KUALA LUMPUR, 21 Mac: Para petani, peneroka tanah-tanah rancangan dan penoreh getah kini selayaknya hidup dalam keadaan lebih selesa, apabila harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal di paras tinggi sejak 5 tahun lalu.
Contohnya, harga purata minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005, iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh 5 tahun.
Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789.00 berbanding RM2,532.50 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin menjelaskan, harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010.
Menurut beliau, paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah EM16.26 sekilogram.
Beliau memberitahu demikian ketika menjawab soalan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kota Bharu (PAS) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Dalam soalan asalnya, Wan Abdul Rahim meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan usaha-usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan harga komoditi getah dan kelapa sawit terus kekal di paras yang tinggi.
Menjawab soalan itu, Hamzah menjelaskan, usaha-usaha yang diambil bagi memastikan harga sawit terus kekal di paras yang tinggi meliputi mengimbangi penawaran minyak sawit dengan menggalakkan penanaman semula pokok sawit yang berusia lebih 25 tahun dan tidak produktif.
Selain itu, melaksanakan Program B5 iaitu adunan lima (5) peratus biodiesel sawit dengan minyak diesel fosil, memperuntukkan kuota untuk eksport minyak sawit mentah tanpa duti, meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bagi penghasilan produk-produk bernilai tambah baru berasaskan sawit dan menerokai pasaran-pasaran baru dan memperkukuhkan pasaran sedia ada.
Manakala usaha-usaha yang diambil bagi memastikan harga getah terus kekal di paras yang tinggi pula adalah mengimbangi permintaan dan penawaran getah asli melalui kerjasama dengan negara-negara pengeluar getah asli utama yang lain seperti Thailand dan Indonesia.
Selain itu, pihak kerajaan juga akan melakukan pemantauan terhadap aktiviti pasaran getah antarabangsa oleh kumpulan pakar dari Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Usaha lain pula adalah meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk mempelbagaikan kegunaan getah seperti pengeluaran produk getah yang mesra alam

No comments:
Post a Comment