabi Daud dan Sulaiman teman berbicara adalah alam, dan Ibrahim kenal Tuhan tidak ditipu alam, manusia banyak dapat nikmat dari alam, tumbuhan di darat ikan di laut semuanya alam.  Yg kerja sentiasa brzikir ingatkan allah selain malaikat hanya alam, sedang Abu Bakar kata jika boleh ia ingin menjadi burung, burung itu haiwan adalah alam. Yang rusak manusia banyaknya alam, yang merusakkan alam juga manusia bukannya alam. Dalam diri juga dinamakan alam, memang Allah jadikan alam agar manusia brfikir keluar dari diri yg kelam.  03 /01/11

Do take lessons from nature, for there is nur of Muhammad, nur of Allah, and of course, nature. Mankind is part of it, as we are made of mud, heat and water from nature prior to life. Life is inseparable form nature, many examples for those who can think about nature, such as the call of Allah through His verses, for Nabi Daud and Nabi Suleiman communicates with nature, Nabi Ibrahim who recognized Allah was not deceived by nature, mankind benefits abundance from nature, crops on the land and fish underneath the ocean, all of them belongs to nature. Apart from angels, nature never ceases in zikrullah.  Saiyidina Abu Bakr once said that he wished to be a bird, for a bird is part of nature. Alas, mankind is allured mostly by nature, and nature is destroyed by mankind, not the other way round. Within each individual, there is nature, for Allah has created it to enable a person to escape from self darkness.

RASA

oleh tinta hijau


Apa rasa bertuhankan yang Esa
kenali diri iaitu rasa
Tiada dijual ia
Di mana ada?
Mana mahu cari
Usah dicari di luar diri
Rasa tenang tidak boleh dibeli
dengan melancong ke luar negeri
ilmu tentang rasa semua insan ada
Mudah sahaja, tiada pun belanja
Hanya yang ingin merasa pasti jumpa
Cuba rasakan bahawa dirimu berdosa, tak berdaya
Timbulkan rasa banyaknya dosa terjadi dalam sedar dan leka
Tiadalah daya dan upaya
hanyalah ehsan kasih sayangNya jua
hidup mati kuserahkan segalanya padaMu jua
Kupohonkan ehsanmu agar diriku dilimpahii rasa cinta
Masukkalah dalam dirimu yang sebenar diri
rasakan ketidakberadaan diri
fakir, yatim piatu rasa diri
nafikankan diri
Timbulkan rasa yang empunya kuasa
Agung, perkasa penuh cinta
inilah rasa indah
rasa luar biasa
terbitlah cahaya
Bahawa aku tiada apa-apa
dialah segala-galanya
siapalah aku
hanyalah bentuk tanah liat, kaku
Inilah puncak rasa bahagia
Rahman dan rahimNya tiba
buat insan rasa binasa
Karam dalam cinta
rasa bukan rasa-rasa
rasa bukan mengada-ngada
rasa bukan apa-apa
rasa bukan dusta
api rasa membakar
air rasa membasahi
panas rasa membahang
sejuk rasa dingin
rasa cinta luarbiasa
tiada bentuk juga warna
hakikat rasa cuma ada
terpancar dengan anugerahnya jua
rasa bukan  milik para ulamak semata-mata
dapat hanya dengan ikhlasnya jua
hasil mujahadah sabar, syukur dan redha
inilah pegangannya rasa hamba
hakikat cinta yang tiada bandingannya
rasa manis pelbagai rasa
manis madu, susu dan gula
hanya yang merasa
tahu nikmatnya
Carilah rasa dalam diri
rasalah sendiri

PRK Kerdau : Hasanuddin Salim Akan Menentang Calon UMNO,Syed Ibrahim Syed Ahmad

 


Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil
(PRK) Kerdau oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, sebentar tadi.

Hadir dalam majlis sebentar tadi ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali; Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad; Ahli Jwatankuasa PAS Pusat, Muhammad Sabu dan barisan pimpinan tertinggi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.Hasanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.




Pendidikan Awal dan Kerjaya
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sanggang dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh.Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran keperingkat Diploma dalam bidang Ukur Tanah, di UiTM Shah Alam.

Memulakan kerjayanya dalam Industri Pembinaan dan Ukur Tanah selama 15 tahun.Sepanjang menceburi bidang itu beliau pernah berkhidmat dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur untuk industri minyak dan gas dan antaranya pembinaan hospital Temerloh.Beliau juga pernah Berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.

Dunia Politik
Dalam politik, Hassanuddin merupakan bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang dan kini menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Pahang, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh.Dalam pilihan raya, Hassanuddin pernah diamanah mewakili PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 sebagai calon di DUN Lanchang dan DUN Kerdau dalam PRU 2008.

