Monday, March 21

Al kitab bayangi aliran undi pilihan raya negeri Sarawak

 


KUCHING, 21 Mac — Ketika pemimpin Kristian Malaysia melahirkan rasa tidak puas hati berhubung rampasan dan pengecapan Alkitab Bahasa Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri kekecewaan turut dirasai penganut agama itu di Sarawak.
Bagaimanapun sama ada sentimen itu akan diterjemahkan ke dalam bentuk pada pilihan raya negeri itu masih belum jelas.
Di Serian, kira-kira 60 kilometer dari Kuching, isu tersebut sebenarnya tidak pernah berlaku di kalangan Katolik Bidayuh yang ditemui The Malaysian Insider.
“Kami tidak pernah dengar sebarang masalah mengenai Alkitab. Ia tidak pernah disebut di gereja,” kata Nyaupan Langkin dari Kampung Rayang.
“Saya rasa isu ini dimainkan oleh pihak tertentu tetapi ia bukan isu di sini,” kata Langkin.
Serian merupakan kawasan berbukit di mana Kristian Bidayuh merupakan majoriti dan ia  kawasan luar bandar pertama dilawat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan kerja kelmarin.
Lawatan penting itu belum pernah berlaku dan ia dinyatakan sendiri Najib yang turut membawa tiga menteri, yang juga Naib Presiden Umno.
Bagaimanapun, mengenai rampasan kitab Injil atau Alkitab yang dicap Kementerian Dalam Negeri langsung tidak disebut dalam ucapan beliau.
Sebaliknya Najib menggunakan peluang itu dengan mengumumkan peruntukan dana kerajaan pusat untuk membangunkan infrastruktur di Sarawak.
Apa yang paling menarik perhatian mereka adalah pengumuman RM252.82 juta untuk membekalkan tenaga elektrik di luar bandar dan projek-projek bekalan air yang sebahagiannya di Serian.
Ia dilihat satu cara untuk tidak membangkitkan isu Alkitab terutamanya di hadapan penganut Kristian kerana kerajaan mahu mengelakkan sebarang kenyataan yang bercanggah.
Atau mungkin isu itu tidak akan dapat diselesaikan kerana Persekutuan Kristian Malaysia menolak menerima Alkitab yang dicap.
Aktivis Kristian Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mendakwa isu itu tidak mempunyai kaitan dengan penganut agama itu.
“Saya telah bercakap dengan kumpulan muda Kristian dalam SUPP. Bagi mereka dan saya, cap itu hanya cap, apa yang penting kitab ini mengajar kami,” kata aktivis berumur 40 tahun dari Kuching yang enggan namanya didedahkan.
“Isu ini hanya isu bagu pemimpin Kristian tidak bagi penganut biasa. Ia dipolitikkan,” katanya.
Seorang pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mendedahkan bahawa secara umum, kajian mendapati pengundi termasuk di pusat bandar Sarawak kebanyakannya lebih membimbangkan isu “buku kecil” seperti isu premium tanah dan kos sara hidup yang meningkat.
“Ideologi” seperti pertikaian Alkitab termasuk isu kalimah “Allah” tidak berbangkit di kalangan sebahagian besar pengundi.
Malah gereja-gereja di Sarawak masih menggunakan kalimah “Allah” dan Alkitab kini diedarkan kepada penganutnya.
Bagaimanapun seorang pegawai kerajaan yang beragama Kristian berkata percubaan untuk mengehadkan amalan agama itu semakin banyak ketika pilihan raya.
“Saya dan rakan-rakan saya berasa bermasalah oleh mereka (Alkitab and Allah),” jawab pegawai yang enggan namanya dikenali apabila diberitahu bahawa BN menyifatkan ia bukan isu.
Walaupun ia tidak boleh bercakap secara terbuka mengenai hal-hal gereja dan namun dia berkata isu itu hangat diperkatakan.
Ini boleh menjelaskan mengapa ia sukar untuk mengukur betapa kuat kekecewaan di kalangan penganut agama Kristian di Sarawak.
Pegawai gereja Sarawak berkata tidak seperti orang Islam, penganut Kristian Malaysia tidak menggunakan jalan raya untuk menunjukkan bantahan ketika isu keagamaan timbul.
Dengan kata lain, tiada versi Kristian seperti bantahan yang kebiasaannya dibuat orang Islam selepas solat Jumaat.
“Kami lebih gemar untuk berdiam diri untuk menyatakan perasaan kami melalui undi,”
Bagaimanapun, bantahan yang dibuat tidak semestinya mencerminkan keseluruhan komuniti.
Sebagai contoh orang Islam, kajian yang dibuat Merdeka Center mendapati isu-isu perkauman dan keagamaan bukan isu yang paling tinggi dalam isu nasional.
Malah akhbar Bahasa Malaysia yang mesra dengan orang Islam turut mengutuk amalan pluralisme dan boleh dikatakan bantahan yang dibuat pada hari Jumaat setiap bulan.
Kemarahan penganut Kristian Sarawak mungkin dapat dirasai berhubung Alkitab yang dicap. Tetapi  mungkin terdapat perkara lain yang menyumbang kemarahan mereka termasuk kehilangan tanah nenek moyang dan ketidakcekapan wakil rakyat, ini akan lebih membuatkan mereka marah dan akan menentukan undi mereka

No comments:

Post a Comment