Monday, March 21

Tuan Ibrahim belum putus tanding Timb. Presiden PAS

 

"Saya mahu tumpu perhatian kepada PRN Sarawak terlebih dahulu," kata Naib Presiden parti itu.

PETALING JAYA: Jika Mohamad Sabu sudah menyatakan kesediaannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, berbeza pula dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ketika dihubungi, Tuan Ibrahim selaku Naib Presiden dan juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, beliau akan membuat keputusan sama ada bertanding jawatan itu selepas pilihan raya negeri (PRN) Sarawak nanti.
Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan hari ini dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan mesyuarat bagi menetapkan tarikh PRN negeri itu.
PAS akan mengadakan Muktamar pemilihan di Taman Melewar, Gombak pada Jun ini.
“Masih terlalu awal untuk saya membuat keputusan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS kerana saya mahu menumpukan perhatian kepada PRN Sarawak dahulu.
“Elok saya tumpukan perhatian kepada PRN Sarawak kerana PAS bertanding banyak kerusi kali ini,” katanya.
Beberapa tokoh PAS lain seperti dua Naib Presiden sekarang – Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, kedua-duanya ahli parlimen dikatakan turut berminat bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Penyandang sekarang, Nasharuddin Mat Isa juga belum mengumumkan sama ada mahu mempertahankan atau memberi laluan kepada orang lain.
Dalam Muktamar 2009 di Shah Alam, Ahli Parlimen Bachok itu mengalahkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Ketika ini PAS kawasan sedang mengadakan mesyuarat untuk memilih calon yang akan bertanding di Muktamar nant

No comments:

Post a Comment