Jauhilah Lapan Perkara Menyebabkan Amalan Kita di Tolak Oleh Allah S.W.T.

GAMBAR HIASAN

 

oleh Abu Basyer pada pada 25hb Februari 2011 pukul 12.21 pagi
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap amal ibadah, amal soleh dan amal kebajikan yang kita laksanakan adalah dengan penuh pengharapan agar ianya diterima oleh Allah S.W.T. kerana apabilan amalan kita diterima oleh Allah S.W.T maka barulah ganjaran pahala yang akan kita terima sebagai bekalan yang akan kita bawa di hari akhirat nanti untuk menghadapi keadilan di mahkamah Allah S.W.T. Jika amalan kebaikan kita di timbang dan di dapati dengan timbangan yang berat maka dengan rahmat Allah kita akan di masukkan ke dalam syurga-Nya.

Apakah kita merasai bahawa kesemua amalan-amalan kebaikan yang kita kerjakan ini akan di terima oleh Allah S.W.T.? Sedangkan jika dilihat daripada hadis Nabi S.A.W. yang panjang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal terdapat 8 perkara yang akan menjadi penghalang dan menyebabkan amalan-amalan kita tidak di angkat dan diterima oleh Allah S.W.T.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Mengumpat.

2. Mengharapkan keduniaan.

3. Sombong

4. Ujub

5. Pendengki dan hasad

6. Tidak mengasihi orang lain.

7. Sum'ah dan riak

8. Tidak ikhlas.

Huraiannya adalah seperti berikut :

1. Mengumpat.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati, tentu sekali kamu benci memakannya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah al-Hujarat ayat 12)

Mengumpat adalah dosa yang amat berat di sisi Allah s.w.t.. Orang yang melakukan perbuatan itu diumpamakan oleh Allah s.w.t. sebagai memakan daging saudaranya yang telah mati. Ini jelas menunjukkan betapa hina dan buruknya perbuatan tersebut. Dan ia dianggap hina kerana menyinggung kehormatan orang lain yang sewajarnya dipelihara.

2. Mengharapkan keduniaan.

Allah SWT berfirman: "Ketahuilah, bahwa sesungguh nya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara karnu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhrat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan belaka." (Surah Al-Hadîd ayat 20).

Ayat ini juga memperlihatkan kedua sisi kehidupan dunia itu. Baik yang lahir maupun yang batin. la bagaikan curahan hujan yang turun dari langit menyirami bumi. Kemudian tumbuh tanaman-tanaman yang indah dan menarik perhatian para petani. Namun, setelah itu mengering, menguning dan akhir nya rusak.

3. Sombong.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."
Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sombong adalah penyakit berbahaya, dimana jika penyakit ini bersarang di hati, nescaya akan mendorong pelakunya untuk berbuat dosa yang akan menjauhkannya dari syurga dan mendekatkan ke neraka.

4. Ujub.

Orang yang terkena penyakit ujub akan memandang remeh dosa-dosa yang dilakukannya dan menganggapnya bagai angin lalu. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengabarkan kepada kita dalam sebuah hadis: “Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

5. Pendengki dan hasad

Sifat hasad dengki  adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Waspadalah terhadap hasad (iri dan dengki), sesungguhnya hasad mengikis pahala-pahala sebagaimana api memakan kayu.
(Hadis Riwayat Abu Dawud)"

6. Tidak mengasihi orang lain.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi terhadap saudaranya seperti mana dia kasih terhadap dirinya sendiri"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak dibenarkan sama sekali untuk menyakiti hati saudaranya menyebabkan saudaranya kecewa menderita putus asa kerananya lebih-lebih lagi menyakiti tubuh badan seperti memukul, mencedera dan sebagainya, ataupun sesuatu yang menyebabkan dia teraniaya, seperti penipuan yang membawa ke arah kegagalan dalam kehidupan serta kesusahan sepanjang hayat. Semua ini ternyata dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan larangan yang amat keras dan tidak dibenar walau apa cara sekalipun.

7. Sum'ah dan riak.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa yang beramal kerana sum'ah (ingin didengar manusia) maka Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan keburukannya. Dan barangsiapa yang berbuat riyak, maka Allah akan menampakkan riyaknya"
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Barangsiapa yang beramal dengan suatu amal dengan niat agar orang lain mendengar perbuatan dan memujinya, maka Allah akan membalas dengan membuatnya terkenal. Pada hari kiamat kelak, niat amal tersebut akan dibongkar dan dibalas dihadapan makhluk. Dan barangsiapa yang melakukan suatu amal dengan niat agar manusia melihatnya di dunia, (riyak) maka Allah akan membalasnya dengan menampakkan riyak dihadapan makhluk".
(Hadis Riwayat at-Thabarani dan Baihaqi)

Menurut pandangan syarak, ulama memaksudkan riyak sebagai seorang hamba yang melaksanakan ibadah yang dapat mendekatkan diri dengan Allah, namun tidak menginginkan balasan dari Allah, bahkan menginginkan dunia.

