KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanyalah alat kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kerap melakukan tindakan berpilih, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
“Situasi itu jelas apabila SKMM dalam banyak kes bertindak segera jika ianya melibatkan penulis blog Pakatan Rakyat tetapi membisu berhubung pelbagai fitnah jahat melampau yang dilakukan penulis blog upahan Umno BN,” katanya kepada Suara Keadilan.
Surendran mengulas mengenai tindakan polis menahan blogger pro-Pakatan Rakyat Mohd Nur Hanief Abdul Jalil di Balai Polis Sentul dan SKMM yang menyiasat beliau di Cyberjaya.
Hanief merupakan pemilik kepada blog hanief.blogspot.com dan antara yang terlibat mencetuskan minat rakyat berkaitan perubahan dengan mencipta ribuan video mengenai politik negara mengikut kreativitinya.
Entri terakhir beliau sebelum ditangkap polis pada tengah malam 19 Mac lalu itu memuatkan mengenai diri Hanief yang berjaya mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Polis turut merampas komputer riba Hanief selain modem dan beberapa komputer milik bapanya.
“Kitapun tidak jelas atas alasan apa penahanan Hanief. Tetapi yang pasti, ia bermotifkan politik,” kata Surendran yang juga peguam kepada Hanief.
Surendaran berkata, SKMM tidak perlu mengambil kenyataan dari Hanief dan tindakan itu hanya bertujuan untuk menakutkan penulis blog di negara ini.
“SKMM kerap disalahgunakan kerajaan yang memanipulasi peruntukan undang-undang untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kewujudan SKMM mungkin perlu tetapi kuasa yang ada pada agensi itu berlebihan sehingga menyekat kebebasan rakyat untuk berkarya.
“Peliknya, mengapa SKMM berdiam diri terhadap penulis blog pro Umno BN,” soal beliau.
Ini bukan kali pertama tekanan terhadap blogger pro-Pakatan Rakyat dilakukan. Pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger, Amizudin Ahmat dari menerbitkan paparan berkaitan pendedahan yang menteri itu merogol seorang amah dari Indonesia.
Amizudin atau Din Binjai yang terkenal dengan blog sharpshooterblogger.blogspot.com hanya memapar semula pendedahan Wikileaks mengenai dakwaan berkenaan, dengan mengutip paparan Rockybru di blog pengamal media itu.
Ironinya, tindakan keras itu tidak pula dikenakan terhadap Rockybru yang kini dilihat cenderung mesra Umno BN

No comments:
Post a Comment