Al Izz b Abdussalam menyatakan”Sum’ah adalah dengan cara menyembunyikan amalannya kerana Allah, lalu menceritakan kepada manusia”

Sum’ah itu tidak akan terjadi melainkan kepada perkara yang biasa terdengar seperti membaca al quran, zikir dan sebagainya secara nyaring mengharapkan agar orang lain mendegar lalu memuji perbuatan tersebut.

8. Tidak ikhlas.

Amalan  tidak ikhlas tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Ikhlas itu merupakan satu rahsia dari rahsia-rahsia Allah S.W.T. yang mana para malaikat pun tidak dapat mengesannya.Malaikat akan mencatat apa yang nampak zahir sahaja segala perbuatan dan amalan manusia.

Amalan yang ikhlas adalah amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah S.W.T. bukan kerana ada sebab-sebab yang lain atau ada dorongan-dorongan yang lain. Semua amalan kebaikan manusia akan tertolak di akhirat nanti apabila ada amalan atau pekejaan yang dibuat kerana sesuatu sebab iaitu untuk mendapat nama, pujian, penghargaan, pangkat dan kedudukan.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran,oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya"

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menjauhi lapan perkara yang dinyatakan di atas menyebabkan amalan kita di tolak oleh Allah S.W.T. Jika amalan kita di tolak dan tidak diterima oleh Allah S.W.T. maka dimanakah lagi cara kita dapat menyelamatkan diri kita daripada azab Allah S.W.T di hari akhirat nanti? Oleh itu cubalah sedaya upaya kita perbaiki kelemahan diri kita dan meningkatkan iman dan amal dan melegkapkan diri dengan sifat-sifat mahmudah.


Marilah kita renungkan hadis Nabi S.A.W.  dibawah :

Mu'az bin Jabal berkata Rasulullah S.A.W.  telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara.

Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Puji syukur ke hadrat Allah S.W.T yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!”

Jawabku, “Ya, Sayidil Mursalin.”

Sabda Rasulullah S.A.W, “Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak.”

“Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya.”

“Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah,

“Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang mengumpat”.

“Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata,

“Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain.”

“Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata, “Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong.”

Rasulullah S.A.W meneruskan sabdanya, “Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,

“Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub.”

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit penjaganya berkata,

“Itu adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak reda dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.”

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata,”Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan itu jangan melintasi langit ini.”

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah solat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.

Tetapi penjaga pintu langit berkata, “Saya ini penjaga sum’ah (ingin kemasyhuran). Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh
dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riyak. Allah tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang riyak.”

Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni solat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadirat Allah S.W.T.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah."

Tetapi firman Allah S.W.T. maksudnya : “Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui.”

“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi.”

“Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya ini?”

“Laknat-Ku tetap padanya.”

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:

“Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.”
Dan semua yang di langit turut berkata,”Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat.”

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis terisak-isak dan berkata,

“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan
ini?”

Sabda Rasulullah S.A.W, “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan.”

Muaz bertanya kembali,”Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah  Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?”

Bersabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.”

“Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyakkan (menguris) perasaan orang lain dengan mulutmu, kerana kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing neraka Jahanam.”

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,”Di neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia.”

Muaz berkata, “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah S.W.T. Cukuplah untuk menghindari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api neraka.”

.THE BIOGRAPHY OF PROPHET MUHAMMAD {PBUH}


The Biography of Prophet Muhammad (PBUH)
1.
When was the Prophet Muhammad (p.b.u.h.) born?
He was born on Monday, 12th Rabi Al Awwal, April 22nd, 571 AC.
2.
Where was the Prophet Muhammad (p.b.u.h.) born?
In Makkah
3.
What is the name of the Prophet's father?
Abdullah Ibn Abdul Muttalib.
4.
What is the name of the Prophet's mother?
Aminah Bint Wahhab Ibn Abd Manaf Ibn Zahrah.
5.
When and where did his (prophet's) father die?
He died in Makkah before Muhammad (p.b.u.h.) was born.
6.
What is the name of the Prophet's grandfather?
Abdul Muttalib.
7.
What was his granfather's position?
He was the chief of his clan Bani Hashim.
8.
What is the Prophet's (p.b.u.h.) lineage up to his fifth ancestor?
He is Muhammad Ibn Abdullah Ibn Abdul Muttalib Ibn Hashim Ibn Abd Manaf Ibn Qusai Ibn Kilab.
9.
Who suckled the Prophet Muhammad (p.b.u.h.)?
First Thuyeba, the freed slave girl of his uncle Abdul Uzza known as Abu Lahab, then Haleema Bint Abu Dhuaib, best known as Haleema Al Sadiyah.
10.
Who named the Prophet Muhammad (p.b.u.h.)?
Abdul Muttalib.
11.
What did Muhammad's (p.b.u.h.) mother name him?
Ahmad.
12.
Why did she (the Prophet's mother) choose this name?
Because she saw an angel in a dream calling the new-born baby Ahmad.
13.
How old was Muhammad (p.b.u.h.) when his mother died?
Six years old.
14.
Where did his mother take him?
She took him to Yathrib (Madinah) to visit her relatives.
15.
Where did his mother die?
On her way back to Makkah, she died at Abwa and was buried there.
16.
Who brought Muhammad (p.b.u.h.) back to Makkah?
His father’s slave girl, Umm Aiman (May Allah be pleased with her).
17.
Who took the charge of his care?
His grandfather Abdul Muttalib.
18.
How long did The Prophet's grandfather take care of the Prophet Muhammad?
For two years.
19.
How was his (Abdul Muttalib's) behavior with Muhammad (p.b.u.h.)?
He loved him very much and preferred him to his own sons.
20.
What did Abdul Muttalib foretell about his grandson?
That he would hold a prestigious position.
1
2 3 4 5 Next

Thursday, February 24

Jaminan PAS kepada Melayu

 


Oleh Mohd Rashidi Hasan

Sekitar tujuh abad yang lalu, orang-orang Melayu di Nusantara, termasuk Semenanjung Tanah Melayu, majoritinya beragama Hindu.Selepas itu Islam mula tersebar dengan kunjungan Laksamana Cheng Ho di Kelantan dan Terengganu. Parameswara di Melaka turut memeluk agama Islam.

Walaupun Melayu itu bangsa dan Islam agama, tetapi sejak kedatangan Islam, secara umumnya identiti orang-orang Melayu sangat sinonim dengan Islam.


Sehingga dikatakan Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Begitu kuatnya jalinan dan gabungan Melayu-Islam, sehingga ia berjaya membentuk suatu identiti yang tersendiri.

Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu berpaksi budaya dan bahasa, selain menjadi rakyat yang setia kepada Raja yang memerintah.

Kehadiran Islam di Nusantara mengangkat martabat bangsa Melayu. Menjadikan mereka bangsa yang mulia dan disegani. Sinonimnya Islam dengan Melayu bak kata pepatah 'irama dan lagu terpisah tiada.'

Namun bangsa Melayu, sama juga bangsa-bangsa yang lain. Ia mempunyai kepimpinan dan kepimpinan itulah yang mencorakkan hala tuju sesuatu bangsa.

Era bangsa Melayu yang bangkit menentang penjajah British untuk memerdekakan Malaya kebanyakannya dipelopori oleh ilmuan agama dan golongan bangsawan yang kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Ilmuan dan bangsawan inilah sebenarnya yang benar-benar memperjuangan masa depan agama, bangsa dan negara.

Namun, amat malang bagi orang Melayu, apabila atas nama nasionalisme, British menaja sebuah parti yang kononnya memperjuangkan masa depan orang Melayu.

Penjajah menganiaya, menangkap, membunuh dan membuang daerah ulama-ulama yang bangkit menentang penjajahan, manakala golongan berpendidikan Barat ditabalkan menjadi peneraju dalam negara.

Umno yang diberi mandat meneraju negara mula melaksanakan dasar-dasar yang menuruti kehendak penjajah. Mereka menggubal Perlembagaan yang mengetepikan kepentingan bangsa Melayu dari sudut Islam. Umno menghapuskan sistem pembelajaran jawi yang menjadi asas pendidikan Melayu sejak ratusan tahun kepada ejaan rumi.

Umno mengubah sejarah di sekolah-sekolah, bahawa kononnya mereka adalah pejuang tulen nasionalis Melayu yang membebaskan negara dari penjajahan British. Walhal tercatat pada sejarah dunia, bahawa Umno mendapat tampuk kuasa dalam negara secara red-carpet.

Akibat dari penipuan dan pemesongan sejarah di peringkat awal inilah yang sebenarnya berjaya membentuk minda orang-orang Melayu, bahawa Umnolah pejuang tulen Melayu, jika tiada Umno, tiadalah Melayu akan berjaya.

Fahaman khurafat ini seharusnya dihapuskan. Lihatlah apa pencapaian Melayu selepas lima puluh tahun Umno berkuasa? Yang kaya raya dan mendapat laba besar adalah segelintir orang Melayu yang akrab dengan Umno.

Pemimpin-pemimpin Umno hidup mewah kaya raya kerana apa? Kerana mereka mengamalkan rasuah, mengamalkan nepotisme dan kronisme. Mereka memperkayakan diri dan keluaga dengan meratah 'titik peluh rakyat'. Wang rakyat dan kekayaan ekonomi negara dimilik peribadikan pemimpin-pemimpin Umno.

Justeru akibat laba dan lalai, mereka mengetepikan kemuliaan agama Islam, memperjudikan nasib bangsa, malah sampai ke peringkat menggadai kedaulatan negara.

Maka, pada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno sudah tidak layak lagi menjadi payung kepada orang-orang Melayu.

PAS sedia menampilkan diri menjadi pengganti Umno di kalangan orang-orang Melayu. Betapa PAS yang ditunjangi majoriti Melayu yang istiqamah dengan Islam, begitu yakin ianya mampu memberikan jaminan terbaik kepada orang-orang Melayu.

Pada Konvensyen Pengupayaan Bangsa 19 Februari 2011 di Shah Alam, PAS menggariskan 12 jaminan yang ditawarkan kepada orang-orang Melayu, mudah-mudahan Melayu yang peka akan berfikir untuk menolak Umno dan menggantikannya dengan PAS. Insya-Allah

Tsu Koon layak menteri 'perpecahan'

 

KUALA LUMPUR, : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon diminta menarik balik kenyataannya berhubung portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam yang ditubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Kalau tidak tarik balik, beliau dicabar meletakkan jawatannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio perpaduan kerana kenyataannya itu yang amat tidak berasas.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, disebabkan kenyataannya yang tidak berasas, Koh Tsu Koon perlu bertanggungjawab dan menarik balik kenyataannya itu kerana ia hanya boleh membawa perpecahan.
Menurut beliau, jika tidak, Koh Tsu Koon tidak selayaknya terus memegang portfolio itu, sebaliknya layak menjadi menteri 'perpecahan' kerana kenyataannya yang hanya tahu mengkritik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walaupun tidak berasas.
"Jadi saya dengan ini meminta Koh Tsu Koon menarik balik kenyataannya itu kerana ia tidak selayaknya keluar dari menteri (yang memegang portfolio perpaduan dan prestasi) tetapi layak sebagai menteri 'perpecahan'," katanya pada sidang akhbarnya yang diadakan di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.
Dalam kenyataannya baru-baru ini, Koh Tsu Koon menganggap portfolio baru bagi menguruskan hal ehwal agama bukan Islam yang ditubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau di bawah pimpinan Lim Guan Eng hanya untuk mencari publisiti.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Jerlung, Datuk Mukhriz Mahathir turut mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab dalam kritikannya terhadap Lim Guan Eng kerana menubuhkan portfolio tersebut.
Menurut Lim Guan Eng, beliau amat hairan dengan kritikan Datuk Mukhriz dan Koh Tsu Koon terhadap portfolio yang ditubuhkannya itu, pada hal di Perak di bawah pentadbiran BN, portfolio yang mempunyai nama dan fungsi seperti itu telah ditubuhkan terlebih dahulu, tetapi tidak pula dikritik.
"Di Perak di bawah pimpinan Zambry, fortfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam itu dipegang oleh Datuk Dr Mah Hang Soon.
"Porfolio itu ditubuhkan sejak tahun 2009 lalu di Perak, tetapi kita di Pulau Pinang baru menubuhkan portfolio itu tahun 2011. Tapi kenapa yang dibuat oleh kerajaan BN Perak tak dikiritik oleh mereka, yang kita buat pula yang dikritik?
"Kenapa yang hitam boleh jadi putih dan yang putih menjadi hitam? Amat pelik sikap mereka itu. Pada mereka apa yang kita buat semuanya tak kena, tak betul.
"Orang seperti itu kalau dalam Islam disebut munafik. Untuk tahu lebih lanjut perkara itu, sesiapa pun bolehlah bertanyakan kepada ulama," katanya.
Beliau yang turut menyifatkan Toh Tsu Koon sebagai 'burung kakak tua' kepada Umno itu berharap agar menteri berkenaan tidak hanya tahu mengkritik apa yang baik yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang, tetapi berpandangan lebih jauh dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkannya.
Begitu juga yang diharapkan oleh beliau terhadap Mukhriz, dengan harapan sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengkritik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan penubuhan portfolio itu, ia perlu dirujuk dengan apa yang dibuat oleh Kerajaan BN di Perak terlebih dahulu

Mentaliti Pengurusan UPM Yang Kolot Terlalu Memalukan


Pemilihan kampus: Mahasiswa bangkit amaran awal IPTA perlu dinamik

Kekecohan di kampus induk Universiti Putra Malaysia semalam sememangnya tidak pernah disaksikan selama ini. Ribut politik mahasiswa yang melanda Universiti Putra Malaysia, salah satu universiti tertua di negara ini, kelihatan reda dengan begitu cepat. Tidak sampai 24 jam — ribut yang bertiup kencang berakhir dengan penyelesaian segera.

Pengurusan Universiti Putra Malaysia menyelesaikan isu yang muncul ini dengan cepat tetapi terpaksa tunduk kepada desakan pelajar-pelajar yang kecewa dengan keputusan membatalkan kelayakan calon-calon yang bertanding — jumlah yang ramai dalam sejarah universiti itu.

Maklumat diperoleh menunjukkan keputusan pembatalan status calon termasuk yang menang dilakukan tanpa inkuiri yang sewajarnya — bermakna adil dan seimbang — memberikan peluang kepada pengadu dan pihak yang diadu. Satu aduan membawa kepada pembatalan 33 pelajar, kata seorang pemimpin yang dihubungi The Malaysian Insider.

Ini bukan kali pertama “krisis” pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menjadi perhatian khususnya di UPM yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia.

Ada pelajar yang sanggup bermalam di Bangunan Canselori Universiti Putra Malaysia untuk mendapatkan pembelaan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, yang akhirnya membawa kepada kekecohan ekoran perubahan pendirian keputusan yang dicapai dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Awal tahun lalu calon-calon yang dilabel Pro Mahasiswa juga berhadapan dengan masalah yang sama.

Kali ini alasan digunakan calon-calon tidak boleh berkempen secara berkumpulan.

Ia antara beberapa syarat yang disenaraikan dalam proses pilihan raya kampus awam di negara ini.

Difahamkan di sesetengah universiti, calon pemilihan kampus dilarang daripada berkempen menggunakan media-media baru.

Nampaknya generasi muda alam siber ini memberontak.

Kekecohan juga disaksikan menjelang pemilihan MPP Universiti Malaya, gara-gara kerana pertikaian mengenai status calon.

Sudah lama pusat-pusat pengajian tinggi awam tidak digemparkan dengan tindakan-tindakan seperti itu.

Lebih dua dekad yang lalu demonstrasi di universiti, sudah pasti hanya universiti awam, bukan satu perkara baru. Ketika temu bual untuk akhbar makmal hampir 20 tahun lalu, seorang timbalan naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pernah mengakui demonstrasi membabitkan penuntut universiti berkait rapat dengan ideologi politik masing-masing. Tetapi demonstrasi seumpama sudah lama tidak disaksikan.

Kini ia wujud kembali.

Sudah pasti ada sebabnya. Di mana kesilapannya? Jawapan mudah: ada kekurangan dan kelemahan dalam sistem pemilihan yang penuntut tidak dapat menerima. Ini tidak kira sama ada ia membabitkan kepentingan penuntut dari kumpulan Pro Aspirasi, Pro Mahasiswa ataupun kalangan bebas.

Hari ini nasib pelajar Pro Mahasiswa. Esok calon Pro Aspirasi!

Soal calon-calon yang melabelkan diri mereka sebagai wakil kumpulan tertentu juga bukan satu perkara baru. Ia sudah lama wujud.

Sama ada orang ramai dapat menerima aspek ini ataupun sebaliknya, perkembangan terbaru ini juga berkait rapat dengan tempias landskap politik nasional.

Walaupun keputusan pemilihan sesi 2010/2011 tidak akan mempengaruhi pilihan raya umum nasional, tetapi ia akan tetap membawa sedikit sebanyak kesan sampingan.

Melihat kepada kekurangan dan kelemahan yang wujud, sudah tiba masanya Kementerian Pengajian Tinggi, walaupun universiti-universiti awam mempunyai kuasa autonomi untuk menguruskan hal ehwal masing-masing, tetapi melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan.

Justeru, Kementerian Pengajian Tinggi perlu menggerakkan usaha mengkaji semula sistem dan prosedur mengendalikan pilihan raya kampus supaya tiada campur tangan, yang dilihat keterlaluan pengurusan universiti mengendalikan pilihan raya kampus.

Antara lain serahkan sahaja urusan ini kepada pelajar sendiri. Biar mereka yang mengendalikan pilihan raya kampus. Apatah lagi golongan pelajar itu sendiri membabitkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam politik nasional, yang lebih mencabar, satu hari kelak. Universiti harus mula melatih mereka, bukannya mengawal keupayaan mereka.

Pengurusan universiti tidak wajar campur tangan dan memihak kepada mana-mana kumpulan. Ini mesej yang jelas daripada kejadian di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Di sesetengah universiti proses pemilihan berjalan dengan lancar dengan ada yang dimenangi oleh calon Pro Aspirasi atau Pro Mahasiswa.

Bermakna ada kelainan dari segi pengurusan dan juga sikap tidak berkecuali pengurusan universiti yang terlibat dalam urusan pilihan raya.

Sekiranya sesetengah sekolah rendah dan menengah sudah mula mengadakan pilihan raya di kalangan murid demi persediaan masa depan, sistem pilihan raya kampus seharusnya menjadi contoh kepada landskap politik kebangsaan.

Jangan kongkong dan jangan meletakkan kawalan terlampu dalam soal pengendalian pilihan raya. -TMI

Golongan pentabdir universiti tempatan yang cuba menyekat kebangkitan pelajar dalah terdiri dari mereka yang dipanggil "the captive mind" - pemikiran yang terkongkong yang terhasil disebabkan oleh corruption and the mismanagement - demikian kata ahli sisiologi Prof Syed Hussein Al-Attas

MUKRIZ TAKUT PAS SELALU BANGKITKAN ISU MESIR


Krisis Mesir: Mukhriz bidas sikap Pas

ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir membidas sikap pemimpin Pas yang masih membuat perbandingan situasi politik di Mesir dengan Malaysia dalam ceramah politik mereka.

Beliau berkata, isu itu tidak wajar dibangkitkan kerana situasi politik sebenar di kedua-dua negara amat ketara berbeza.

“Masih ada pihak cuba samakan situasi politik Mesir dan negara ini dengan tujuan mahu timbulkan kekecohan. Walaupun jelas pemerintahan di sini tak sama dengan Mesir, tapi mereka tetap kaitkan kononnya masih ada persamaan dalam beberapa aspek,” katanya.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, sebelum menimbulkan isu terbabit, pemimpin Pas sepatutnya membuat kajian terperinci dan bukan sekadar membuat andaian.

“Kerajaan Mesir tidak amal demokrasi tulen dan tidak jaga kebajikan rakyatnya, manakala Malaysia sebaliknya. Mesir juga menyekat kebebasan bersuara malah pembangkang di sana tidak boleh berpolitik, sedangkan Malaysia membenarkannya,” katanya.

Isnin lalu, Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan pada ceramah di Himpunan Pemuda Pas 30K, mahu Pemuda Pas bersatu meneruskan reformasi dan revolusi yang tercetus di seluruh dunia termasuk Tunisia dan Mesir dengan menjadikan kebangkitan itu sebagai suntikan semangat untuk mengubah politik dunia menggulingkan pemimpin yang rakus. Malah beliau percaya semangat itu akan sampai ke negara ini kelak.

Mukhriz berkata, amalan demokrasi di Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding di Mesir dan tidak seharusnya dijadikan perbandingan.

Menurutnya, isu pengangguran di Mesir antara pencetus golongan muda di sana bangkit memberontak, sedangkan peratusan kadar pengangguran di negara ini masih terkawal.

“Di Malaysia situasi tidaklah seburuk di Mesir, oleh itu tidak wajar samakan apa yang berlaku di sana kelak boleh berlaku di sini. Kerajaan Persekutuan tidak pernah abaikan mana-mana pihak dan setakat ini bersikap adil pada pembangkang,” katanya. -SH

Ketara sangat Mukhriz ini seorang yang tidak membaca Al-Quran.

Kerana di dalam Al-Quran telah JELAS tercatat bahawa apa juga peristiwa yang berlau perlu menjadi pelajaran, perlu menjadi iktibar, perlu menjadi teladan. Kerana setiap peristiwa yang berlaku itu adalah SEMUANYA dari Allah s.w.t.

Samdon-samdol dari UMNO ini termasuk bapak menterinya adalah mereka yang pengecut terhadap apa yang berlaku di Mesir. Cuba menafikan senario itu bakal berlaku di dalam negara.

Kalau nak merasa sendiri, teruskan kezaliman ke atas rakyat, anda akan dapati suasana Kaherah akan berada di Kuala Lumpur nanti. -GB

DUNIA SIBUK DENGAN REFORMASI,,SEPOOL SIBUK DENGAN DUBUR BUSUK NYA

Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa profil DNA yang ditemuinya pada satu tuala kecil, berus gigi dan botol air mineral adalah sepadan dengan dua profil DNA dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Nor Aidora Saidon berkata empat contoh diserahkan kepada beliau oleh pegawai penyiasat DSP Jude Pereira pada 17 Julai 2008 dan beliau membuat calitan daripada barang kes itu dan membuat rumusan secara positif kemudiannya yang mengesahkan DNA yang ditemui pada calitan itu menyerupai profil “lelaki Y” seperti yang dinyatakan dalam laporan kimia oleh Dr Seah Lay Hong, seorang lagi saksi dalam kes itu.



Katanya beliau juga mendapatkan sehelai rambut daripada tuala kecil itu tetapi tidak menemui apa-apa profil DNA yang sepadan profil milik “lelaki Y” itu.



Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin, pada sesi pemeriksaan utama, saksi keenaam pendakwaan itu berkata beliau mendapatkan empat calitan daripada tuala itu, dua daripada botol minuman berkenaan dan dua lagi daripada berus gigi.



Anwar, 63, sedang menghadapi tuduhan meliwat Mohd Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.



Ketika ditanya oleh Noorin sama ada beliau membandingkan analisis ulangan seiring ringkas daripada graf tiga barang berkenaan dengan graf contoh oleh Dr Seah, Nor Aidora berkata analisis beliau daripada graf menyerupai hasil yang ditemui oleh Dr Seah dan ini mengesahkan ia berkongsi profil DNA, dan dating daripada punca yang sama iaitu “lelaki Y”.



Ekoran permohonan peguam bela Anwar, Karpal Singh, pihak pendakwaan bersetuju membekalkan satu salinan pangkalan data yang dirujuk oleh saksi berkenaan kepada pasukan pembelaan.



Sebaik saja salinan itu diserahkan kepada pihak pembelaan, seorang lagi peguam bela, Ram Karpal Singh, memohon agar mahkamah menangguhkan sesi pemeriksaan utama itu sehingga Jumaat memandangkan dokumen yang diserahkan itu adalah baharu dan ia perlu diteliti oleh seorang pakar, Dr Brian Mcdonald, yang membantu pihak pembelaan.



Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju dan mengarahkan pihak pendakwaan memanggil saksi baru esok

Permohonan - Dua - SolatNabi (SAW) Doa s '

Permohonan - Dua - Solat
Nabi (SAW) Doa s '

}

Untuk menyembuhkan penyakit apapun
Aisyah (RA) menyatakan bahawa ketika seseorang di antara mereka mempunyai penyakit, Nabi Muhammad (SAW) yang digunakan untuk menggosok daerah rasa sakit membaca doa berikut:
أذهب البأس رب الناس واشف أنت الشافي لا شفاء إلا شفاؤك شفاء لا يغادر سقما
"Wahai Tuhan dari rakyat, menghapuskan rasa sakit ini dan menyembuhkan itu, anda adalah salah satu yang menyembuhkan dan tidak ada seorang pun selain anda yang boleh menyembuhkan, geran tersebut menyembuhkan penyakit yang tidak tetap".
"Aisyah (RA) menyatakan bahawa ketika Nabi Muhammad (SAW) sedang sakit, ia digunakan untuk membaca empat Quls, pukulan pada tangan dan melewati mereka selama di belakang dan depan. Dia juga membacakan surah ini, meniup tangan dan melewati mereka atas tubuhnya selama sakit fatal ". (Bukhari, Muslim

Permohonan - Dua - Solat

Permohonan - Dua - Solat
Nabi (SAW) Doa s '


Ketika bosan hidup
Kerana kematian kesulitan yang anda cari tapi kita harus tidak pernah berdoa untuk kematian, bukan berdoa ini:
اللهم أحيني ما كانت الحياة خير لي وتوفني إذا كانت الوفاة خيرا لي
"Ya Allah tetap hidup selama yang baik untuk saya dan ketika mati lebih baik bagi saya mengangkat saya".(Mishkat)

Permohonan - Dua - Solat

Permohonan - Dua - Solat
Nabi (SAW) Doa s '

}

Istikhara
Jabir (RA) menyatakan bahawa Nabi Muhammad (SAW) mengajarkan mereka berdoa Istikhara dengan keteguhan tersebut dan digunakan untuk mengatakan bahawa ketika seseorang sedang dalam dilema apapun, ia harus melakukan dua rakaats solat nawafil dan selepas membaca doa berikut:
اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم أن هذا الأمر خير لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري فاقدره لي ويسره لي ثم بارك لي فيه وإن كنت تعلم أن هذا الأمر شر في ديني ومعاشي وعاقبة أمري فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيث كان ثم ارضني به
"Ya Allah, dengan pengetahuan anda Saya mencari kebaikan, dengan kuasa anda Saya mencari kemampuan dan menyokong kuat anda untuk tentu anda mempunyai kekuatan yang saya tidak punya, Kau tahu dan aku tidak Tahu dan Anda Tahu yang tak terlihat. Ya Allah , dalam pengetahuan anda jika pekerjaan ini baik bagi saya di Duniya dan akhirah (akhirat), maka biarlah untukku, berilah aku berkat di dalamnya dan jika itu buruk bagi saya kemudian menyimpannya jauh dari saya dan berilah aku apapun takdir yang akan membuat saya bahagia ".(Mishkat)
Sementara membaca, memikirkan masalah di tangan